Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS!
14:05 May 06, 2025  |  By SabahKini2
Diperdaya Kartel Albert Tei: 3 Pengerusi Syarikat Letak Jawatan, Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS!

Sedar diperdaya!. 3 Pengerusi syarikat Albert Tei letak jawatan. Akuan bersumpah menjelaskan mereka diperalat Albert Tei. Mereka termasuk Bekas Ketua Polis Sabah Tinggalkan NGO PPGS selepas menjadi tunggangan Albert Tei.

Kartel mineral Sabah yang diketuai Dato' Albert Tei nampaknya bergoyang selepas 3 Pengerusi syarikat utama di bawah kawalannya meletak jawatan serentak menentang Dato’ Albert Tei yang didakwa memperalatkan bekas penguatkuasa kanan yang dilantik sebagai Pengarah syarikat.  

Bukan itu sahaja mereka sebagai Pengerusi yang juga pengurusan utama Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) turut melepaskan jawatan.  Tindakan ini dilihat sebagai penolakan kolektif terhadap eksploitasi kartel lesen mineral yang dikaitkan Albert Tei melalui syarikat utama Nova Asia Resources Sdn Bhd dan CLA Global Holdings yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamad Puzi Harun bekas Ketua Polis Negara.

 

PEMIMPIN SYARIKAT LETAK JAWATAN: “KAMI DIPERALAT DAN DIPERDAYA”

Tiga tokoh korporat utama mengesahkan peletakan jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif dalam syarikat proksi kartel mineral:

 

 

Dalam akuan bersumpah yang didedahkan, mereka menyatakan:

“Kami tidak terlibat dalam mesyuarat, tidak menerima apa-apa imbuhan, dan kini sedang meletakkan jawatan kerana menyedari telah diperalatkan oleh pihak tertentu yang menyalahgunakan struktur dan nama kami untuk tujuan yang tidak sah.”

Mereka juga menafikan keterlibatan dalam permohonan lesen secara haram, video pemberian wang kepada ADUN, dan cubaan menjatuhkan kerajaan negeri, sambil menyatakan komitmen penuh kepada undang-undang dan kerjasama dengan pihak berkuasa.

 

Akuan Datuk Awang Sahari - bekas Pengerusi Pro Raptor Sdn Bhd
dan Alnar Abadi Sdn Bhd

Akuan Dato' Abdul Rahman Zakaria bekas Pengerusi Lagenda Ringgit
dan Akana Resources Sdn Bhd


Akuan Datuk Hajam Lajah Alam bekas
Pengerusi Zoop Technology Sdn Bhd

 

Namun satu perkara yang masih musykil walaupun lebih 14 hari  meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat namun nama Datuk Awang Sahari  dan Dato' Abdul Rahman Zakaria  masih sebagai Pengarah dalam SSM syarikat.

 

 

Pro Raptor dan Alnar Abadi

 

Lagenda Ringgit Sdn Bhd

 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia wajar bertindak terhadap Dato' Albert Tei kerana melanggar Akta Syarikat 2016.

  • Seksyen 58(1): Syarikat wajib memaklumkan kepada SSM tentang perubahan maklumat berkaitan pengarah, termasuk peletakan jawatan, dalam tempoh 14 hari selepas perubahan tersebut.

  • Seksyen 58(3): Jika gagal, syarikat dan setiap pengarah yang masih memegang jawatan boleh dikenakan penalti.

Jika syarikat tidak melaporkan peletakan jawatan pengarah, ia boleh disifatkan sebagai:

  • Penyembunyian maklumat korporat

  • Penipuan terhadap SSM dan pemegang saham

  • Pelanggaran integriti maklumat korporat berdaftar

Penalti:

  • Denda sehingga RM50,000 untuk syarikat dan setiap pengarah terlibat.

  • Penalti tambahan harian (RM500 sehari) jika kegagalan itu berterusan selepas notis.

  • Dalam kes berat, siasatan boleh dimulakan atas kesalahan penipuan korporat (fraud).

Jika peletakan jawatan itu melibatkan unsur penipuan, seperti:

  • Nama pengarah terus digunakan untuk tujuan manipulasi (contoh: memohon lesen mineral, mewakili syarikat tanpa pengetahuan),

  • Tandatangan palsu dalam resolusi pengarah,

Maka kes boleh ditingkatkan kepada:

Seksyen 591 Akta Syarikat 2016Kesalahan penipuan dan maklumat palsu, yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga RM3 juta.

