Saham Azam Jaya mampu bertahan? Jika TYT bertukar Azam Jaya bakal berdepan siasatan SPRM projek 'Jalan Hantu'?
16:12 Dec 02, 2024  |  By SabahKini2
Saham Azam Jaya mampu bertahan? Jika TYT bertukar Azam Jaya bakal berdepan siasatan SPRM projek 'Jalan Hantu'?

Tiada lagi bos di depan back up!. Saham Azam Jaya juga turun dan naik. Pengerusi meninggal dunia apakah Azam Jaya yang terlibat dengan skandal 'Jalan Hantu' bakal disiasat semula oleh SPRM?

Media secara rasmi mengumumkan pemergian Tan Sri Joseph Lo, Pengerusi Azam Jaya Bhd meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Gleneagles pada hari Sabtu.

Azam Jaya  yang terkenal dengan kabel TYT Sabah membolot semua projek rundingan terus jalan Pan Borneo, Jejambat dan projek infrastruktur di negeri Sabah. Baru-baru ini desas-desus ketidaktentuan pelantikan TYT Sabah dan keuzuran Pengerusinya menyebabkan saham Azam Jaya jatuh menjunam lebih 25% sejak kali pertama 11 November di Bursa Malaysia.

Khamis lalu saham Azam Jaya susut 0.06 sen kepada 0.815 sen.

Hari ini ketika dagangan isnin nampaknya dengan pengumuman rasmi kematian pengerusinya saham Azam Jaya naik 3 sen semula kepada  0.85 atau kenaikan 4.29%.

Kenaikan saham Azam Jaya ini dilihat sementara susulan usaha kumpulan Azam Jaya membeli semula saham-sahamnya melalu proksi-proksinya di pasaran terbuka.

Saham Azam Jaya ketika permulaan IPO ialah 0.78 sen dan harga tertingginya RM1.32 sen.

Azam Jaya kekal dengan ketidaktentuan pengurusannya selepas Pengerusinya meninggal dunia.

Azam Jaya baru-baru ini diumumkan mendapat SST bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B: Membina Jalan Dari Sarang ke Temuno (WP12) bernilai RM316,500,000.00 sebuah Projek Rundingan Terus yang diluluskan zaman PM9 namun diteruskan dan beri SST bulan April lalu

Satu lagi projek lain melalui Katata Contruction (Sabah) Sdn Bhd yang lesennya disewa oleh Azam Jaya ialah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B: Membina Jalan Temuno ke Bingolon (WP13) dengan nilai RM373,600,000.00.

Jumlah kedua-dua projek ini lebih kurang  RM690 juta.

Legasi projek bawah Tan Sri Joseph Lo luar biasa namun kali ini bakal disambung oleh anak-anaknya.

Apakah jika TYT sekarang tidak disambung maka semua kontroversi dan skandal Azam Jaya melibatkan siasatan SPRM projek 'Jalan Hantu' sebelum ini akan dibuka semula? Projek itu merupakan konsesi jalan Majlis Daerah kepada Borneo Nabalu Builer anak syarikat Azam Jaya jalan yang tidak dibina tetapi tuntutan CLAIM dibuat hampir RM22 Juta. (Rujuk Rajah dibawah). Ia melibatkan Datuk Lo Vun Che @ Jessica yang sekarang adalah Pengarah Eksekutif Azam Jaya Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN- TYT Sabah bakal bertukar, IPO Azam Jaya Bhd di Bursa Malaysia tergugat?

ARTIKEL BERKAITAN-  Sapu Pan Borneo RM788.3 juta, monopoli 'flyover' skandal jalan 'hantu' Majlis Daerah ke Azam Jaya Berhad!

 

Ketika ini, syarikat tersebut sedang melaksanakan lapan projek dengan nilai kontrak belum dibilkan berjumlah RM1.08 bilion Sejauh mana Azam Jaya mampu bertahan dengan ketiadaan pengerusinya?

 

 

3 Comments