Setahun selepas pengurusan Bahvest Resources Berhad digantikan dan ditukar nama kepada Aumas Resources Berhad, serangan demi serangan terhadap pemilik baharu syarikat tersebut terus berlaku. Ia bukan hanya melalui media dan kenyataan awam, malah merangkumi gangguan operasi serta sabotaj terhadap infrastruktur perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.
Bukan lagi rahsia Datuk Lo Fui Ming bekas Pengarah Urusan dan pemegang saham Bahvest Resources merupakan antara pembiaya dana politik kepada Shafie Apdal dan Warisan. Tanah pajakan diluluskan JTU di zaman Musa Aman sebagai Ketua Menteri namun lesen perlombongan diluluskan oleh Shafie Apdal ketika sebagai Ketua Menteri Sabah.
Maka tidak menghairankan Shafie Apdal Presiden Warisan dan beberapa pemimpin Warisan terus berdendam dengan pengurusan baru. Pelbagai fitnah dan serangan dibuat dalam media dan di bawa dalam sidang DUN. Menggunakan media rasmi Warisan Sabah News Today dikendalikan oleh Zakaria Damit (Bekas AJK Warisan Sepanggar- Kini Wartawan muflis).
Adun Merotai Sarifuddin Hata misalnya menggesa laporan kepada SPRM untuk ke atas aktiviti perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau sebagai tanpa laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), pencemaran dan pergerakan tanah. Wal hal Syarikat Baharu AuMas Resources memperolehi kelulusan EIA, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan kemudiannya mendapat kelulusan Skim Perlombongan Operasi pertama (“OMS”)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang menuduh Kerajaan Negeri bukan sekadar membenarkan syarikat swasta melombong dan meraih keuntungan daripada sumber terbabit dan perlu kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri tetapi beliau lupa beliaulah yang meluluskan lesen lombong emas Bukit Mantri kepada Syarikat Bahvest Resources (Wullersdorf Resources Sdn. Bhd. (“WRSB”) dan Southsea Gold Sdn Bhd di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994, dan Seksyen 18(d) Ordinan Perlombongan Sabah 1960.
Mengapa Shafie Apdal dan pemimpin Warisan tak bising ketika Datuk Lo Fui Ming menguasai Bahvest Resources Bhd, Wullersdorf Resources Sdn. Bhd dan Southsea Gold Sdn Bhd? Sebab dulu kawan tetapi kini Datuk Lo Fui Ming dan anak-anaknya telah dibuang daripada Bahvest Resources Bhd dan kini atas nama baru AuMas Resources Bhd.
Maka rakyat, netizen dan pendokong Warisan perlu tahu. Apa yang berlaku sebelum ini seperti mencuri jongkong emas, menipu pengisytiharan pendapatan, bayaran royalti, salah guna kuasa dan rasuah semua dilakukan oleh pengurusan lama bawah Datuk Lo Fui Ming.
Datuk Lui Fui Ming (DLFM) telah mengawal Bahvest selama hampir dua dekad dan meletakkan struktur operasi lombong emas Bukit Mantri melalui entiti Southsea (Pemilik tanah pajakan), Wullersdorf (anak syarikat) dan MAB Ventures Sdn Bhd sebagai pemegang saham terbesar Bahvest Resources Bhd. Semua kesalahan dilakukan dalam satu bakul
🟧 Akta Syarikat 2016 (Seksyen 210 & 213)– SSM
- Menggunakan kedudukan sebagai pengarah untuk kepentingan diri sendiri.
🟧 B. Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) – SC
- Seksyen 177, 179: Manipulasi harga saham melalui maklumat tidak tepat.
- Seksyen 188: Insider trading, sekiranya ada pembelian saham berdasarkan maklumat belum diumumkan. Syarikat atas nama sendiri saman syarikat lain yang dia juga pengarahnya untuk dapat pampasan jutaan ringgit.
🟨 C. Akta SPRM 2009 (Seksyen 23) – SPRM
- Salah guna jawatan untuk memberi manfaat kepada syarikat sendiri.
