KOTA KINABALU: Dua pakej utama Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di laluan Sipitang–Beaufort yang keseluruhannya bernilai lebih RM1.35 bilion terus menjadi perhatian apabila sehingga hari ini masih gagal disiapkan walaupun telah diberikan pelbagai lanjutan masa (Extension of Time – EOT) dan dikenakan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages – LAD).
Di Sabah, nama kontraktor Chong Kek Sang, yang sering dirujuk sebagai "Chong Babi", bukan lagi asing dalam kalangan pemain industri pembinaan. Pelbagai dakwaan dan kontroversi pernah dikaitkan dengannya sejak bertahun-tahun lalu, namun syarikat-syarikat yang dikaitkan dengannya terus memperoleh dan melaksanakan projek-projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit. Ketika Warisan berkuasa 2018 Projek Pan Borneo dibatalkan namun syarikat dikaitkan Chong Babi sentiasa mendahului.

Sabahkini2 sendiri sejak tahun 2022 telah beberapa kali melaporkan pelbagai isu membabitkan projek Pan Borneo Sipitang–Beaufort, termasuk keadaan jalan yang didakwa membahayakan pengguna, kelewatan pembinaan serta masalah lori-lori berat yang beroperasi di laluan projek.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Lori Hantu 'Chong Babi' Sipitang-Beaufort, bahayakan nyawa tapi mana JPJ, Penguatkuasa? ]

Malah ketika Program Kembara Kenali Borneo yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berlangsung pada 3 September hingga 13 September 2023 kontraktor "Chong B481" ini tak pernah kisah pun. Agung sendiri Nampak betapa buruknya jalan Sipitang-Beaufort!
[ARTIKEL BERKAITAN- Agong mahu memandu di Lebuh Raya Pan Borneo, bolehkah JKR Sabah pastikan jalan 'Chong Babi' RM 1.3B Sipitang-Beaufort siap?
PROJEK RM1.35 BILION MASIH GAGAL DISIAPKAN
Semakan mendapati dua pakej terbesar Pan Borneo Sabah itu ialah:
1. WP01 – Sindumin ke Kampung Melalia
Kontrak bernilai RM483.06 juta ini dilaksanakan oleh Juta Hajat Sdn Bhd – Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV.
2. WP02 – Kampung Melalia ke Beaufort
Pakej bernilai RM861.90 juta pula dilaksanakan oleh Expowarisan Sdn Bhd – Katata Construction (S) Sdn Bhd JV. Expowarisan merupakan syarikat keluarga ‘Chong Babi’ sendiri.

Rekod kewangan Expowarisan Sdn. Bhd. menunjukkan perubahan yang ketara dalam tempoh empat tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, syarikat tidak merekodkan sebarang hasil dan mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM960,675. Namun, menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, syarikat kembali mencatat keuntungan dengan hasil mencecah RM18.56 juta serta keuntungan selepas cukai sebanyak RM116,063. Walaupun prestasi operasi bertambah baik daripada rugi kepada untung, syarikat masih merekodkan kerugian terkumpul sebanyak RM3.27 juta, menunjukkan kedudukan kewangannya masih memerlukan pengukuhan walaupun telah kembali menjana keuntungan.
Nilai keseluruhan kedua-dua pakej ini mencecah RM1.346 bilion, sekali gus menjadikannya antara pakej terbesar dalam keseluruhan projek Pan Borneo Sabah.

Apa yang menjadi persoalan ialah projek ini telah merentasi beberapa pentadbiran kerajaan bermula daripada Barisan Nasional, Warisan, Perikatan Nasional sehingga kini di bawah GRS-BN, namun kedua-dua pakej tersebut masih belum berjaya disiapkan sepenuhnya.
KERAJAAN KENAKAN PENALTI RM31.8 JUTA
Pada Mac 2026, kerajaan mengesahkan dua kontraktor terbabit dikenakan LAD berjumlah RM31.8 juta kerana gagal menyiapkan projek mengikut jadual kontrak.

Bagi WP01, kontrak asal yang bermula pada 3 Disember 2019 sepatutnya siap pada 3 Disember 2021.
Namun kontraktor menerima empat kali lanjutan masa, iaitu:
- EOT 1 : 70 hari
- EOT 2 : 220 hari
- EOT 3 : 730 hari
- EOT 4 : 267 hari
Secara keseluruhannya projek diberikan tambahan 1,287 hari, bersamaan lebih tiga tahun enam bulan, sehingga tarikh siap disemak kepada 12 Jun 2025.
Dokumen kontrak turut menunjukkan kadar LAD sebanyak RM80,410.30 sehari sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut jadual.
WP02 turut mengalami kelewatan berpanjangan sehingga akhirnya kedua-dua pakej dikenakan penalti keseluruhan RM31.8 juta.

