KSU Pelancongan disiasat SPRM, KSN digesa 'pool' KSU di JPA
01:08 Aug 09, 2019  |  By SabahKini2
KSU Pelancongan disiasat SPRM, KSN digesa 'pool' KSU di JPA

KSN sebelum ini tegas mana-mana KSU atau pegawai terlibat dalam siasatan SPRM mereka akan tempatkan di 'Pool' di JPA sehingga siasatan selesai. Isu SPRM ini telah mencalar imej kementerian dan kerajaan.

PUTRAJAYA- Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha (KSU) Pelancongan, Seni dan Budaya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 6 ogos lalu berhubung dakwaan rasuah pembayaran tuntutan RM35 juta kepada syarikat GEEKO Tech Sdn Bhd sepatutnya ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Tidak Berportfolio (pool) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Itu apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara sebelum ini Tan Sri Dr Ali Hamsa apabila menempatkan pegawai kanan atau bekas KSU ke bahagian pool Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ia pernah dilakukan kepada Pada 4 Januari 2017 Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman ditahan SPRM dipindahkah di 'Pool' JPA sebelum digantung tugas kerana didakwa.

Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac),  6 Ogos lalu mengesahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak sedang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah

Ketika ditanya adakah ada tindakan dalaman terhadap Isham nanti, Mohamaddin berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai terlebih dahulu.

“Kita tunggu dahulu, kalau serius dan perlu direhatkan saya akan minta pandangan daripada Ketua Setiausaha Negara,” katanya.

Sabahkini2.com turut melampirkan notis SPRM bertarikh 5 Ogos memerintahkan Isham Ishak hadir ke Ibupejabat SPRM bagi siasatan kes.

 Terima kasih Berita Harian

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] KSU disiasat SPRM, tunggu siasatan selesai jika serius perlu direhatkan kata Menteri ]

Semalam Datuk Isham Ishak mengadakan sidang media sebagai lawan balas kepada sidang media Menterinya Mohamaddin Ketapi dan memberi alasan SPRM memanggilnya atas alasan membantu siasatan dan bukannya disiasat.

Beliau dalam kenyataan media itu tidak menyatakan apakah projek kementerian yang menyebabkan beliau diberi notis siasatan selama dua hari itu.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi media daripada SPRM sebab apa Datuk Isham disiasat. Oleh itu kenyataan Datuk Isham dilihat hanya lebih menyelamatkan diri dan menyembunyikan kes sebenar dari pengetahuan rakyat.

Bagaimanapun menurut sumber dalaman SPRM Datuk Ishak memang disiasat berhubung projek kes kontrak RM99.7 juta yang kontroversi januari lalu.

Sebagaimana laporan Sabahkini2 sebelum ini kes syarikat GEEKO Tech Sdn Bhd bersama Tencent Group China bagi projek Pelancongan Pintar bukan sahaja gagal malah tidak dilaksanakan oleh syarikat.

Sepasukan penyiasat SPRM juga dikatakan telah ke China memeriksa projek itu dan mengesahkan bahawa projek itu tidak dilaksanakan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta! ]

Bagaimanapun sesuatu mencurigakan berlaku apabila syarikat GEEKO yang disiasat menerima bayaran tuntutan pertama pada tahun 2018 dengan bayaran RM11,693.160.00 Invoice NO: 002/2018 kini dalam tempoh siasatan, GEEKO mendapat lagi bayaran tambahan RM35 juta ketika Datuk Isham Ishak sebagai Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi memanggil Datuk Isham KSU bukanlah perkara biasa kerana berlaku perkara serius dari kes itu.

“Ini yang menjadi isu, bagaimana syarikat yang disiasat SPRM serta ditegaskan tidak boleh dibayar lagi kini mendapat bayaran. Siapa KSU baharu yang meluluskan jika bukan Datuk Isham.Mengapa sembunyikan fakta ini.

Apa yang mendorong KSU meluluskan bayaran? Apakah ada kepentingan dari syarikat?. Sepatutnya beliau menjelaskan dalam kenyataan medianya kes itu”. kata sumber itu.

Atas sebab itulah Datuk Rashidi bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dua kali dipanggil SPRM pada januari lalu atas nama ‘membantu siasatan’ dan akhirnya khidmat beliau tidak lagi disambung sebagai KSU kerana kes itu.

Menurut sumber tidak timbul isu disiasat atau membantu siasatan kerana bagi Ketua Pegawai Pengawal atau penjawat awam yang disiasat SPRM adalah perkara biasa Ketua Setiausaha Negara dalam tempoh siasatan menempatkan Datuk Isham ke Jawatan Kumpulan Tidak Berportfolio (pool) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang disiasat SPRM januari lalu turut tidak disambung khidmatnya kerana siasatan kes ini.

Sementara itu, Isham berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap portal Sabahkini2 kerana mendedahkan dokumen berkaitan kementerian yang dikategorikan sebagai sulit.

Untuk rekod jika Datuk Isham mahu berbuat demikian bagi dokumen sulit kerajaan melibatkan surat kelulusan projek,  minit mesyuarat Lembaga Perolehan A, kontrak projek, sijil perakuan siap dan lain-lain didedahkan ia bukan baru kerana ia sudah lama didedahkan oleh Wee Choo Keong bekas Pengerusi Tourism Malaysia dalam blognya.

Sehubungan itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail mesti meneruskan tradisi tegas Tan Sri Ali Hamsa sebagai KSN jika ada pegawai kanan seperti KSU disiasat SPRM mesti direhatkan atau ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Tidak Berportfolio (pool) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KSU Motac, Datuk Isham siap melawan lagi dalam sidang media. Sudah terang disiasat SPRM mahu menegakkan benang basah. Bagaimana jika ada dokumen lain pula terdedah lagi? Lebih baik berundur sebelum keadaan lebih parah.

 

1 Comment