Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok dan Pasir Puteh).
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok dan Pasir Puteh).
Selain itu katanya, cuaca sama dijangka di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu selain Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).
"Selain Segamat di Johor, hujan lebat dan ribut petir dijangka di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Miri (Subis) dan kawasan pedalaman Sabah iaitu Keningau dan Tawau (Semporna).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.