KP Baharu SPRM digesa buka semula kes rasuah Shafie Apdal RM1.5 Bilion
13:06 Jun 12, 2026  |  By SabahKini2
KP Baharu SPRM digesa buka semula kes rasuah Shafie Apdal RM1.5 Bilion

Gesaan agar kepimpinan baharu SPRM meneliti semula kes rasuah Shafie Apdal, keluarga dan kroninya adalah wajar. Kes Shafie tidak pernah ditutup dan didakwa di mahkamah maka bukan satu alasan tidak boleh dibuka.

Kepimpinan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa meneliti semula siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion, susulan penyerahan memorandum rasmi oleh Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57).

Memorandum itu diserahkan Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar, kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, di ibu pejabat suruhanjaya itu pada Khamis. Turut hadir beberapa peguam serta wakil pertubuhan belia dan masyarakat Sabah.

 

Menurut Zulkarnain, gesaan tersebut dibuat atas prinsip akauntabiliti dan kepentingan awam, memandangkan isu berkenaan melibatkan perbelanjaan dana kerajaan dalam jumlah yang besar bagi pembangunan kawasan luar bandar Sabah.

Beliau berkata, pihaknya berharap segala bahan siasatan, dokumen serta maklumat yang pernah dikumpulkan sebelum ini dapat dinilai semula oleh kepimpinan baharu SPRM bagi memastikan semua fakta diberikan pertimbangan sewajarnya.

“Kami berpandangan bahawa sebarang isu yang membabitkan pengurusan wang rakyat perlu dinilai secara profesional dan telus tanpa dipengaruhi faktor masa atau perubahan landskap politik,” katanya kepada pemberita.

Isu yang dibangkitkan itu berkaitan projek pembangunan luar bandar di Sabah ketika Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Selain menggesa penelitian semula terhadap siasatan utama, memorandum tersebut turut mencadangkan supaya beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah dikaji semula, termasuk projek bekalan air Pulau Gaya di Kota Kinabalu yang pernah menjadi perhatian umum.

Menurut Zulkarnain, masih terdapat persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai keberkesanan beberapa projek infrastruktur asas di negeri itu, khususnya berkaitan bekalan air, elektrik dan jalan raya di kawasan pedalaman.

Beliau turut berpendapat rakyat Sabah berhak mengetahui tahap pencapaian pelbagai projek pembangunan yang telah diumumkan sepanjang tempoh berkenaan memandangkan sebahagian kawasan luar bandar masih berdepan cabaran kemudahan asas.

Untuk rekod, SPRM pada 2017 pernah melaksanakan operasi besar-besaran berkaitan projek pembangunan luar bandar Sabah yang melibatkan projek bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya bagi tempoh 2009 hingga 2015. Nilai keseluruhan projek yang disiasat dianggarkan mencecah RM7.5 bilion, dengan tumpuan terhadap dakwaan penyelewengan dana sekitar RM1.5 bilion.

Siasatan tersebut menyaksikan beberapa individu, termasuk Mohd Shafie Apdal, ahli keluarga, ahli perniagaan dan kontraktor dipanggil atau ditahan bagi membantu siasatan.

 

KES RASUAH SHAFIE APDAL WAJAR DIBUKA SEMULA!


Rakan Jenayah Shafie Apdal – Datuk Peter boleh didakwa dan bersalah di mahkamah mengapa tidak Shafie?

ketika Kerajaan PH.01 berkuasa Shafie Apdal menggunakan Tun Dr Mahathir PM7 untuk menyelamatkannya. Menteri Undang-undang Datuk Vicky Liew melakukan apa saja untuk menyelamatkan Shafie. Maka kes Shafie tidak membawa kepada sebarang pendakwaan di mahkamah hanya perlu dibebaskan di Dewan Negara melalui kenyataan Menteri JPM  bahawa tiada bukti mencukupi untuk meneruskan kes. 



Menutup kes rasuah Shafie ketika tu merupakan kerjasama memalukan Tommy Thomas Peguam Negara, Menteri Warisan ( Vicky Liew) dan Datuk Shukri SPRM sangat memalukan ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN- Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

 

Sehingga kini, tiada pendakwaan jenayah terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan siasatan projek pembangunan luar bandar Sabah dan jika Datuk Peter Antony sebagai rakan jenayahnya kes RISDA dan UMS boleh dakwa sudah pasti kes Shafie tiada halangan bagi SPRM membuka semula. 