 

 

3 PEMIMPIN TERTINGGI NGO PPGS TURUT MELETAK JAWATAN

Serentak dengan itu, tiga pemimpin utama Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) turut meletakkan jawatan secara rasmi pada 23 April 2025:

Surat rasmi yang dihantar kepada Setiausaha PPGS menyatakan alasan "pertimbangan mendalam dan sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan". Namun sumber dalaman menyebut tindakan itu berpunca daripada tekanan siasatan SPRM serta pendedahan proksi dalam struktur kartel mineral.


PPGS DIPERALAT ALBERT TEI

Peletakan jawatan Presiden, Timbalan dan Namun semua ini ada kaitan dengan campurtangan Albert Tei memperalatkan Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) pada 22 lalu apabila satu kenyataan media rasmi PPGS mendakwa terdapat "fitnah dan propaganda" terhadap persatuan berkenaan, serta melaporkan isu itu kepada pihak polis.

Namun hakikatnya tiada kenyataan rasmi dibuat oleh Presiden dan Timbalan berhubung kenyataan media dan serangan NGO PPGS terhadap Kerajaan Sabah.  Dato' Awang Sahari (Presiden), Datuk Omar Mammah (Timbalan) dan Dato' Abdul Rahman Zakaria (AJK) tampil menafikan penglibatan mereka. Mereka menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak mewakili pendirian rasmi pimpinan PPGS.

Akibatnya, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan meletak jawatan serta-merta dan menegaskan dalam akuan bersumpah bahawa mereka tidak terlibat dalam apa-apa kenyataan palsu atau aktiviti kartel yang dirancang da digerakkan oleh kartel Albert Tei.

 

PPGS & 13 SYARIKAT PROKSI: RANGKAIAN KARTEL DISEKAT!

Pendedahan sebelum ini mendapati Albert Tei  dan rakan niaganya dari Singapura melalui syarikat induknya Nova Asia Resources dan CLA Global Holdings mengetuai 13 syarikat yang mendapat lesen mineral palsu daripada bekas CEO SMM Jontih Enggihon.

ARTIKEL BERKAITAN - Fail Sulit Kartel Albert Tei terbongkar bersekongkol dengan Jontih, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah

Pengerusi Lembaga Pengarah Utama syarikat Albert Tei sebelum ini.
SEKARANG DAH LETAK JAWATAN

Sabah Mineral Management Sdn Bhd anak syarikat Kerajaan Sabah menyaman Jontih Enggihon salah guna kuasa bersekongkol dengan Albert Tei.

SMM mendapati bahawa Jontih Enggihon telah mengubah suai atau cuba mengubah suai minit mesyuarat Lembaga Pengarah dan mengeluarkan surat menggunakan kepala surat SMM kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dan/atau berhubung dengan Albert Tei, yang mengandungi kandungan yang palsu dan bercanggah dengan keputusan Lembaga Pengarah.

 

13 SYARIKAT YANG DIKAITKAN DENGAN KARTEL ALBERT TEI DAN PENGERUSI-PENGERUSI YANG DIKETAHUI
 MERUPAKAN AHLI PPGS


 

 

Semua syarikat ini dipengerusikan oleh tokoh-tokoh yang kini telah mengundurkan diri.

Dengan peletakan jawatan Pengerusi syarikat dan NGO Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) mereka bersedia mendedahkan siapa sebenarnya Dato' Albert Tei  yang memperalatkan mereka dan memperdaya ADUN-ADUN Sabah

Pengunduran 3 Pengerusi syarikat dan pengurusan tertinggi Persatuan Pengusaha Galian Sabah menjadi tamparan hebat kepada kumpulan kartel lesen mineral Sabah. 

Ini juga jelas menunjukkan pembohongan Dato Albert Tei!

ARTIKEL BERKAITAN -  Kartel Dato' Albert Tei manipulasi 50 syarikat, elak cukai LHDN dengan 'Money Layering' licik!

ARTIKEL BERKAITAN - Albert Tei KOYAK! Mengadu kepada SKMM arah turun artikel Sabahkini2 tapi videonya serang ADUN terus disebarkan

ARTIKEL BERKAITAN -  Monopoli melampau! SPRM perlu dedah bagaimana Jontih beri kelulusan PALSU kepada 13 syarikat milik Kartel Albert Tei

 

 

 

12 Comments