- Bahvest Resources Bhd merupakan merupakan syarikat senarai awam — maka sebarang tindakan pengarah tertakluk kepada pengawasan awam
Pertelingkahan anak syarikat Bahvest (Wullersdorf Resources Sdn Bhd ) dan Southsea Gold Sdn Bhd
Southsea Gold Sdn Bhd dimiliki Datuk Lo Fui Ming telah diberikan pajakan oleh JTU selama 35 tahun bermula dari 01.01.2014 hingga 31.12.2048 ke atas tanah seluas 1,000 hektar di Bukit Mantri untuk tujuan perlombongan.
Kemudiannya Southsea pula telah memberikan pajakan kecil selama 33 tahun kepada Wullersdorf ke atas sebahagian daripada Tanah Pajakan Utama yang berkeluasan 317.70 hektar bagi tempoh dari 01.10.2015 hingga 30.09.2048
Semua dokumen perjanjian pajakan terpakai antara Wullersdorf Resources Sdn Bhd dengan Southsea Gold Sdn Bhd mengikut tempoh yang telah ditandatangi. Tidak ada isu lombong haram atau tiada EIA kerana semua dokumen berkaitan telah diperoleh sejak 16 Mac 2017 daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah atas nama Wullersdorf Resources Sdn Bhd dan Southsea Gold Sdn Bhd. Lesen Skim Perlombongan Operasi (OMS) juga tiada masalah kerana dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) setiap enam bulan. Bezanya Wullersdorf bukan lagi milik Datuk Lo Fui Ming hanya Southsea Gold Sdn Bhd saja masih dalam kawalannya.
Jadi mengapa Datuk Lo Fui Ming dan pasukan medianya menyerang pemilik syarikat AuMas Resources atas nama EIA, pencemaran dan Lesen Skim Perlombongan Operasi (OMS)?
Lembaga Pengarah Southsea Gold Sdn Bhd antara lain ialah Datuk Osman Jamal bekas Adun Balung Warisan dan juga Bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Jadi mengapa lombong emas ini sangat penting kepada Shafie Apdal dan Warisan sudah diketahui kerana ada wakil Warisan dalam syarikat. Selama tempoh Datuk Lo Fui Ming mendapat lesen ketika Warisan berkuasa berjuta diberi kepada Shafie Apdal dan Warisan.
Datuk Osman Jamal menyertai Parti Warisan
DLFM dengan Warisan tidak boleh dippisahkan:
Jaujan Sambakong Naib Presiden Warisan bersama Datuk Lo Fui Ming memaklumkan
hasil emas kepada Kerajaan Warisan
AKRAB dan Pembiaya Dana Warisan: Datuk Lo Fui Ming bersama Junz Wong Naib Presiden Warisan
DATUK LO FUI MING SALAH GUNA KUASA
Semua drama bermula pada mei 2023 apabila Datuk Lo Fui Ming yang juga Pengarah Southsea Gold menyaman Bahvest Resources (Wullersdorf Resources) yang beliau juga adalah CEOnya dengan kos RM20.4 juta di atas dakwaan menduduki secara salah dan menceroboh tanah pajakan perlombongan Southsea Gold Sdn Bhd. Southsea Gold juga mengarahkan Wullersdorf Resources keluar daripada tapak perlombongan.
Semua saman ini ada kaitan dengan sekumpulan 5 pemegang saham termasuk Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd telah membuat permintaan EGM menyingkirkan tiga pengarah, Datuk Seri Dr Md Kamal Bilal (Pengerusi Bukan Eksekutif), Datuk Lo Fui Ming (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif) dan Lo Teck Yong (Pengarah Eksekutif) kerana menyalahguna kuasa dan menipu dalam urus niaga lombong emas.
Sebelum EGM di adakan lapor-melapor SPRM berlaku dan SPRM menyerbu syarikat dan lombong Bahvest. Banyaklah drama termasuk arahan pembayaran RM13.0 juta kepada Southsea namun sebanyak RM6.0 juta telahpun dibayar tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Kemuncaknya pada 17 Mei 2023 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Bahvest dan pihak pengurusan utama Wullersdorf/Bahvest, iaitu Datuk Lo Fui Ming (Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Lo Teck Yong (Pengarah Eksekutif), Encik Chong Khing Chung (Ketua Pegawai Kewangan), Encik Shahrol Azuan (Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pakar Metalurgi), serta Brando Pang Tze Ching (Penolong Pengurus Besar) telah ditahan dan direman.
ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Tipu Kerajaan Sabah cukai jualan emas, 5 individu berkait Bahvest Resources Berhad direman SPRM
Tekanan dan siasatan berterusan daripada SPRM maka pada 31 Mei 2023, Datuk Lo Fui Ming dan Loh Teck Yong telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan, Pengarah Bahvest dan anak syarikatnya Wullersdorf. Dengan peletakkan jawatan ini Datuk Lo Fui Ming dan Loh Teck Yong tidak lagi berada dalam syarikat. Ini bermakna Bahvest mempunyai pengurusan baharu bukan lagi DLFM dan keluarganya.
Datuk Lo Fui Ming gugur awal sebelum disingkirkan dalam EGM Bahvest. Ini bukan salah pemegang saham, ini salah Datuk Lo Fui Ming meletak jawatan awal. Maka sudah tentu ini memudahkan pemegang saham terbaru menyusun semula Bahvest
MENGAPA SALAHKAN PEMEGANG SAHAM, INNOSABAH CAPITAL HOLDINGS SDN BHD DAN DATUK FREDDY LIM NYUK SANG?
Faktanya Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Datuk Freddy Lim hanya membeli saham Bahvest di pasaran terbuka bermula november 2022 (15,169,900) dan tahun 2023 (31,684,900). Jumlah saham bagi kedua-dua saham tahun itu ialah 46,854,800 unit. Segala laporan serbuan SPRM, pencurian emas dan menipu isytihar pendapatan emas dilakukan pengurusan lama bukan baharu. Datuk Freddy pemegang saham terbesar selepas pengambil alihan Bahvest.
Datuk Freddy Lim hanya pembeli saham terbuka
Pemilikan saham sentiasa berubah dari masa ke semasa
Ini sangat jelas Datuk Freddy Lim pemegang saham Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd tidak pernah terlibat dengan dakwaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta. Semuanya adalah bekas MD dan Pengarah lama Datuk Lo Fui Ming serta anak lelakinya Lo Teck Yong yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas pada 25 Oktober 2023.
Bahvest kini AuMas Resources Bhd di bawah Pengurusan baharu
Maka mengapa pihak berkuasa yang 'kawtim' dengan Datuk Lo Fui ming menyerang Datuk Freddy Lim sehingga menggunakan pelbagai agensi penguatkuasa, wal hal Datuk Freddy Lim tidak terlibat dalam pengurusan Bahvest Resources Bhd dan hanya pemegang saham baru selepas pengambil alihan Bahvest. Semua fakta ini perlu dihadap dan dapat dibuktikan di mahkamah.
Status terbaru pemegang saham AuMas Resources Bhd- Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd
dikuasai oleh Datuk Freddy Lim Nyuk Sang (Kretam Holdings Berhad (KHB)
Berikut merupakan kronologi Bahvest Resources Bhd sejak tahun 2005, diambil alih pada mei 2023 dan seterusnya kini sebagai AuMas Resources Bhd. Fasa antara Datuk Lo Fui Ming dan AuMas pengurusan baharu sangat jelas. Pihak berkuasa yang pro Datuk Lo Fui Ming mesti melihat-fakta siasatan sebelum menuduh pengurusan baharu.
LAMPIRAN 1:
KRONOLOGI PERISTIWA AUMAS RESOURCES BHD (DULU BAHVEST RESOURCES BHD) DI AMBIL ALIH OLEH PENGURUSAN BAHARU DARIPADA KUMPULAN DATUK LO FUI MING PEMBIAYA PARTI WARISAN
KRONOLOGI MEMBUKTIKAN BAHVEST RESOURCES BHD SEHINGGALAH BERTUKAR KEPADA PEMILIK BAHARU AUMAS RESOURCES BHD.
BERMACAM-MACAM KEJAHATAN DILAKUKAN OLEH DATUK LUI FUI MING
Antara peristiwa penting dalam kronologi ialah pada 25 Oktober 2023 Datuk Lo Fui Ming dan anak lelakinya Lo Teck Yong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas di hadapan Hakim Jason Juga kerana didakwa terlibat dalam perniagaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta dalam jualan antara 2019 dan 2023.
Semua pertuduhan ke arah Datuk Lo Fui Ming dan anaknya bukan kepada pengurusan baharu!
