MetMalaysia tamatkan nasihat tsunami bagi empat daerah pantai di Sabah
20:06 Jun 08, 2026  |  By SabahKini2
MetMalaysia tamatkan nasihat tsunami bagi empat daerah pantai di Sabah

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi itu tidak lagi berkuat kuasa selepas pemantauan mendapati ancaman telah berakhir.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan nasihat tsunami yang dikeluarkan bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Sabah pada jam 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi itu tidak lagi berkuat kuasa selepas pemantauan mendapati ancaman telah berakhir.

Terdahulu, jabatan berkenaan memaklumkan ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai daerah terbabit antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di Mindanao, Filipina pada pagi Isnin.

Menurut MetMalaysia, penamatan nasihat tsunami itu merupakan maklumat terakhir yang dikeluarkan berhubung kejadian gempa bumi tersebut, melainkan terdapat perkembangan baharu yang memerlukan pemakluman lanjut.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia dan pihak berkuasa berkaitan.

Comment