Selagi SPRM tidak membuat pendakwaan kes maka berlagaklah keluarga Shafie Apdal itu wal hal merekalah satu keturunan yang semua tahu penyakau terbesar projek KKLW. 

BAGAIMANA KES PENYELEWENGAN RM1.5BILION TIADA BUKTI?

Tertangkapnya adik Shafie Apdal, Yusof, Hamid dan menantu Hamid jelas bersalahan dengan Seksyen 23 SPRM salah guna kuasa apabila pengakuan Adik Shafie menerima wang dari Taikun Sabah seperti Yu Sin kong dari  Sin kong Contruction Sdn Bhd. SPRM sepatutnya membuat pendakwaan dahulu di mahkamah seperti kes Datuk Peter Anthony biar mahkamah tentukan Shafie Apdal bersalah atau tidak.

 

Ratusan juta masuk poket oleh keluarga Shafie daripada Sinkong. Sinkong dalam keterangannya mengaku memberi wang kepada semua pemimpin politik. 

 .


Azis Jamman berlagak suci. Berapa juta dia rembat daripada Sinkong?

 

Datuk Peter Anthony boleh didakwa bersama Michael Ubu kerana kes menjual tanah kepada RISDA atas arahan Shafie Apdal selaku Menteri KKLW ketika itu.  Walaupun kes RISDA Peter digugurkan namun Peter Anthony tetap dituduh pemalsuan dokumen projek UMS yang mengesahkan beliau sabit bersalah di mahkamah dan kini menjalani parol daripada hukuman penjara.

Kes Michael Persius Ubu dan Peter berdepan tiga pertuduhan membabitkan urus niaga pembelian tanah RISDA sepatutnya diteruskan menyaksikan pertuduhan pertama pecah amanah jenayah melibatkan wang RM15.545 juta yang diamanahkan kepadanya sebagai ejen RISDA pada 2014. Beliau turut menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu didakwa menerima RM1 juta dan RM2.96 juta yang dikatakan hasil aktiviti haram daripada Budiman Juta Sdn Bhd pada 2014 dan 2015. Kesemua pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Peguam Peter, Martin Tommy dalam kes membabitkan wang berjumlah RM15 juta mengaku sudah membayar semula kepada RISDA sebagai asas Peter dan Michael Ubu  meminta agar mahkamah melepas dan membebaskan mereka. Namun salahguna kuasa dan rasuah itu berlaku yang menyebabkan Michael P Ubu lari ke luar negara serta diburu oleh SPRM dan PDRM.  Semuanya 'kawtim' di belakang tabir. Memulangkan wang yang diambil tidak seharusnya menghapuskan kesalahan jenayah.

 

Tidak mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW

Tan Sri Dato’ Azam Baki sepatutnya membuka kes ini kerana ketika dizaman Dato’ Shukri Abdull beliau akur arahan VK Liew tidak mahu mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Ia keputusan yang sangat memusykilkan. Jika Norhartaty Rahmat perlu dijadikan saksi utama maka Shafie Apdal perlu didakwa dahulu. KP SPRM baharu Dato' Sri Abdul Halim sepatutnya membuka semula kes ini. 

Penahanan bekas Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 dengan membeku akaun miliknya RM29 juta juga  jelas berlaku rasuah. Bagaimana seorang pegawai memiliki wang sebanyak itu?  

 

Syarikat Yusof Apdal dan adik -beradik disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 14 syarikat Sabah disyaki terlibat menyeleweng dana kerajaan RM48 juta. Akhbar The Star yang memetik sumber melaporkan pegawai SPRM menyiasat aliran dana sepanjang lebih tujuh tahun melalui laman sesawang syarikat yang rumit. Jumlah berkenaan adalah sebahagian dana RM1.5 bilion yang disalah guna sedang disiasat SPRM.

'MONEY TRAIL': RM 48 JUTA DUIT SHAFIE APDAL DITEMUI, 14 SYARIKAT MENGAKU BERI DUIT KEPADA ADIKNYA

[ARTIKEL BERKAITAN- 14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

 

 
SPRM dikatakan telah menjejak wang RM48 juta dari 14 syarikat yang yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 9 lagi masih disiasat. SPRM juga telah membekukan RM180 juta akaun dari beberapa syarikat dan individu.  The Star dan The MalaysianInsight turut melaporkan berita 14 syarikat ini. 

