Misteri kehilangan Pamela Ling Yueh: Kecurangan Thomas Hah, perceraian dan bakal saksi kes SPRM antara punca?
11:05 May 05, 2025  |  By SabahKini2
Misteri kehilangan Pamela Ling Yueh: Kecurangan Thomas Hah, perceraian dan bakal saksi kes SPRM antara punca?

Kehilangan mengejut ini membongkar misteri lain dan hubungan masalah rumah tangga antara Datin Sri Pamela Ling Yueh dengan suaminya taikun Sarawak Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu. Ini termasuk kecurangan Thomas Hah Tiing Siu dengan wanita lain. Pamela kini

Misteri kehilangan Datin Sri Pamela Ling Yueh, isteri kepada Taikun Sarawak Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu, terus menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya apabila kes tersebut hanya didedahkan kepada umum hampir sebulan selepas kehilangannya.

Datin Sri Pamela yang dilaporkan hilang sejak 9 April 2025, dipercayai telah diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan. Keluarganya mendakwa beliau tidak pernah tiba di lokasi tersebut. Hanya pada 3 Mei 2025, kes ini diumumkan secara rasmi oleh pihak polis yang kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan (culik tanpa niat membunuh).

Operasi siapa? siapa yang menculik Datin Sri Pamela? atau adakah satu cubaan melarikan diri?

 

Konflik Rumah Tangga & Rahsia Korporat

Kehilangan mengejut ini membongkar misteri lain dan hubungan masalah rumah tangga antara Datin Sri Pamela Ling Yueh dengan suaminya taikun Sarawak Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu. Ini juga termasuk kecurangan Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu dengan wanita lain yang tular di media sosial yang kini dikatakan sebagai isteri keduanya.


Gambar tular Thomas Hah dengan isteri baharu
(ketika melawat Shafie Apdal masih sebagai Teman Wanita)

Datin Sri Pamela dan suaminya kini sedang melalui proses perceraian yang dikatakan sengit dan melibatkan pembahagian aset bernilai tinggi di Mahkamah Singapura dan Malaysia. Menurut peguamnya, Datuk N Sivananthan, pertikaian membabitkan pemilikan syarikat, harta, serta perniagaan menjadi isu utama.

Pasangan ini turut dikaitkan dalam siasatan SPRM berkaitan dakwaan pengubahan wang haram, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan operasi perniagaan mereka. Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu ialah pengasas JoinLand Group, syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor termasuk perladangan, hartanah dan pelaburan luar negara sejak ditubuhkan pada 1990. Mereka juga pernah disenaraikan sebagai pemegang saham besar dalam syarikat tersenarai di Bursa Saham Hong Kong, China Assurance Finance Group Limited melalui syarikat Jarmata Profits Limited. Pamela dan Thomas masing-masing menguasai 50% pegangan dalam syarikat itu.

Identiti Hah Tiing Siu turut dikaitkan dalam kontroversi lain, termasuk pendedahan oleh portal Sabahkini2 mengenai projek “ternakan kambing terbesar di Sabah” di Pulau Balambangan Kudat Sabah yang menjadi  rebutan pelbagai pihak. Tanah di kawasan itu turut dimiliki Yayasan Sabah. Projek itu kini dibatalkan kerajaan negeri susulan pemulangan semula tanah oleh syarikat kepada Kerajaan Sabah.

Dengan tiga anak yang masih memerlukan perhatian, serta kemelut rumah tangga dan siasatan korporat yang membelit, kes penculikan Datin Seri Pamela kini menjadi fokus utama media. Kelewatan pendedahan rasmi kepada umum selepas hampir sebulan kejadian berlaku turut menimbulkan persoalan terhadap ketelusan pihak berkuasa dan motif sebenar di sebalik kejadian ini.

Berikut merupakan Kronologi Kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh

 

Persoalan Besar yang Timbul

  1. Mengapa kes kehilangan hanya diketahui umum selepas hampir sebulan?

  2. Mengapa pihak berkuasa tidak mengeluarkan kenyataan lebih awal?

  3. Apakah motif sebenar penculikan – peribadi, perniagaan atau berkait siasatan SPRM?

  4. Apakah Masalah hubungan  rumah tangga antara Datin Seri Pamela Ling Yueh dengan suaminya taikun Sarawak Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu yang kini ada Girlfriend atau isteri baharu menjadi punca pamela menjadi saksi utama menangkap Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu?

  5. Misteri lain mengapa Datin Seri Pamela yang kaya raya jutawan hadir ke SPRM menaiki grab? sedangkan kenderaan sendiri lebih selamat?

 

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Ling mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada telah mengambil langkah mencukupi untuk melindungi Datin Sri Pamela Ling.  SPRM sepatutnya membuat laporan orang hilang selepas Ling gagal hadir ke ibu pejabat agensi itu dan tidak dapat dihubungi.

“Adakah SPRM menyedari risiko ini, dan adakah mereka memaklumkan polis tentang kemungkinan ini seawal mungkin, supaya siasatan yang sesuai dapat dijalankan berhubung kehilangan beliau?” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

“Kami menyeru agar SPRM mengesahkan bahawa mereka telah memaklumkan sepenuhnya kepada polis, seawal mungkin, mengenai tahap penglibatan Ling dalam siasatan pengubahan wang haram, dan sama ada mereka mempunyai sebab untuk percaya beliau mungkin terdedah kepada risiko akibatnya.”

Status terbaru

Sehingga 5 Mei 2025, kehilangan Datin Sri Pamela Ling Yueh masih kekal misteri tanpa sebarang petunjuk baharu seakan -akan ada operasi khas menculiknya tanpa jejak.

Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan, namun belum menemui sebarang perkembangan signifikan. Setakat ini, kenyataan telah diambil daripada 12 individu, termasuk ahli keluarga, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan peguam mangsa.

SPRM pula telah menyerahkan sepenuhnya usaha pencarian kepada pihak polis. Dalam kenyataan rasmi, SPRM menyatakan bahawa Pamela sepatutnya hadir ke ibu pejabat mereka pada 9 April untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, namun beliau tidak muncul dan gagal dihubungi .

Menurut keluarga Pamela, berdasarkan maklumat dalam laporan polis, beliau dipercayai telah diculik semasa dalam perjalanan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke SPRM. Kenderaan yang dinaikinya dikatakan telah dipintas oleh tiga kenderaan tidak dikenali, dan beliau diarahkan masuk ke salah satu daripadanya. Siapakah?

Setakat ini, tiada sebarang tuntutan wang tebusan diterima, dan usaha pencarian masih diteruskan oleh pihak berkuasa. Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Tangkap Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu

Dalam kes ini PDRM wajar menangkap taikun scammer Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu suami Datin Sri Pamela yang licik. Beliau merupakan suspek utama siasatan SPRM dan isterinya mengetahui rahsia besar suaminya.

Bagi Datin Sri Pamela jika beliau menjadi saksi utama kepada Dato' Sri Thomas Hah beliau tidak rugi apa -apa memandangkan banyak aset Thomas Hah dibeku dan ada aset lain diberi kepada bini baru Thomas Hah.

Datuk Seri Shafie Apdal kawan rapat Thomas Haa dan bini barunya mungkin tahu mengenai hubungan. Panggil Shafie Apdal mana tahu dia ada maklumat mengenai Thomas Hah, Datin Sri Pamela dan bini baru Thomas. Opss dulu masa dalam gambar masih Girlfriend! (Gambar atas).

20 Comments