SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada beberapa individu dan kontraktor membabitkan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Suspek ditahan kira-kira jam 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.
Suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM40,000 sejak 2022 hingga tahun ini sebagai dorongan memberikan projek pembinaan rumah berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor.
"Suspek kini direman tujuh hari sehingga 1 Mei selepas Hakim Zaini Fishir membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Sesyen Sandakan pagi tadi," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.