Rasuah RM1.77 juta: Saifullah 'SUSK' anak bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal diperintah bela diri
19:02 Feb 23, 2024  |  By SabahKini2
Rasuah RM1.77 juta: Saifullah 'SUSK' anak bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal  diperintah bela diri

Ogos tahun 2020 beliau didakwa rasuah RM3.1 juta Beliau berjaya gugurkan 11 kes dan dibicara 8 kes serta menyelamatkan tunangnya. Banyak beliau songlap berbanding bosnya Datuk Mohammadin bekas Menteri MOTAC.Muda-muda Timbalan Wira Warisan dah kaki rasuah

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan budaya yang juga anak saudara Presiden Warisan Shafie Apdal diperintah membela diri atas lapan tuduhan menerima rasuah RM1.77 juta berkaitan tender perkhidmatan pengiklanan bawah kementerian itu enam tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 33, pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan dan membebaskan Mohd Saifullah daripada 11 tuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM820,530 berhubung tender yang sama.

Hakim juga turut melepas dan membebaskan tunang Mohd Saifullah, Nurfadziana Abdul Kadir, 32, daripada tuduhan bersubahat dengan tertuduh menerima suapan RM232,000 selepas mendapati secara teknikal pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Suzana memaklumkan kepada Mohd Saifullah bahawa bagi tujuan membela diri, dia mempunyai tiga pilihan, iaitu sama ada memilih untuk berdiam diri, memberi keterangan secara tidak bersumpah di kandang tertuduh, atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili Mohd Saifullah memaklumkan mahkamah, anak guamnya memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi secara bersumpah dan boleh disoal balas.

Selain itu, katanya, pembelaan berhasrat memanggil tiga saksi termasuk Mohd Saifullah untuk memberi keterangan.

Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How, Noor Syafina Mohd Redzuan, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Nurul Atiqah Mohamad Alias.

Mengikut lapan tuduhan itu, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative)”.

Ini bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network dan tender “Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020” secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antaranya di sebuah pusat karaoke dan kafe di sebuah pusat beli-belah; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); di pejabat setiausaha sulit kanan kepada menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; serta sebuah stesen minyak pada 21 Dis 2018 hingga 1 Mac 2019.

Bagi tuduhan meminta dan menerima rasuah, Mohd Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28(1). Kedua-dua mereka boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi. Mahkamah menetapkan 17 April ini bagi prosiding bela diri.

Sebelum itu pada Ogos 2020 Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham didakwa 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC.

ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

 

 

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham merupakan anak arwah bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Warisan Datuk Seri Shafie Apdal. Usia masih muda Timbalan Wira Warisan Semporna tapi sudah jutawan hasil rasuah. Pengikut dan rakyatnya miskin tapi pemimpin dan keluarga Shafie Apdal semua jutawan.

 

 

Ogos tahun lalu Saifullah bertanding dalam Ahli Parlimen Belia untuk Dun Silam lari dari kawasan beliau sebagai Timbalan Wira Warisan Semporna. Bagaimanapun beliau tewas dalam Parlimen Belia Sabah itu.

39 Comments