Terima suapan RM16,000, pengurus kanan GLC di Sabah ditahan SPRM
15:07 Jul 03, 2025  |  By SabahKini2
Terima suapan RM16,000, pengurus kanan GLC di Sabah ditahan SPRM

Menurut sumber suspek lelaki berusia sekitar 50-an itu, ditahan pada 4 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM16,000 sebagai balasan untuk mendapatkan kerja di bawah GLC itu.

Menurut sumber suspek lelaki berusia sekitar 50-an itu, ditahan pada 4 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun lepas dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

"Suspek dipercayai telah menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat, sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar Sabah," menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah hari ini bagi permohonan reman.

Comment