Konsesi Menara KL telah tamat kerajaan sepatutnya telah melantik konsesi baharu bukan Hydroshoppe Sdn Bhd. Walau secara Interim Abdul Hamid yang dibicara kes rasuah mahu menyingkirkan semua penyewa sedangkan beliau sendiri selepas ini akan disingkirkan.
Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pemilik konsesi haram Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd melalui pembelian 10 juta saham Telekom Malaysia secara meragukan dan pembayar rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa RM500 ribu setahun kini berlagak besar menggunakan mahkamah menyingkirkan penyewa utamanya Restoran berputar Atmosphere 360.
Mahkamah menggunakan hak MKLSB yang memiliki baki konsesi daripada TM sebelum ini untuk menyingkirkan Restoran berputar Atmosphere 360 dimiliki oleh Asian Kitchen (M) Sdn Bhd.
Pada hakikatnya Aset tak alih atau Menara Kuala Lumpur bukan lagi dimiliki oleh TM kerana konsesi itu telah tamat dan bangunan Menara KL perlu dipulangkan kepada kerajaan semula dalam kes ini kepada Kementerian Komunikasi atau Kementerian Digital.
Status Pengurusan Menara KL ini sepatutnya digantung susulan siasatan SPRM dan pendakwaan di mahkamah terhadap Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan syarikat miliknya Hydroshoppe Sdn Bhd
Pengurusan Menara KL sekarang hanyalah dilantik secara INTERIM sehingga tarikh itu tamat dan dikatakan tidak lama lagi.
KKD-UKAS- PEMBIDA PENGURUSAN MENARA KL
Di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini telah memanggil 5 syarikat membida konsesi pengurusan aset Menara KL ini termasuklah penyewa Restoran berputar Atmosphere 360 - Asian Kitchen (M) Sdn Bhd melalui syarikat induknya Banjaran Sempurna Sdn Bhd.
Bagaimanapun proses KKD dan UKAS itu tertangguh hingga kini dan masih belum memilih konsesi baharu untuk menguruskan Menara Kuala Lumpur.
Hydroshoppe Sdn Bhd yang memiliki saham MKLSB melalui Tan Sri Annuar Musa hanya menggunakan kedudukannya sekarang yang menguruskan bangunan secara interim dan kerajaan bila-bila masa boleh mengambil bangunan itu serta menyingkirkan Hydroshoppe Sdn Bhd dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh daripada menguruskan bangunan itu.
Menghentikan operasi penyewa restoran serta perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi hanyalah bersifat sementara. Peguam Menara KL dan Hydroshoppe Sdn Bhd boleh melakukan apa sahaja sebelum mereka akan disingkirkan juga.
Memang benar perjanjian penyewaan dengan Asian Kitchen Sdn Bhd (AKSB) dengan MKLSB telah tamat pada 31 Disember tahun lepas. Namun dilanjutkan tempoh sehingga 30 Jun tahun ini. MKLSB memang berniat sejak awal menyingkirkan AKSB namun tidak berjaya kerana Hydroshoppe Sdn Bhd tahu AKSB merupakan penyewa paling lama dan satu dari syarikat pembida Menara KL. Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh perlu menyingkirkan pesaingnya lebih awal.
AKSB mempunyai alasan untuk menyambung dan tidak membayar sewa kepada konsesi haram kerana pelantikan konsesi baharu belum dibuat oleh Kementerian Komunikasi sehingga sekarang. Jika aset Menara KL ini akan dipindahkan bawah Kementerian Digital bermakna pelantikan konsesi baharu akan dibuat Kementerian baharu bawah Gobind Deo.
Diharap Kementerian berkaitan cepat menyelesaikan pelantikan konsesi baru, menghalau Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB yang dibelinya daripada TM.
Para penyewa sepatutnya membayar kepada konsesi baharu dan kerajaan bukan kepada Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB milik Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.
Isu ini masih panjang Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB akan melalui melalui kesannya kemudian.
Beberapa minggu sebelum tamat tempoh penyewaan, AKSB telah memfailkan injunksi pada 9 Jun Hydroshoppe Sdn Bhd dan tidaklahah menghairankan jika Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi AKSB pada 27 Jun 2023.
Hydroshoppe Sdn Bhd hanya menggunakan surat konsesi MKLSB yang diperolehinya daripada TM sebelum ia dijual kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.