 

 

 

Warisan dan Yusof Apdal lupa Laporan Audit Negara 2016 membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang?  Kroni yang diadu oleh Tian Chua mendedahkan Shafie Apdal seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua yang yang kenyang. Yusof sebelum menjadi wakil rakyat beliau memegang banyak syarikat elektrik di Sabah.. Abangnya Menteri beberapa bilion keluarga mereka sapu?


Pendedahan dan aduan Tian Chua mengenai Projek BELB dibolot kroni Shafie. Tahukah siapa syarikat elektrik monopoli ketika itu?
Semuanya bawah Datuk Yusof Apdal!

Laporan Ketua Audit Negara dalam siri ke-2 2016 yang diterbitkan mengesahkan penyelewengan dana KKLW yang membawa kepada penangkapan SPRM terhadap Dato' Seri Shafie Apdal bekas Menteri KKLW, Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Sin Kong, dua adik Shafie Apdal (Yusof dan Hamid).

Dilaporkan projek bernilai RM2.196 bilion gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong.

Apakah rakyat Sabah sudah lupa apa yang dibuat oleh keturunan Shafie Apdal kepada Sabah?

ARTIKEL BERKAITAN- Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

 

Yang disiasat SPRM ialah RM1.5b KKLW  tahun 2017 namun jumlahnya jauh lebih besar berdasarkan kedudukan Datuk Seri Shafie menjadi Menteri KKLW dari tahun 2009 hingga 2015. Jumlah perbelanjaan pembangunan KKLW (2009-2015) ialah RM34,818,000,000 (RM34,818 bilion). Jumlah bajet pembangunan KKLW adalah kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015”. Peruntukan KKLW dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK10 yang diuruskan sekitar RM14.6 bilion.

Apa yang Sabah dapat?

Apa yang kamu dapat disetiap daerah ketika Shafie Menteri dan Yusof Apdal jadi kroni?

 

Rakyat Sabah tidak pernah lupa pemimpin Warisan sudah terbukti pemimpinnya didakwa di mahkamah dan Peter Anthony juga sabit bersalah dipenjarakan. Begitu juga kes rasuah anak saudara Shafie Apdal  Timbalan Wira Warisan Semporna yang juga bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan, seni dan budaya Datuk Mohammadin turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC. 

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, anak bekas kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak Saudara) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Bukan itu sahaja Hisham menerima lagi 6 pertuduhan baru kes rasuah. Nampaknya pemimpin Warisan atau keluarga Shafie semua kaya raya. Tapi rakyat Semporna tetap miskin.

 

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

[ARTIKEL BERKAITAN-  Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500 

 

Tahun lalu Mohd Saifullah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun 

ARTIKEL BERKAITAN- Saifullah anak bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal dijel 6 tahun, denda RM8.8 juta kerana rasuah

 

Saifullah anak bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal dijel 6 tahun, denda RM8.8 juta kerana rasuah

 

Terbaru SPRM memburu semula Mohd Saifullah yang menghilangkan diri dari Sabah

ARTIKEL BERKAITAN- SPRM buru semula anak saudara Shafie Apdal, terkait kes rasuah

 

Jika disemak ketika Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri  rakyat Sabah tidak lupa bagaimana 4 konsesi jalan PBT dilantik secara rundingan terus bernilai RM1.5b. Paling buruk syarikat kroni tidak melaksana kerja tetapi membuat tuntutan jalan tidak wujud atau 'Jalan Hantu'.

ARTIKEL BERKAITAN-  Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!

Sehingga kini Azam Jaya yang dikaitkan dengan Shafie Apdal dan bekas TYT Sabah terus kebal sekalipun bekas pengurus projeknya didakwa kerana membuat tuntutan palsu hampir RM50 juta. 

Maka Shafie dan keluarganya jangan berlagak suci. Hanya kerana SPRM tidak meneruskan siasatan tidak bermakna tiada kes rasuah terhadap Keluarga Shafie Apdal.  Jike kes Peter Anthony boleh dibuka mengapa pula SPRM tidak boleh buka fail Shafie Apdal dan adik-adiknya? Semua tahu ketika kamu berkuasa kamulah perembat projek terbanyak. 

 

Comment