PH.01 batal Projek MPP–TSGP: Daim berunding di China, SPRM serbu pada 2018, wang disita pada 2019 — lapan tahun kemudian, apa hasilnya?
09:11 Nov 18, 2026  |  By SabahKini2
PH.01 batal Projek MPP–TSGP: Daim berunding di China, SPRM serbu pada 2018, wang disita pada 2019 — lapan tahun kemudian, apa hasilnya?

Tiba-tiba isu Projek MPP–TSGP diungkit kembali. Lupa 2018 siapa batal, siapa runding dengan China, siapa arah SPRM serbu syarikat China. Apa jadi siasatan kes 8 tahun lalu?

 

Isu projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) kembali bergema. Pembayaran kira-kira RM8.3 bilion bagi kontrak bernilai RM9.4 bilion, sedangkan kemajuan kerja yang dilaporkan hanya sekitar 13 peratus, sekali lagi menjadi perhatian.

Namun, angka ini sudah didedahkan sejak 2018. Kerajaan bertukar, menteri bertukar, tetapi rakyat masih menunggu penjelasan menyeluruh tentang wang yang dipulihkan, hutang yang ditanggung dan hasil siasatan.

Pakatan Harapan boleh mempersoalkan pentadbiran yang meluluskan kontrak tersebut. Tetapi PH juga perlu membuka rekod pemerintahannya sendiri. Selepas pendedahan, serbuan, pembatalan dan rundingan dengan China, apakah penyelesaian yang benar-benar dicapai?

Sejak 2018, PH dan Tun M bertindak tapi..

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan pada Jun 2018 menyebut pembayaran RM8.25 bilion, bersamaan 87.7 peratus nilai kontrak, berbanding purata kemajuan kerja yang dilaporkan sekitar 13 peratus. Kaedah pembayaran pula berdasarkan pencapaian masa, bukannya kemajuan sebenar pembinaan.

Dokumen sama menyatakan angka kemajuan tersebut belum diaudit atau disahkan.

Kerajaan ketika itu mempunyai alasan untuk menyiasat jurang besar antara pembayaran dengan kerja yang dilaporkan. Namun, selepas mendedahkan masalah, tanggungjawab seterusnya ialah menyelesaikannya. Dari PH 01 kepada PN hinggalah kini Kerajaan Madani projek itu siasatan tidak pernah selesai.

 

PH 1.0 hantar Daim berunding, Shukri Abdul KP SPRM serbu pejabat CCCC dan CPPB

Pada Julai 2018, kerajaan PH 1.0 menghantar Tun Daim Zainuddin ke China untuk merundingkan semula syarat dan kos tiga projek besar yang melibatkan dua kontraktor berbeza.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), dengan China Communications Construction Company (CCCC) sebagai kontraktor utama. Dua lagi projek, iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), dimiliki oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), dengan China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) sebagai kontraktor.

Ketika Daim dilaporkan berada di Beijing, SPRM pada 18 Julai 2018 menjalankan operasi di 13 lokasi di Lembah Klang dan merampas dokumen berkaitan ECRL serta MPP–TSGP. Operasi memalukan China sempena lawatan Tun Daim.

Dilaporkan  Tun Daim berang dan berasa dimalukan oleh tindakan SPRM ketika rundingan sedang berlangsung yang dianggap sabotaj oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

Ironisnya hari ini projek ECRL yang dibatalkan Tun M dan Lim Guan Eng diteruskan begitu juga pembiayaan bawah SSER dengan China Exim Bank (CEXIM)

Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China

 

ARTIKEL BERKAITAN- Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China

 

Lapan tahun kemudian PMX membangkitkannya semula . Persoalannya apa jadi kepada siasatan lama?

Shafie Apdal dalang pembatalan TSGP, Namun tuduh  Putrajaya punca

Pada Ogos 2018, Shafie dilaporkan mengalu-alukan pembatalan tersebut atas pertimbangan kewangan negara, walaupun mengakui kesannya terhadap peluang pekerjaan dan perniagaan Sabah. Ketika itu, kerajaan PH 1.0 dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Namun, pada September 2025, Shafie menegaskan kerajaan Persekutuan yang membatalkan TSGP, sambil menyatakan keputusan itu berada di luar bidang kuasanya sebagai Ketua Menteri Sabah. Apakah kerajaan pusat akan batalkan tanpa persetujuan Kerajaan Warisan?

ARTIKEL BERKAITAN- Projek Mega TSGP: Shafie 'U-Turn' Lim Guan Eng Batalkan

Dahulu pembatalan Tun M disambut dengan gembira, kemudian apabila dipersoalkan, Shafie menyalahkan Putrajaya.

