Mexico komited pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan daripada campur tangan AS
16:05 May 28, 2025  |  By SabahKini2
Mexico komited pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan daripada campur tangan AS

Bercakap pada sidang media pagi hariannya, Sheinbaum berkata kekuatan kerajaan merupakan elemen paling penting untuk menghalang sebarang bentuk campur tangan asing.

MEXICO CITY: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Selasa mengulangi komitmennya untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara itu daripada sebarang campur tangan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Bercakap pada sidang media pagi hariannya, Sheinbaum berkata kekuatan kerajaan merupakan elemen paling penting untuk menghalang sebarang bentuk campur tangan asing.

"Kami mempunyai kekuatan yang besar kerana kami tidak pernah dan tidak akan sekali-kali mengkhianati rakyat Mexico," katanya.

Beliau berkata aktiviti ejen AS di Mexico telah dikawal sejak pentadbiran pendahulunya, Andres Manuel Lopez Obrador (2018-2024), dan kawal selia itu telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan.

Menurut Sheinbaum, ejen asing kini "amat jelas" mengenai cara mereka boleh beroperasi di Mexico, sambil menegaskan bahawa setiap ejen asing perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Luar Mexico dan mematuhi undang-undang negara itu.

Comment