Artikel terbaru Sabahkini2 mengenai gesaan SPRM menyiasat kontraktor kroni 'Chong BABI' dua projek Pan Borneo RM1.35 bilion Sipitang–Beaufort menarik perhatian penjawat awam Sabah.
[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa siasat kontraktor 'Chong BABI', dua projek Pan Borneo RM1.35 bilion Sipitang–Beaufort masih gagal disiapkan ]

Mereka sedar dan begitu benci kepada kontraktor Chong Kek Sang atau "Chong Babi" yang lama menganiaya mereka. Mana-mana wakil rakyat dan pegawai yang pernah menerima wangnya lebih sukar untuk lari kerana dibelenggu perangkap "Chong Babi". Hari ini pengaruh "Chong Babi lebih kuat kerana sering menjual nama pengaruh istana ‘Bukit’ di Kota Kinabalu.
Pelbagai pihak bercakap hubungan "Chong Babi" dengan bekas Ketua Menteri Sabah Tun Musa Aman yang kini menjadi TYT Sabah. Tapi itu bukan tiket untuk melindungi kegagalan dalam melaksana projek. Tun Musa tidak sepatutnya melayan karenah "Chong Babi" yang gemar campur tangan mengunakan atasan untuk menyelamatkan projeknya. Dua projek Pan Borneo RM1.35 bilion Sipitang–Beaufort jelas gagal disiapkan dan sepatutnya dua syarikat "Chong Babi" sudah lama ditamatkan.
Syarikat teruk tetapi pelbagai lanjutan masa (Extension of Time – EOT) diberikan malah dikenakan Ganti Rugi Liquidated Ascertained Damages (LAD) pun Chong Babi tak gentar. Bayar LAD lebih RM30 juta pun dia tak goyang malah memperlekeh tindakan JKR. Chong Babi tahu tiada siapa akan menyingkirkannya. Pegawai usik syarikatnya, Chong Babi akan datang mengadap istana ‘Bukit’ mengadu pegawai menganggunya.
Mana-mana pegawai JKR yang berani melawan "Chong Babi" diberi tekanan dan pindahkan. Tidak kurang ‘Chong Babi’ mengupah influencer seperti Jufazli Chi Ahmad menyerang semua pegawai-pegawai JKR yang ingkar arahan "Chong Babi". Mereka tidak mampu membalasnya kerana sebagai penjawat awam mereka terikat.
Tapi faktanya ‘Chong Babi’ menggunakan segala atasan untuk mengelak dari ditamatkan kontrak. Rakyat Beaufot- Sipitang sudah lama terseksa melalui jalan ‘ke neraka’ itu. Buat jalan dan jambatan tanpa ikut spesifikasi JKR akhirnya jambatan runtuh sebelum digunakan. Nak tunggu ramai mati ke?
Sebelum ini ketika jalan masih dibina berapa ramai kemalangan, cedera dan meninggal dunia? Chong Babi dan keluarganya peduli apa?

Dulu sesiapa melawan ‘Chong Babi’ dia gunakan wang tutup mulut tetapi kali ini penjawat awam melawan tanpa takut.
Hanya SPRM baru ‘Chong Babi’ tak akan mampu lawan
Jika dulu mungkin Tan Sri Azam Baki melindungi mana-mana kabel ‘Chong Babi’ tetapi kali ini bawah Dato’ Sri Abdul Halim Aman KP SPRM yang baharu diam tetapi tegas bekerja tak mustahil ‘Chong Babi’ satu dari radar utama SPRM tak lama lagi.
Rakyat Sabah berharap kepada Dato’ Sri Abdul Halim sama ada bahagian AMLA dan Bahagian Operasi Khas (BOK) agar bertindak segera. SPRM Sabah mungkin dah tepu nak buat kerja. Jadi kita seru SPRM malaya bertindak!
Sabahkini2 akan melawan tanpa takut. Jika ada penjawat awam mempunyai fail untuk didedahkan sila emel kepada [email protected]. Kita dedah tanpa goyang.

