MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk di beberapa perairan negara
15:11 Nov 02, 2026  |  By SabahKini2
MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk di beberapa perairan negara

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan perairan yang terjejas melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Pahang, Sarawak, Sabah Timur dan Lahad Datu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan perairan negara sehingga jam 1 tengah hari pada Isnin.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan perairan yang terjejas melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Pahang, Sarawak, Sabah Timur dan Lahad Datu.

Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca berkenaan berpotensi menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam selain laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter.

Situasi itu turut berisiko membahayakan bot-bot kecil yang berada di kawasan perairan terlibat.

Comment