[VIDEO] SPRM nafi portal Sabahkini2 tapi..
15:08 Aug 16, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] SPRM nafi portal Sabahkini2 tapi..

Apakah penafian hanyalah untuk menyelamatkan KSU Motac? atau menutup perbincangan media mengenainya.

Laporan Berita RTM TV1

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 10 Ogos lalu menafikan laporan portal Sabahkini2 berhubung siasatan kes Datuk Isham Isham Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya yang dipanggil SPRM 6 ogos lalu dikaitkan dengan dakwaan rasuah pembayaran tuntutan RM35 juta kepada syarikat GEEKO Tech Sdn Bhd

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta! ]


"SPRM ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh blog itu sebagai suatu yang tidak berasas serta mengelirukan orang ramai. SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan masih di peringkat awal siasatan.

"Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak jangan membuat spekulasi yang tidak berasas,"

Portal Sabahkini2 memahami tentang maklumat terperingkat siasatan awal kes siasatan terhadap KSU Motac itu. Sama ada KSU dipanggil disiasat atau membantu siasatan kes yang jelas adalah persoalan pembayaran RM35 juta kepada syarikat disiasat SPRM sebelum ini.


 

Mengapa dibayar? Apa kepentingan dibayar? Sedangkan projek itu tidak wujud atau dilaksanakan di China. Bukankah itu fakta-fakta kes penyiasatan pegawai SPRM di China?.

Sekalipun KSU lama sebelum ini Datuk Rashidi Ali melalui KP Tourism telah membuat bayaran RM11,693.160.00 pada tahun 2018 Invoice NO: 002/2018 pada projek yang gagal mengapa pula kali ini tahun 2019 tuntutan dibayar juga pada masa KSU baharu?.

Jika benar KSU tidak terlibat mengapa sidang media itu tidak menjelaskan perincian kes? Tunjukkanlah dokumen-dokumennya bahawa kementerian tidak membuat pembayaran.

Menjadi kebiasaan KSU yang disiasat oleh SPRM di tempatkan ke bahagian pool Jabatan Perkhidmatan Awam. Mengapa tidak dipindahkan sahaja bagi meredakan keadaan sebagaimana dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara sebelum ini Tan Sri Dr Ali Hamsa jika melibatkan siasatan kes SPRM?

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU Pelancongan disiasat SPRM, KSN digesa 'pool' KSU di JPA ]

Jika benar SPRM mahu menyiasat lagi, SPRM digesa mengambil tindakan pada laporan portal Sabahkini2 seperti berikut-

1. Mana Michael Ubu? SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony

http://sabahkini2.com/en/news/2101/sprm-digesa-buru-peguam-michael-ubu-skandal-tanah-risda-libatkan-peter-anthony/view

2. Kes Exco Melaka yang cuba ditutup - [VIDEO] Kerana rasuah Exco, syarikat, rakyat terus jadi mangsa pencemaran arang batu di Tanjung Bruas dan PD!

http://sabahkini2.com/en/news/2140/video-kerana-rasuah-exco-syarikat-rakyat-terus-jadi-mangsa-pencemaran-arang-batu-di-tanjung-bruas-dan-pd/view

3. Kes rasuah UPM- Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings

http://sabahkini2.com/en/news/2141/terbukti-naib-canselor-upm-dr-saleh-dalang-pemecatan-pengerusi-lpu-tutup-kes-rasuah-upm-holdings/view

4. Skandal Geran MDEC- 'Geng Kartel' monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM

http://sabahkini2.com/en/news/2154/geng-kartel-monopoli-geran-mdec-syarikat-mengadu-mohon-campur-tangan-menteri-kkm/view

 

4 Comments