Google matikan sementara ciri jana imej manusia pada Gemini
15:02 Feb 23, 2024  |  By SabahKini2
Google matikan sementara ciri jana imej manusia pada Gemini

Berdasarkan perkongsian yang dikongsi di media sosial, Gemini menjana imej bangsa Viking tetapi berkulit hitam yang berjauhan dengan realiti sebenar.

Google mematikan sementara ciri menjana imej manusia menggunakan Gemini berikutan rungutan yang diberikan oleh pengguna.

Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.

Berdasarkan perkongsian yang dikongsi di media sosial, Gemini menjana imej bangsa Viking tetapi berkulit hitam yang berjauhan dengan realiti sebenar.

Gemini masih boleh menjana imej selain manusia. Pada ketika ini Google sedang melakukan perubahan pada Gemini bagi menyelesaikan isu ini. Mereka tidak pula berkongsi bilakah ciri menjana imej akan dikembalikan.

Sejak dari awal pengenalan AI generatif yang menjana imej lagi pelbagai isu mengenai penggunaannya timbul.

Di Malaysia tindakan agensi kerajaan menggunakannya untuk menghasilkan gambar serta video sempena Tahun Baru Cina menerima kritikan hebat penggiat seni kreatif.

Pada masa sama, semalam, wujud surat terbuka yang menggesa kerajaan dunia mengawal penggunaan AI generatif yang boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat yang telah ditandatangani ratusan ahli akademik, aktivis dan pakar.

Comment