Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan Fail Sulit Kartel Dato’ Albert Tei bersekongkol dengan Jontih bekas CEO SMM, 3 pengerusi syarikat cuba bolot 13 lesen mineral di Sabah.
Semua Pengerusi dan Pengarah syarikat Albert Tei kini meletak jawatan
Susulan itu Dato’ Albert Tei ‘koyak’ dan membuat laporan kepada pihak berkuasa pendedahan mengenai dirinya sebagai KARTEL walaupun dia sendiri membuat benda sama memalukan adun menggunakan media. SPRM mengesahkan Albert Tei bukan Whistleblower kerana beliau sendiri takut tampil membuat laporan kepada SPRM. Sehingga kini video Malaysiakini kekal tidak pernah dipadam dan Albert Tei terus berusaha untuk menggunakan media bermain isu baharu.
Tan Sri Azam Baki sendiri mengesahkan semua video yang disebar telah disunting, tiada kredibiliti dan tidak sesuai menjadi bahan bukti kes.
ARTIKEL BERKAITAN- Albert Tei KOYAK! Mengadu kepada SKMM arah turun artikel Sabahkini2 tapi videonya serang ADUN terus disebarkan
BAGAIMANA DENGAN KES LHDN?
Selepas siasatan PDRM dan SPRM satu lagi yang terlepas pandang ialah siasatan kes oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut sumber LDHN juga telah menyiasat Dato’ Albert Tei @ Tei Jiann Cheing namun berdiam diri hasil siasatan kes bagi memberi laluan kepada SPRM.
Jika melihat kepada Profil Dato’ Albert Tei @ Tei Jiann Cheing yang didedahkan sebelum ini jelas terbukti Dato’ Albert Tei mengelak cukai berskala besar, walaupun memiliki empayar korporat melibatkan lebih 50 syarikat, puluhan hartanah mewah, serta deretan kenderaan premium. Butiran lain KLIK
Cukai Sifar, Aset Melangit
Sumber Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan bahawa bagi tahun taksiran 2024, Albert Tei tidak melaporkan sebarang pendapatan – RM0.00 dari semua sumber termasuk gaji, sewa, perniagaan, atau pelaburan.
Namun pada 2023, beliau mengisytiharkan gaji sebanyak RM570,000 dengan cukai perlu dibayar RM142,519.68.
Kejutan besar ialah penurunan mendadak kepada RM0.00 pada tahun berikutnya, serentak dengan peningkatan aset dan kelangsungan aktif dalam lebih 50 syarikat. Apakah ini satu taktik penghindaran cukai secara terancang?
Pemilikan Syarikat Gaya Kartel
Albert Tei merupakan pengarah / pemegang saham dalam sekurang-kurangnya 50 syarikat berdaftar, antaranya:
- Kencana Primary Sdn Bhd – syarikat utama (digunakan untuk penggajian).
- ARGO PACIFIC SDN BHD, G Master Mining, Pro Raptor, Nova Asia Resources – berkait industri lombong, pelaburan, dan borong.
- CLA Global Holdings, AZ Timber Solutions, Galaxy Greenery, Eco Way Resources – digunakan sebagai entiti pinjaman & pembiayaan.
Struktur pemilikan ini melibatkan pinjaman bersilang antara syarikat dan diterima secara internal yang jelas satu taktik tipikal dalam operasi kartel kewangan untuk ‘layering’ transaksi dan mengaburkan aliran tunai bagi penghindaran cukai
Aset & Kenderaan Jutaan Ringgit
Pemeriksaan ke atas aset mendedahkan:
- 23 hartanah di Damansara, Puchong, Kuantan dan KL – anggaran nilai melebihi RM10 juta
- 50+ kenderaan mewah termasuk, Mercedes-Benz GLC 300 Coupe, BMW 5 Series, Toyota Harrier, Nissan Frontier, X70, Honda City dan lain-lain
Beberapa nombor plat digunakan berulang antara tahun – taktik biasa menyembunyikan pemilikan sebenar.
Pinjaman Mencurigakan & Syarikat Hantu
Albert juga disyaki memanipulasi syarikat miliknya untuk menyalurkan wang secara "pinjaman":
- Menerima lebih RM2 juta pinjaman dari syarikat-syarikat miliknya sendiri seperti CLA Global, Pro Raptor, Argo Pacific. Pengarah lain tidak mengetahui kemana perbelanjaan dibuat.
- Menyalur balik pinjaman kepada 25 syarikat lain termasuk Nova Asia Resources (RM2.6 juta) yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Mohamad Puzi Harun, Velon Luminous, dan Rare Earth Malaysia
Taktik Albert Tei ialah menggunakan kitaran pinjaman internal digunakan untuk ‘Layering’ wang tunai (money layering), mengelak cukai dan pembiayaan operasi rahsia
Ini membuka persoalan besar adakah ini penyamaran transaksi untuk aktiviti pengubahan wang haram (AMLA)?
REKOD UNDANG-UNDANG & SKANDAL
Albert bukan nama asing dalam senarai hitam:
Siapa Lindungi Dato’ Albert Tei?
Dengan gaya hidup mewah, rekod pertuduhan, syarikat berlapis, dan cukai sifar – pendedahan ini menimbulkan tanda tanya:
Bagaimana seorang individu mampu memiliki begitu banyak aset tanpa sebarang pendapatan sah? Begitu juga transaksi pinjaman internal yang mencurigakan.
Apakah dengan menggunakan bekas-bekas penjawat awam kanan seperti bekas Ketua Polis Negara maka Albert Tei selamat? Hari ini semua bekas polis dan penjawat awam yang menjadi pengarah atau pengerusi meletakkan jawatan selepas sedar diperalat dan dipergunakan.
Dato’ Albert Tei diklasifikasikan sebagai individu berprofil risiko tinggi (High Risk Individual - HRI) dalam konteks:
- Penghindaran cukai secara sistematik
- Pemilikan aset melebihi RM10 juta tanpa justifikasi cukai
- Struktur kartel korporat rentas sektor
- Rekod pertuduhan buruh & penglibatan skandal rasuah negeri
Oleh itu disyorkan kepada kerajaan agar
- Audit forensik cukai oleh LHDN diteruskan
- Siasatan penuh SPRM dan AMLA ke atas struktur korporat dan transaksi antara syarikat
- Pendedahan aset awam melalui Akta SPRM dan pengisytiharan kekayaan
- Pemeriksaan silang SSM terhadap 50 syarikat milik beliau
“Jika cukai seorang nelayan atau sesiapa saja boleh diaudit, kenapa tidak seorang kartel korporat jutawan?”