JTK Sabah, KKCCCI adakan kunjungan hormat kepada Hajiji
20:09 Sep 28, 2026  |  By SabahKini2
JTK Sabah, KKCCCI adakan kunjungan hormat kepada Hajiji

Kunjungan JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria yang memperkenalkan diri kepada Hajiji selain memaklumkan perkembangan semasa serta aktiviti jabatan berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di Menara Kinabalu di sini pada Ahad.

Kunjungan JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria yang memperkenalkan diri kepada Hajiji selain memaklumkan perkembangan semasa serta aktiviti jabatan berkenaan.

Pertemuan itu turut menyentuh perkara berkaitan isu tenaga kerja dan perburuhan di Sabah.

Turut hadir dalam rombongan berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah Abdul Hafid serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph.

Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang.

Rombongan itu turut disertai Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui atau Paul; Naib Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun Yong serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong.

Dalam pertemuan tersebut, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Hajiji mengenai penganjuran The Economic Outlook Forum 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Januari 2027.

KKCCCI turut menjemput Hajiji untuk hadir sebagai tetamu kehormat pada forum berkenaan.

Comment