BAGAIMANA DENGAN PENGGUNAAN MEDIA WARISAN- SABAH NEWS TODAY?
Datuk Lo Fui Ming menggunakan Sabah New Today milik Zakaria Damit bekas Ketua Penerangan Warisan Sepanggar menyerang pengurusan baharu AuMas Resources Bhd. Mungkin kerana Zakaria Damit pemilik portal Sabah News Today seorang seorang berstatus MUFLIS maka beliau tidak kisah jika tindakan undang-undang diambil.
Begitu banyak berita palsu yang disebarkan oleh Sabah News Today. AuMas REsources sepatutnya sudah boleh mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Zakaria Damit dan Sabah News Today.
Begitu juga sebelum ini berita-berita palsu disebarkan Zakaria SNT yang menyebabkan tindakan undang-undang terhadap media Overseas Chinese Daily News. Semua laporan media itu memetik laporan palsu yang diberikan oleh Sabah News Today.
Begitu banyak laporan fitnah portal ini. AuMas telah menjawab semua butiran dalam pengumuman Bursa Malaysia
mengenai Laporan EIA, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Lesen Skim Perlombongan Operasi (OMS)
Wullersdorf Resources Sdn Bhd
Bukti-bukti Sabah News Today - Zakaria Damit dibayar oleh Datuk Lo Fui Ming sangat jelas apabila Zakaria Damit dan Nordin Ening bekas orang kuat Shafie Apdal hadir di mahkamah ketika kes Datuk Lo Fui Ming untuk membayar semua media. Siapa tak kenal Nording Ening scammer terkenal Kerajaan Warisan yang kini melompat parti ke PKR sabah.
Berapa Datuk Lui Fui Ming bayar Nordin Ening dan Zakaria Damit untuk lapor berita palsu?
Nordin Ening dulu orang kuat Shafie Apdal. Pau taukeh-taukeh cina
sekarang dia lompat ke PKR Sabah tetapi masih menjaga
taukeh Datuk Lo Fui Ming
Ketika Warisan berkuasa Shafie Apdal beri dia banyak projek termasuk
monopoli sistem barter Sabah dan projek beras
KEROSAKAN DAN KEJAHATAN TERBARU DATUK LUI FUI MING TERHADAP AUMAS RESOURCES BHD
Aduan terbaru perbuatan khianat Datuk Lo Fui Ming dan Southsea Gold ialah apabila mereka menceroboh kawasan Tailings Storage Facility (TSF) lombong AuMas.
Pada 17 Mei 2025, DATUK LO FUI MING (DLFM) dan Southsea bersama dengan jenteranya penyebab kerosakan saliran perimeter yang berfungsi untuk TSF (Tailings Storage Facility) tersumbat.
Mereka bukan sahaja menyekat saliran perimeter tersebut, malah turut mengalihkan aliran air ke dalam TSF melalui pembinaan terusan baharu.
DLFM dan Southsea telah melakukan perkara tersebut dengan menimbus saliran perimeter menggunakan tanah di dua lokasi berbeza yang secara langsung menjejaskan aliran air saliran tersebut. Selain itu, sebuah terusan baharu telah dibina untuk menyalurkan semua air larian permukaan yang sepatutnya tidak mengalir ke dalam TSF terus ke dalam TSF.
TSF sangat penting untuk operasi perlombongan Wullersdorf. Ini kerana TSF berfungsi sebagai kolam penampungan untuk menyimpan sisa proses (iaitu pepejal separa kering daripada pemprosesan) dan efluen. TSF telah menjadi sebahagian daripada EIA yang telah diluluskan dan merupakan komponen penting dalam operasi perlombongan Wullersdorf sejak dari awal.
Wullersdorf anak syarikat AuMas mendapat tahu mengenai insiden ini apabila DLFM menghubungi pekerja anak syarikat AuMas secara terang-terangan memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerja-kerja tanah dijalankan, dan selepas siasatan dilakukan, kerja-kerja tanah tersebut didapati merupakan tindakan penyumbatan dan pengalihan aliran air.
