Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah, pemimpin Warisan dan 'haters' menggelupur tidak senang duduk
11:12 Dec 17, 2024  |  By SabahKini2
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah, pemimpin Warisan  dan 'haters' menggelupur tidak senang duduk

Musa Aman memang layak dilantik TYT Sabah baharu kerana beliau bekas Ketua Menteri Sabah yang terbukti berjaya memajukan Sabah. Dibawahnya KDNK Sabah pernah mencecah 8.2 % tahun 2017. Namun Shafie dan Warisan rosakkan ekonomi Sabah sehingga 0.5% dan 1.5%.

Nampaknya ramai tidak senang apabila berita bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Musa Aman, dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu. Sejak dua minggu ini kalut siber trooper Warisan yang semua tahu diarahkan pemimpin Warisan menyerang Musa Aman. Tidak kurang pemimpin berpura-pura terhadap Musa. 

Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11.

 

 

Nama Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menggantikan  Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin  yang pernah terlibat dengan krisis perlembagaan tahun 2018 selepas PRU 14 apabila melantik dua Ketua Menteri iaitu Musa dan Shafie Apdal. Namun oleh kerana Shafie Apdal kerajaan semasa yang disokong oleh Tun Dr Mahathir maka Shafie menjadi Ketua Menteri. Kes saman berlarutan sehingga dua tahun sehinggalah pembubaran DUN Sabah pada julai 2020.

Nama Musa sebelum ini telah disahkan susulan tularnya surat mengenai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah  pada 17 Disember ini, di Singgahsana Kecil, Istana Negara. Surat jemputan menyambut ketibaan TYT Sabah juga tular mengesahkan lagi kedudukan Tun Datuk Ser Panglima Musa Haji Aman.

Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Dulu dibuang dan tidak dipedulikan partinya sekarang kini sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah baharu Ramai yang panas dan menggelupur dengan pelantikan Musa. Tidak kurang selepas ini sesiapa yang menghinanya akan menjilat semula Tun TYT Musa. Dan yang bercita-cita menjadi Ketua Menteri dengan segala cara pasti MENGGELUPUR!

 

 

Pada 26 November lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dilapor mengemukakan nama calon Yang Dipertua Negeri Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong namun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan dan melantik Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018 

Selain Musa, nama yang disebut-disebut untuk mengisi jawatan tersebut adalah Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini.

Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.  Lantikan penggal keempat bagi Tun Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah berkuat kuasa dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2024.

Ia sekali gus menyaksikan beliau memegang jawatan itu lebih 10 tahun dan paling lama sejak dilantik pada 1 Januari 2011. 

Apakah kali ini Tun Musa Aman bakal TYT paling lama?


Mengapa Sakit Hati kepada Musa Aman?

Ada pihak berkata Allahyarham Pehin Sri Tun Abdul Taib Mahmud, bekas ketua menteri, dilantik kebagai TYT ketujuh Sarawak sejak 1 Mac 2014 sehinggalah ke akhir hayatnya adalah bekas Ketua Menteri yang paling banyak diserang media seperti Malaysiakini dan Sarawak Report.

Apa tuduhan yang tidak dibuat kepada Pehin Sri? Apa yang tidak ditulis oleh Sarawakreport terhadap Pehin Sri. Terlalu banyak namun Yang Dipertuan Agong tetap melantiknya sebagai TYT Sarawak. Jasanya kepada Negeri Sarawak tetap tidak boleh dipertikaikan. Jika Pehin Sri Tun Abdul Taib Mahmud paling banyak kontroversi dilantik sebagai TYT Sabah mengapa tidak kepada Tun Datuk Seri Musa?

Jadi mengapa Tan Sri Musa Aman perlu takut dengan serangan haters, atau musuh-musuhnya? Sejak namanya muncul sebagai TYT para cyber trooper Warisan dan pihak tertentu menyerangnya dengan pelbagai tuduhan termasuk membangkitkan kes rasuahnya yang ditarik balik oleh Peguam Negara.


Musa aman layak- Kes Mahkamah bebas dan lepas 

Pertuduhan Musa Aman hanya sebuah pertuduhan politik dendam era Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada 9 jun Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selepas menerima afidavit daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyokong supaya tuduhan dibatalkan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun ketika itu berkata melalui afidavit diterima pihaknya pada 5 Jun, Abdul Gani mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada tahun 2012, untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa.

Idrus berkata, dalam afidavit itu yang difailkan Musa bagi membatalkan tuduhan terhadapnya, menyatakan bahawa Abdul Gani membuat keputusan itu berikutan siasatan mendapati wang yang terbabit adalah sumbangan politik.

Beliau berkata, Abdul Gani menyatakan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

Idrus berkata, selain afidavit Abdul Gani, perkembangan terbaru dalam kes itu berkaitan dokumen dan saksi juga, tidak mewajarkan kes itu diteruskan.

Beliau berkata, dalam kes sedemikian, keterangan dokumen adalah amat diperlukan bagi tujuan pembuktian kes, tetapi dokumen syarikat dan perbankan yang dijangka, tidak dapat diperoleh secara Permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Mutual Legal Assistance) daripada Hong Kong.

