(VIDEO) Saya Akan Beri Bukti Jika Mukhriz Terus Berbohong- Azrin
22:03 Mar 21, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Saya Akan Beri Bukti Jika Mukhriz Terus Berbohong- Azrin

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

 

Laporan Buletin TV3

KUALA LUMPUR: Azrin Zizal, bekas pegawai media Datuk Seri Mukhriz Mahathir, membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum 2013 sambil berkata ia pembohongan secara terang-terang.

Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah palsu sama sekali.

“Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu apabila beliau menjadi Menteri Besar. Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.

“Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa pilihan raya umum 2013, adakah beliau juga menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan menjadi menteri besar?” kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

“Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja menyelamatkan dirinya dan tampil bersih, kata Azrin yang sekarang menerajui Asia Tenggara SCL Group, syarikat induk Cambridge Analytica.

 

Kenyataan Penuh Media Azrin Zizal

21 Mac 2018

1. Kenyataan Mukhriz Mahathir semalam tentang Cambridge Analytica menyatakan kempen Kedah pada tahun 2013 mengandungi pembohongan yang jelas.

2. Mukhriz berkata bahawa saya hanya pegawai medianya sehingga tahun 2013 dan saya tidak lagi bekerja untuknya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Tetapi perkara ini benar-benar palsu. Saya bekerja untuk Mukhriz secara peribadi dan memberikan nasihat komunikasi dan strategi untuknya sehingga 2015, termasuk semasa Pilihan Raya Umum 2013, dan seterusnya ketika beliau menjadi Menteri Besar. Saya akan berikan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.

3. Kebarangkaliannya - sementara Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat yang telah beliau peroleh daripada nasihat yang saya berikan kepadanya dari Cambridge Analytica / SCL Group untuk Kedah pada Pilihan Raya Umum 2013 - beliau juga akan menafikan Kedah memenangi enam parlimen tambahan kerusi, memenangi Negeri tersebut dan beliau menjadi Menteri Besar?

4. Yang terakhir, Mukhriz berkata Cambridge Analytica bekerja untuk Barisan Nasional. Sekali lagi, hal ini adalah tidak benar. Tidak pernah ada Cambridge Analytica atau induk SCL Group yang pernah bekerja atau dibayar oleh BN atau mana-mana bahagian dalam Kerajaan Malaysia. Khidmat nasihat pada Pilihan Raya 2013 untuk Kedah disediakan kepada Mukhriz secara peribadi.

5. Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta-fakta dengan sengaja untuk menyelamatkan dirinya, dan kelihatan “bersih”.

 

Lain -lain baca:

Cambridge Analytica Hanya Lapor Kepada Mukhriz- Azrin Pegawai Media Mukhriz

Comment