Akibat daripada tindakan penyumbatan dan pengalihan oleh DATUK LUI FUI MING (DLFM) dan Southsea pada 17-05-2025, ditambah pula dengan hujan lebat pada keesokan harinya, sejumlah besar air termasuk air yang sepatutnya disalurkan jauh daripada TSF melalui saliran perimeter yang kini tersumbat, telah berakhir di empangan TSF. Akibatnya, secara langsung daripada jumlah air yang terkumpul di empangan TSF tersebut, sebahagian dinding penahan (bundwall) TSF telah runtuh pada 19-05-2025.
Walau bagaimanapun, Wullersdorf berjaya membaiki keruntuhan dinding penahan TSF tersebut. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau telah membenarkan injunksi kedua kepada AuMas Resources Berhad bagi menghalang sebarang cubaan menggugat kerja-kerja pemulihan di fasiliti penyimpanan sisa perlombongan (Tailings Storage Facility – TSF) yang diuruskan oleh anak syarikatnya, Wullersdorf Resources Sdn Bhd.
Wullersdorf juga telah cuba menjalankan kerja-kerja pembaikan saliran perimeter sebanyak dua kali pada 19-05-2025 untuk menyelesaikan isu tersebut, namun kerja-kerja tersebut telah dirosakkan semula oleh DLFM dan/atau Southsea dengan menggunakan jentera berat. Tanpa pembaikan saliran perimeter tersebut, sebarang pembaikan pada dinding empangan TSF hanya bersifat sementara.
Mengapa Datuk Lo Fui Ming terus ganggu pemilik baharu? Sudah dua kali injunksi namun tetap degil
Gangguan berterusan DATUK LO FUI MING menjejaskan usaha Wullersdorf. Ini termasuk terdapat polis yang mengiringi DLFM telah meminta pekerja-pekerja Wullersdorf supaya tidak meneruskan kerja-kerja tersebut dan merujuk kepada Mahkamah, walaupun telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut dijalankan atas arahan daripada Jabatan Mineral dan Geosains.
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau pada 29 Mei telah membenarkan injunksi kedua kepada AuMas Resources Berhad bagi menghalang sebarang cubaan menggugat kerja-kerja pemulihan di fasiliti penyimpanan sisa perlombongan (Tailings Storage Facility – TSF) yang diuruskan oleh anak syarikatnya, Wullersdorf Resources Sdn Bhd.
Cadangan Penyelesaian: Serah Pajakan Terus kepada Wullersdorf
Kemelut antara Wullersdorf Resources Sdn Bhd dan Southsea Gold Sdn Bhd tidak akan selesai selagi Datuk Lui Fui Ming terus menggaggu AuMas Resources Bhd. Oleh kerana Kerajaan Sabah perlu mengutip cukai dari hasil lombong emas kerajaan perlu campur tangan penyelesaian dengan cara sepert berikut;
- Kerajaan Negeri Sabah melalui JTU menilai semula pajakan utama kepada Southsea Gold Sdn Bhd, dan jika terdapat pelanggaran, boleh menamatkan pajakan mengikut peruntukan undang-undang tanah.
- Pajakan langsung (direct lease) ke atas 317.7 hektar tanah diberikan terus kepada Wullersdorf Resources Sdn Bhd, yang kini berada di bawah pengurusan yang sah dan tidak mempunyai pertikaian korporat atau liabiliti lampau.
- Wullersdorf bersedia membayar cukai hasil perlombongan dan sewaan terus kepada kerajaan negeri tanpa perantara yang bermasalah.
Manfaat kepada Kerajaan Sabah dan rakyat:
- Menamatkan pertelingkahan korporat yang mengganggu kestabilan industri emas Sabah.
- Menjamin aliran hasil dan cukai terus kepada kerajaan negeri.
- Memberi sokongan kepada pengurusan baharu yang sah dan lebih berintegriti.
- Melindungi kelulusan EIA dan lesen yang sedia ada dari dieksploitasi untuk agenda peribadi.
Kerajaan Negeri Sabah wajar mempertimbangkan syor memutuskan pajakan Southsea dan menyerahkan terus kepada Wullersdorf, selaras dengan kepentingan negeri, kestabilan industri perlombongan, dan menamatkan manipulasi korporat oleh individu yang telah ditolak oleh pemegang saham secara sah.
AuMas Resources Berhad (AUMAS), satu-satunya syarikat perlombongan emas yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dimiliki oleh rakyat Sabah, Kerajaan Sabah wajar melihat syor ini.