Lelaki ditemukan maut terapung di perairan Kudat
15:07 Jul 06, 2026  |  By SabahKini2
Lelaki ditemukan maut terapung di perairan Kudat

Beliau berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 10.43 pagi.

KUDAT: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung berhampiran Jeti Angkasa Baru di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Darickson Galanang berkata pihaknya menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat berhubung penemuan mangsa sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

Beliau berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 10.43 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air berhampiran jeti.

"Pasukan kemudian menjalankan operasi mengangkat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, identiti mangsa masih belum dikenal pasti ketika operasi dijalankan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.18 pagi selepas mangsa diserahkan kepada polis dan pemeriksaan di lokasi mengesahkan tiada lagi sebarang bahaya.

Kes diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Comment