MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lima negeri hingga 7 malam
19:07 Jul 03, 2026  |  By SabahKini2
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lima negeri hingga 7 malam

Di Sabah pula, amaran melibatkan Beaufort di Pedalaman, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran di Pantai Barat, serta Sandakan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan membabitkan lima negeri sehingga 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat, kawasan terlibat di Terengganu ialah Besut dan Setiu, manakala di Pahang melibatkan Pekan dan Rompin.

Di Johor, amaran cuaca buruk dikeluarkan bagi daerah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Selangau di Sibu, Dalat dan Mukah di Mukah, Bintulu, selain Beluru, Telang Usan dan Marudi di Miri serta Limbang.

Di Sabah pula, amaran melibatkan Beaufort di Pedalaman, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran di Pantai Barat, serta Sandakan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Comment