Jika pembatalan dianggap langkah terbaik pada 2018, apakah penyelesaian tenaga alternatif yang diperjuangkan selepas itu? Apakah jaminan yang diperoleh untuk melindungi kepentingan Sabah, termasuk peluang pekerjaan dan perniagaan yang diakui terjejas?

Wang disita pada 2019 — mana pengiraan keseluruhannya?

Pada Julai 2019, Mahathir mengesahkan kerajaan menyita lebih RM1 bilion daripada akaun China Petroleum Pipeline Engineering berkaitan projek paip yang tidak disiapkan. Namun apa jadi siasatan itu? Dari Dato’ Sri Shukri kepada Lathefaa Koya (PKR) kes itu tidak pernah selesai!

Sebelum itu, kenyataan Kementerian Kewangan pada Mei 2019 menyebut rundingan mengenai pampasan dan jumlah yang sepatutnya dikembalikan kepada SSER selepas mengambil kira pampasan tersebut.

Di sinilah Lim Guan Eng juga perlu menjelaskan hasil tindakan ketika menerajui kementerian tersebut. Bagaimanakah wang yang disita diambil kira dalam penyelesaian keseluruhan? Berapakah pemulihan bersih selepas kos penamatan, pampasan dan obligasi pembiayaan?

 

Batal, kemudian sambung semula

Jawapan bertulis Parlimen merekodkan notis pembatalan TSGP bertarikh 6 September 2018. Kabinet pada 10 Februari 2021 kemudian memutuskan supaya pelaksanaannya disambung semula.

Kini pada 30 Oktober 2026, Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian penyaluran semula pinjaman RM5 bilion antara SSER dengan China Exim Bank (CEXIM).

Menurut kementerian, selepas penamatan MPP dan TSGP pada 2018, kerajaan masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman berkaitan berjumlah RM8 bilion. Melalui perjanjian baharu itu, RM5 bilion disalurkan untuk membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara, yang turut memberi manfaat kepada Pulau Pinang.

Usaha mengurangkan kerugian wajar dinilai berdasarkan manfaat dan syarat perjanjiannya. Namun, pengumuman ini perlu dibaca dengan tepat: penyaluran semula pinjaman bukan pengumuman bahawa RM5 bilion wang tunai hasil siasatan rasuah telah dipulangkan.

Penyelesaian pembiayaan juga tidak dengan sendirinya menyelesaikan persoalan tentang pengurusan kontrak asal, hasil siasatan dan tanggungjawab pihak terbabit.

Kerajaan boleh mengetengahkan perjanjian itu sebagai pencapaian rundingan. Tetapi untuk menganggap keseluruhan episod MPP–TSGP sudah selesai, masih banyak perkara yang perlu dibentangkan kepada rakyat.

Mengapa tidak dipertimbangkan untuk Pan Borneo Sabah?

Pemilihan projek air di Perak Utara menimbulkan persoalan tentang keutamaan pembangunan: adakah kerajaan turut mempertimbangkan penggunaan pembiayaan tersebut untuk mempercepat Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang belum siap?

Pengalaman Sarawak memberikan perbandingan yang relevan tentang kesinambungan pembiayaan menggunakan dana sukuk DanaInfra sehingga RM13 bilion dengan jaminan kerajaan bagi membiayai sebahagian pembangunan Pan Borneo Sarawak Fasa 1 berbeza dengan penamatan PDP Pan Borneo Sabah yang menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan hingga kini menggunakan peruntukan konvensional.


Akhirnya peruntukan itu untuk projek air di Perak Utara.

Sabah kehilangan projek TSGP sama ada projek itu lambat atau siap pinjamannya terus berjalan dan kerajaan tidak sepatutnya membatalkan projek TSGP yang kononnya dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Tun Musa Aman itu.

 

Siasatan masih terbuka

Pada 3 November 2026, Anwar menyatakan siasatan masih terbuka, dengan kesukaran mendapatkan maklumat melibatkan China.Persoalannya apakah Kerajaan China akan beri kerjasama?

Isu TSGP di bawah untuk PRN Melaka namun tidak berjaya mempengaruhi rakyat. Rakyat melihatnya hanya untuk serangan politik kerana sepatutnya kes itu telah selesai lama bukan masih dimainkan lagi hari ini.

Selepas lapan tahun, rakyat memerlukan laporan yang menghubungkan semua keputusan ini: kontrak asal, pembayaran, pembatalan, penyitaan wang, keputusan menyambung semula dan penyaluran semula pinjaman.

Rakyat sudah mendengar cerita serbuan dan rundingan. Rakyat bosan sama bosan cerita dakwaan rasuah dan mafia korporat Datuk Seri Farhash Salvador yang jelas di depan mata tetapi tiada tindakan diambil. 

Comment