JEJAMBAT PAN BORNEO SUNGAI PADAS RUNTUH
Kebimbangan terhadap projek ini semakin memuncak apabila rasuk sokongan sebuah jejambat Pan Borneo di Sungai Padas, Beaufort runtuh ketika pembinaan masih berjalan. Apakah ini cuba membuktikan dakwaan pelbagai pihak selama ini bahawa kontraktor ‘Chong Babi’ jenis melanggar spesifikasi kerja?

Insiden itu berlaku sebelum struktur tersebut dibuka kepada lalu lintas dan mencetuskan persoalan mengenai aspek keselamatan, kualiti pembinaan serta pematuhan spesifikasi teknikal.
Kejadian tersebut turut mengundang gesaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada wujud unsur kecuaian, penyelewengan atau kelemahan dalam pelaksanaan projek bernilai tinggi itu.

Jejambat Sungai Padas sendiri sebelum ini sering menjadi perhatian di media sosial kerana pembinaannya yang berlarutan selama bertahun-tahun sehingga digelar sebagai "jambatan misteri" oleh sebahagian netizen.
Kredit Video: Kota Kinabalu Explorer
Salleh turun padang tinjau sendiri projek
Pada 2 Julai lalu, Ketua Merinyu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mengadakan lawatan kerja ke Pakej Kerja WP01 dan WP02 bagi melihat sendiri keadaan sebenar projek.
Beliau menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor mengenai status semasa, isu teknikal serta cabaran kontraktual yang menjejaskan pelaksanaan projek.

Selepas lawatan itu, Salleh memaklumkan beliau akan menyediakan laporan lengkap kepada Ketua Menteri Sabah yang merangkumi penemuan di tapak, cadangan penyelesaian dan perkara yang memerlukan campur tangan kerajaan.
Namun keadaan fizikal projek yang masih jauh daripada siap menimbulkan persoalan sama ada sasaran penyiapan dalam tempoh terdekat mampu dicapai.
Rakyat Sabah terus menanggung kesan
Kelewatan projek Pan Borneo bukan sekadar isu kontrak pembinaan.
Bagi penduduk Sipitang, Beaufort dan kawasan sekitarnya, kelewatan ini memberi kesan langsung kepada kelancaran perjalanan harian, aktiviti perdagangan, operasi logistik, keselamatan pengguna jalan raya serta pembangunan ekonomi kawasan pedalaman.
Sebagai laluan utama yang menghubungkan daerah-daerah di Sabah, setiap kelewatan meningkatkan kos pengangkutan, melambatkan pergerakan barangan dan menjejaskan manfaat ekonomi yang sepatutnya dinikmati rakyat.
Mengapa kontrak masih tidak ditamatkan?
Persoalan terbesar yang kini menjadi perbualan ialah mengapa kontraktor yang sering dikaitkan dengan projek ini masih meneruskan pelaksanaan projek walaupun kerajaan sendiri telah mengenakan LAD berjumlah RM31.8 juta.
Dalam amalan biasa projek kerajaan, pengenaan LAD menunjukkan kontraktor gagal memenuhi tempoh siap yang dipersetujui. Namun dalam kes ini, kontrak terus dikekalkan walaupun projek telah mengalami kelewatan bertahun-tahun.
Keadaan itu mencetuskan persepsi dalam kalangan orang ramai bahawa kontraktor yang sering dirujuk sebagai "Chong Babi" seolah-olah mempunyai "kekebalan" daripada tindakan yang lazim dikenakan terhadap kontraktor berprestasi lemah.
Atas sebab itu, timbul persoalan sama ada terdapat faktor lain yang menyebabkan kontrak tersebut terus diteruskan walaupun prestasi projek menjadi perhatian umum.
Siapakah sebenarnya individu atau pihak yang menjadi "kabel" kepada Chong Babi sehingga kontrak bernilai lebih RM1.35 bilion ini terus dikekalkan walaupun dikenakan penalti dan gagal disiapkan mengikut jadual? Persoalan inilah yang diharapkan dapat dijawab melalui siasatan pihak berkuasa, termasuk SPRM.

