Tujuh rumah terkesan tanah runtuh di Kampung Pahu
19:09 Sep 22, 2026  |  By SabahKini2
Tujuh rumah terkesan tanah runtuh di Kampung Pahu

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau berkata, Skuad Alpha turut membantu memasang kanvas di kawasan terjejas selain memberikan khidmat nasihat kepada penduduk.

RANAU: Sebanyak tujuh rumah terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pahu di sini susulan hujan berterusan.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Ranau menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan dari jam 9.02 pagi hingga 2.30 petang pada Isnin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau berkata, Skuad Alpha turut membantu memasang kanvas di kawasan terjejas selain memberikan khidmat nasihat kepada penduduk.

Menurutnya, penduduk dinasihatkan berpindah ke lokasi selamat sekiranya berlaku gelongsoran susulan.

"Penduduk turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan segera melaporkan sebarang kejadian bencana kepada pihak berkuasa.

"Tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada jalan terputus dilaporkan dalam kejadian itu," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial rasmi APM Ranau.

Beliau berkata, tiada sekolah atau fasiliti kesihatan terjejas dalam kejadian berkenaan.

"Keadaan cuaca ketika pemantauan adalah hujan renyai dan tiada kes kecemasan dilaporkan sepanjang tempoh pemantauan.

"PKOD Ranau akan terus berada dalam keadaan siap siaga bagi memantau perkembangan situasi serta menghadapi sebarang kemungkinan bencana," katanya.

Comment