MKLSB hanya memohon penghakiman ringkas di Mahkamah Tinggi pada 4 Sept agar AKSB mengosongkan premis berkenaan.
Penghakiman ringkas memutuskan bahawa perjanjian penyewaan telah tamat pada 30 Jun dan Hydroshoppe Sdn Bhd menuduh AKSB telah menduduki premis itu secara tidak sah sejak 1 Julai tahun ini.
Apa akan jadi selepas ini?
Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, MKLSB dan Hydroshoppe Sdn Bhd jangan mendabik dada.
Urusan masih panjang. Dengan pengurusan bangunan teruk, lift tidak terurus sehingga mahu ke restoran memerlukan masa lama dan konsesi bakal tamat Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd juga akan menggigit jari. Ogos lalu kecoh pengunjung beratur panjang kerana lift rosak tidak diselenggara dengan baik.
Para penyewa premis memang tidak berpuas hati dengan pengurusan Hydroshoppe. Tidak berbaloi membayar sewa kepada syarikat interim penyamun.
Perbicaraan kes rasuah
Jangan lupa bermula 5 April lalu, Hydroshoppe Sdn Bhd dan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan Datuk Tan Ser Lay bekas BOD MyCreative Ventures (Agensi KKD) bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Ia bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL melalui pembelian saham MKLSB dengan harga murah RM 3.8 juta untuk 10 juta saham MKLSB. Penjualan ini adalah salah kerana tanpa pemakluman kepada UKAS.
Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd di mahkamah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussain dan Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan, Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan kerana seseorang yang bersekutu dengannya iaitu Abdul Hamid Shaikh secara rasuah menawarkan wang RM500,000 setahun selama tempoh itu kepada Datuk Tan Ser Lay, 60, bagi faedah Annuar dengan niat untuk memperoleh perniagaan iaitu pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.
ARTIKEL BERKAITAN- Jual Menara KL: SPRM reman Dato’ Abdul Hamid Pengarah Hydroshoppe, Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures
Abdul Hamid Shaikh pula berdepan tuduhan menawarkan kepada individu sama suatu suapan iaitu RM500,000 dalam tempoh sama, sebagai dorongan kepada bekas menteri itu melakukan suatu perkara dicadangkan iaitu mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL oleh Hydroshoppe Sdn Bhd.
Gagal batal pertuduhan
Ogos lalu Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM7.5 juta bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Abdul Hamid Shaikh, 49, untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.
Mahkamah kemudian meminta kepastian daripada pihak pendakwaan sama ada proses penyerahan dokumen sudah diselesaikan sebelum perbicaraan bermula.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat berkata, pihaknya sudah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes dan memohon satu tarikh baharu untuk penyerahkan dokumen selanjutnya.
BACA - Pengarah Hydroshoppe kekal dibicara atas tuduhan tawar suapan berjumlah RM7.5 juta
Dengan kes rasuah dihadapi oleh Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd, Kementerian Komunikasi atau Digital sepatutnya menggantung operasi pengurusan Menara sekarang kerana jika berlaku musibah kecelakaan pengurusan interim sekarang tidak akan bertanggungjawab.
SPRM sepatutnya boleh menyita Menara Kuala Lumpur kerana syarikat interim Hydroshoppe Sdn Bhd yang melakukan rasuah sedang mengutip wang secara haram di Menara Kuala Lumpur. Paling tidak membekukan akaun MKLSB dan Hydroshoppe Sdn Bhd
Mengapa membiarkan Pengarah dan syarikat rasuah menguruskan sementara bangunan Menara KL?
Ini sangat tidak betul. Bagaimana jika kematian atau bunuh diri di bangunan Menara KL itu nanti. Siapa bertanggungjawab?
Ada peristiwa pengunjung cuba bunuh diri tahun lalu.
Terdapat sumber ada pengunjung bunuh diri di Bangunan Menara namun ditutup oleh pengurusan interim Menara KL bimbang menjejaskan nama baik negara dan menakutkan pelancong. Antaranya kes pelajar ini.
ARTIKEL LAIN MENGENAI MENARA KL BOLEH DI BACA DI SINI
[27 Disember 2022 - Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!
[27 Disember 2022 - Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat
[30 Disember 2022- SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!
[31 Disember 2022 - Skandal Menara KL: TM Berhad dan syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd ugut saman fitnah