Seperti juga kes Shafie Apdal yang memutuskan ialah Menteri Undang-undang Warisan Vicky Liew memutuskan kes Shafie Apdal adalah NFA. Sekalipun banyak bukti berkaitan mengenai Shafie Apdal ia dilepaskan secara pentadbiran oleh SPRM dan Menteri Undang-undang tanpa perlu melalui proses pendakwaan. 

 

Fakta kejayaan Musa Aman

15 tahun sebagai Ketua Menteri Sabah jika merujuk kepada prestasi dan pencapaiannya boleh dikatakan Sabah semakin maju bawa pemerintahan. Ada banyak pro, kontra, kritikan dan pujian namun kita tidak boleh membelakangkan pencapaian Musa Aman sebagai Ketua Menteri. Legasi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang dilancarkan pada Mac 2015  pemangkin kepada kemajuan ekonomi adalah bawah Musa Aman. Salah Warisan membatalkan Sukuk dan merombak projek itu menyebabkan kelewatan hingga kini.  Dasar Agenda Hala Tuju Negeri Sabah dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC) sangat jelas di bawah Musa.

Tiada siapa boleh mempertikaikan di atas kertas pencapaian ekonomi Sabah sangat cemerlang bawah pimpinannya. Rekod sejak 8 tahun bawah pimpinannya kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara. Pada tahun 2017, KDNK Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia. Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia.

Namun Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal telah merosakkan pencapaian Sabah. Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5% dan pada tahun 2018 ketika mereka mengambil alih sejak mei 2018  pencapaian tahun 2018 hanya 1.5%

Data Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia untuk tahun 2019 jelas membuktikannya. 

Fakta Jabatan Statistik tidak pernah menipu mengenai kejayaan Musa berbanding Shafie Apdal

 

Shafie dan Kerajaan warisan menjahanamkan ekonomi Sabah.  26 bulan Warisan realiti rakyat Sabah semakin miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap. Sekali lagi data Jabatan Statistik tidak menipu.

 

26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap

 

ARTIKEL BERKAITAN-  Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019

ARTIKEL BERKAITAN- 26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap

ARTIKEL BERKAITAN- Ekonomi teruk Shafie salahkan macai Musa tetapi lantik macainya sapu projek RM1.5B, pelaburan 'Pai Ulung' berbilion ringgit

 

Belanjawan 'Surplus' dan Rezab Sabah meningkat zaman Musa

Di bawah Musa, Kerajaan membentangkan Bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut-turut. Belanjawan lebih RM4bilion untuk Sabah dengan lebihan hasil adalah perkara biasa. 

Bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut-turut pembangkang Sabah kelu lidah?

Di Zaman Musa tiada siapa boleh mempertikaikan rezab wang Kerajaan Sabah meningkat RM3 bilion ke RM4 bilion. Diawal Kerajaan Warisan memerintah  mereka memainkan isu kononnya Sabah tidak punya wang atau Rezab Sabah RM4 bilion hanyalah sebagai penipuan 'Creative accounting'. Namun selepas itu mereka sendiri terkantoi  apabila Shafie Apdal sendiri mengesahkan kedudukan kewangan kerajaan negeri Sabah pada 18 Jun 2018, menunjukkan wang awam berjumlah RM3.305 bilion direkodkan. Malah Belanjawan negeri selepas itupun Shafie membentangkan lebih RM4 bilion bukti Sabah mempunyai wang yang ditinggalkan oleh Musa. Dari mana sumber wang yang Shafie belanjakan jika tidak hasil pencapaian Musa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar, pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN (Musa)

[ARTIKEL BERKAITAN- Bajet Sabah 2019: Shafie U-Turn kali kedua akui rezab dan “Surplus Budget” dicapai BN

 

Shafie U-Turn: Rezab Sabah lebih RM3b, kadar hutang sifar,  pemberian 40 hasil bersih lulus zaman BN

 

Bajet Sabah 2019: Shafie U-Turn kali kedua akui rezab dan “Surplus Budget” dicapai BN

 

Hajiji dan GRS meneruskan kecemerlangan Musa

Tahun 2022 Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor mengumumkan Sabah mencatat kutipan hasil RM5.449 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, menjadikannya perolehan tertinggi dicatatkan kerajaan negeri sejak merdeka 58 tahun lalu.  Pencapaian itu memecah rekod kutipan hasil paling tinggi sebelum ini iaitu RM4.541 bilion yang direkodkan pada 2014.

Mei 2023 Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Rezab simpanan tunai kerajaan Sabah kini pada tahap RM6.78 billion.  Semua usaha dibuat untuk mengekalkan sumber hasil negeri menjayakan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). Kutipan cukai jualan negeri atas produk petroleum, telah menyumbang sejumlah RM4.21 bilion kepada hasil negeri selaras usaha menguatkuasakan cukai itu memastikan pihak berkaita tidak engkar membayar cukai. 

Baru-baru ini Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM6.421 bilion untuk tahun 2025  dengan anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM6.445 bilion. Berpaksikan teras utama memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat, Belanjawan itu yang menyaksikan lebihan sebanyak RM24.08 juta.

ARTIKAL BERKAITAN- Sabah bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM6.421 bilion

 

Sabah bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM6.421 bilion

 

Nampaknya siber trooper Warisan dan pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan Musa Aman gagal dengan serangan mereka. Mereka memainkan sentimen namun Yang Dipertuan Agong tidak sedikitpun termakan dengan semua serangan di media sosial.

 

5 Comments