SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!
10:12 Dec 30, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!

TM dah mengaku jual saham Menara KL Sdn Bhd tanpa tender. Bagaimanapun sejak awal TM tidak dapat jawab mengapa dia pilih syarikat teruk seperti Hydroshoppe Sdn Bhd. Konsesi disambung kepada TM tapi TM beri kepada Hydroshoppe Sdn Bhd urus Menara KL.

SPRM siasat penjualan saham TM dalam Menara KL

Polemik isu penjualan saham anak syarikat TM Berhad, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat kecil Hydroshoppe Sdn Bhd belum berakhir.

Kini kes itu beralih ke fasa baru selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap isu penjualan 10,000,000 saham milik Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd itu.

Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan Menara KL sejajar dengan konsesi TM terhadap Menara itu sejak dibina.

Bagaimanapun konsesi itu tamat dan bangunan Menara KL perlu dipulangkan kepada kerajaan semula dalam kes ini kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (Kini KKD).

Apakah terdapat unsur rasuah dan salahguna kuasa ini biar SPRM menyiasat memandangkan sesuatu yang sangat mencurigakan berlaku apabila TM menjual 10 juta sahamnya di Menara KL kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu tanpa  tender terbuka.

 

TM Berhad sendiri mengaku melupuskan kepentingannya dalam Menara KL Sdn  Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pada harga harga RM3.8 juta. Hydroshoppe pula mendapat 10 juta saham TM dengan mudah. 

Persoalan besar Hydroshoppe Sdn Bhd syarikat bermasalah hampir dilupuskan SSM dan tiada pendapatan tetapi boleh membeli syarikat besar seperti Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Oleh itu siapa Hydroshoppe Sdn Bhd yang punya 'kabel besar' ini kekal misteri

SPRM dilaporkan telah memanggil tiga orang saksi bagi mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak berkaitan.


Pengakuan TM Berhad

TM dalam satu kenyataan media mengaku memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

TM berkata menyerahkan proses kerajaan untuk memilih pemegang konsesi baru dibuat oleh kerajaan.

"Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumbernya untuk mengukuhkan perniagaan terasnya telekomunikasi dan teknologi.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkan kerajaan dengan sewajarnya," kata syarikat itu.

Bagaimanapun kenyataan itu mengundang kemusykilan baru kerana rekod menunjukkan TM Berhad yang membuat permohonan semula menyambung konsesi menguruskan Menara KL itu.

Ini berdasarkan pemeteraian perjanjian Kertas Perakuan Perutusan Makmal Pengurusan Nilai (VMLAB) Cadangan Pelanjutan Konsesi Kontrak Menara Kuala Lumpur di Menara KL pada 22 Mac 2021.


Puan Ainol Shaharina Sahar CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd tandatangan perjanjian
Kalau tak mohon dan minat buat apa minta sambung konsesi?

Ini menunjukkan TM Berhad memang mahu melanjutkan konsesi itu. Jadi alasan tidak lagi memegang konsesi mengundang persoalan besar.

Permohonan konsesi baru memerlukan penilaian semula daripada Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) dan Kementerian Komunikasi Digital (KKD).

Memindahkan 10 juta saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd menunjukkan Hydroshoppe Sdn Bhd telah berunding lebih awal kepada TM sebagai pengurus baru kepada Menara KL. Syaratnya saham Menara KL Sdn Bhd dipindahkan kepadanya sebagai Pengurus baru.

Bagaimanapun TM tidak dapat menjawab sejak awal mengapa mereka memilih syarikat bermasalah seperti Hydroshoppe Sdn Bhd? 

Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat


Pengakuan Annuar Musa

Sebelum ini bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa nafi terlibat dalam memberi kelulusan tender melibatkan pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Urusan penjualan syarikat Menara Kuala Lumpu Sdn Bhd adalah tertakluk kepada urusan TM Berhad.

Terbaru Annuar Musa berkata semunya tender kerajaan iaitu kuasa meluluskan tender tertakluk dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) pada ketika itu di bawah Mustapha Mohamed.

 Beliau mengaku ada beberapa syarikat menemuinya berhubung permohonan konsesi baru

“Awal-awalnya ada satu syarikat nak buat, saya cakap bukalah ramai-ramai. Dua, tiga orang datang melalui saya bawa surat. Saya senang sahaja, saya panjangkan pada pentadbiran. Saya cakap buat penilaian, buat kertas kerja, jangan main mulut-mulut…

“Saya punya dasar walaupun saya menteri, saya tak campur tender, saya tak campur urusan ini. (Pihak kementerian) buat semua penilaian dan dia bagi penerangan pada saya.

“Tapi saya tak ada kuasa nak meluluskan kerana itu kuasa UKAS di bawah Mustapha Mohamed. Apa-apa urusan pentadbiran perlu diangkat ke situ,” katanya dalam program bual bicara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara atas talian.

Apakah selepas ini syarikat-syarikat yang memohon konsesi pula akan tampil ke depan?

Sumber mendedahkan terdapat 4 syarikat bumiputera telah membuat permohonan termasuk syarikat yang mengendalikan restoran di Menara KL namun setakat ini belum ada tender rasmi atau penilaian UKAS. Jika ada pun mungkin disorok. 

Oleh itu melantik semula TM Berhad menyambung konsesi dilihat satu cara bagi mengelak Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS).

TM pula boleh melantik syarikat pengurus baru mengendalikan Menara KL. Bagaimanapun kesilapan TM dan pihak tertentu ialah menjual saham Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat nyamuk Hydroshoppe Sdn Bhd.

Pengurusan TM dan Tan Sri Annuar Musa mungkin akan selamat dari persepsi kepentingan jika saham 10 juta TM itu dijual kepada syarikat berwibawa bukan Hydroshoppe Sdn Bhd atau tender terbuka. Tapi kesilapan berlaku semua dilakukan secara dalaman. 

Jawapan TM Berhad tidak meneruskan konsesi juga mengundang persoalan kerana jika tidak berminat sepatutnya tidak menjual saham anak syarikatnya untuk diambil alih syarikat tidak punya kelayakan seperti Hydroshoppe Sdn Bhd. TM sepatutnya memulangkan konsesi itu lebih awal.

Apa yang berlaku sekarang Menara KL Sdn Bhd dijadikan “cash cow”  syarikat untung bersih RM 25 juta setahun dipindahkan kepada syarikat kecil seperti Hydroshoppe Sdn Bhd.

 

 

 

 

22 Comments