Ringkasan Isu SFI : Kerajaan Warisan dan Grant Thornton (GTC) Punca SFI Melingkup
15:04 Apr 03, 2025  |  By SabahKini2
Ringkasan Isu SFI : Kerajaan Warisan dan Grant Thornton (GTC) Punca SFI Melingkup

Setiap kali Shafie Apdal dan Warisan buka mulut salahkan Kerajaan GRS mesti mereka akan tunjukkan kebodohan sendiri bahawa semua ini berpunca kerana kecurangan batalkan perjanjian PPSB dengan SFI bersekongkol dengan GTC pentadbir SFI

 

RINGKASAN ISU SFI : KERAJAAN WARISAN DAN GRANT THORNTON (GTC) PUNCA SFI MELINGKUP

Penasihat undang-undang Shafie Apdal selaku Peguam Warisan, Chin Teck Ming, mewakili Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) dan Datuk Narendrakumar Chunilal Rugnath bekas CEO Grant Thornton Malaysia, telah memfailkan saman terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah.

Saman ini menuntut pelbagai deklarasi dan pampasan yang didakwa berpunca daripada salah laku kerajaan negeri.

Semua ini untuk meraih simpati politik, namun, hakikat sebenar menunjukkan bahawa SFI runtuh akibat tindakan Shafie Apdal Ketua Menteri Kerajaan Warisan bersama Grant Thornton Malaysia bersekongkol dengan syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd mengambil alih SFI secara kotor daripada Syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) sejak 2018. Kes mahkamah berlarutan sehingga kini.


Punca Kejatuhan SFI

1. Pembatalan Kontrak Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB)

Kerajaan Warisan membatalkan kontrak konsesi PPSB milik Tan Sri Syed Mokhtar, yang dimeterai pada April 2018. Pengambil alihan SFI RM1.2 bilionPPSB telah membayar deposit RM120 juta dan menanggung gaji pekerja SFI. PPSB terpaksa menyaman kerajaan negeri, mengakibatkan kelewatan pembayaran gaji pekerja dan akhirnya penutupan SFI.

2. Penggulungan SFI

  1. Selain saman PPSB, GTC pentadbir (Receiver & Manager) SFI terus gagal mengurus hutang SFI
  2. Tahun 2021: Sabah Forest Industries diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menggulung perniagaannya selepas gagal membayar hutang RM2.7 juta kepada kontraktornya Lee Khoon Hoo dan yang lain.

3. Kegagalan Grant Thornton Malaysia (GTC)- Pentadbir SFI

  1. GTC, sebagai pentadbir (Receiver & Manager), gagal mengurus SFI.
  2. Tidak membayar gaji pekerja dan menimbulkan kekacauan dalam pengurusan syarikat.
  3. Kerajaan Sabah telah memberi banyak peluang kepada GTC untuk menyelesaikan masalah SFI, termasuk membenarkan pembalakan bagi menampung kos operasi. Namun, wang hasil balak tersebut tidak digunakan untuk membayar pekerja dan hutang syarikat, menimbulkan persoalan mengenai ke mana perginya dana tersebut.
  4. GTC dilaporkan melakukan pembalakan bukan untuk tampung kos operasi tetapi mencuri hasil balak dari ladang hutan SFI yang luasnya 683,000 ekar.

4. Penyelewengan dan Skandal Kewangan Grant Thornton - GTC

  1. Datuk Narendrakumar CEO GTC menghadapi lapan pertuduhan pecah amanah melibatkan RM2.38 juta.
  2. Pada 4 November 2022, beliau didakwa atas pengubahan wang haram RM115 juta.
  3. Integriti Datuk Narendrakumar dan GTC tercalar teruk
  4. GTC terus gagal membayar gaji pekerja SFI selama empat bulan pada 2021.

 

Langkah Kerajaan Sabah

Begitu banyak laporan mengenai SFI dan GTC, pada 5 Mei 2021, kabinet negeri membatalkan lesen konsesi pembalakan SFI. SFI menjual balak tetapi tidak bayar gaji pekerja.

Kerajaan Sabah mengambil semula tanah SFI bagi mengelakkan lebih banyak kerugian.

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah memberi jaminan bahawa pekerja yang tinggal di premis SFI tidak akan dihalau dan boleh terus tinggal di kawasan SFI.

Mengapa Peguam Warisan Tidak Menyaman Grant Thornton sebelum ini?

GTC adalah rakan jenayah Kerajaan Warisan tentulah akan melindungi GTC.

Semua masalah SFI bermula dari isu tindakan mahkamah PPSB dan kegagalan GTC sebagai pentadbir (Receiver & Manager) malah melakukan pecah amanah. Mengapa Peguam Warisan  tidak menyaman GTC? Bukankah Kerajaan Warisan dan GTC bersekongkol dengan syarikat China Lee and Man Paper singkir Syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar sehingga saman mahkamah yang menyebabkan proses tertangguh bertahun-tahun?

Kerajaan Sabah bersedia untuk mempertahankan diri dalam saman ini, yakin bahawa tuntutan tersebut tidak akan berjaya.

 

Lebih lanjut baca

Isu SFI: Peguam Warisan saman Kerajaan Sabah, hakikatnya Shafie Apdal, Narendrakumar GTC punca SFI melingkup!

[semua link artikel ada di sini]

 

 

 

Comment