KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai, di sini, hari ini.
Kunjungan itu memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri bertemu serta menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.
Anwar turut menyampaikan bantuan khas kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kejadian itu.
Terdahulu, Hajiji bersama Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Likas, di sini.

