Menara ILHAM pusat kejahatan Daim disita SPRM, ini kifarah politik, mengapa Daim marah SPRM?
21:12 Dec 31, 2023  |  By SabahKini2
Menara ILHAM pusat kejahatan Daim disita SPRM, ini kifarah politik, mengapa Daim marah SPRM?

Dari sebuah tanah MARA yang dibeli murah menjadi Menara ILHAM. Apa yang Daim tidak lakukan di Menara ini. Ketika Tun M PM, Menara ILHAM menjadi pusat kejahatan Daim. KP SPRM dipanggil menghadap diberi arahan di Menara ILHAM dan ramai didakwa. Kini..

Hubungan Tun Daim dan SPRM bukanlah kisah baru. Ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke7 Tun Daim dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) semua tahu Tun Daim memperalat SPRM untuk tujuan kepentingannya.

Diawal Tun Dr Mahathir sebagai PM dan PH 01 yang ghairah menangkap pemimpin BN khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak Tun Daimlah ‘mastermind’ penting. Projek kerajaan dibatalkan, pelbagai pihak diserbu SPRM.

Tun Daim Zainuddin dihantar ke China bagi perbincangan semula pinjaman dan kontrak Malaysia dengan syarikat negara itu yang kononnya mahal dan berat sebelah.

Penggantungan 3 kontrak dengan syarikat China, 2 daripadanya melibatkan projek paip gas yang dikendalikan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) dan China Communication Construction Company (CCCC) ECRL pada julai 2018 telah menegangkan hubungan Malaysia -China ketika itu.

Daim juga dimalukan oleh Datuk Seri Shukri Abdull KP SPRM apabila pertemuan itu disambut dengan berita dalam negara pasukan SPRM menyerbu syarikat China,  China Communication Construction Company (CCCC) serta merampas dokumen projek di 13 lokasi Lembah Kelang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang sedang dirunding di China. 

Daim bengang dengan tindakan Shukri Abdull itu. Katanya ada pegawai SPRM yang sabotaj usaha Daim itu. Lebih sebulan juga hubungan Daim dan Shukri KP SPRM tegang.

ARTIKEL BERKAITAN- Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China 

Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China

 

Bagi memulihkan hubungan dengan Tun Daim, Shukri KP SPRM terpaksa mengadap Tun Daim di pejabatnya di Menara ILHAM Kuala Lumpur melayan kehendak Daim.

Maka terhegeh-hegehlah Shukri ke pejabat Menara ILHAM.


Tak malukah SPRM ketika tu menjadi alat DAIM?

Daim meminta Shukri mengadapnya untuk mengarahkan siasatan transaksi 91 lot tanah di Kuala Lumpur yang juga melibatkan Datuk Seri Tengku Adnan bekas Menteri Wilayah dan Bendahari Agung UMNO/BN. Tun M dan Daim perlu mematikan dana UMNO BN. Maka Tengku Adnan perlu didakwa dengan segala cara.

sebulan selepas itu pada 15 November 2018, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kes rasuah. Bukan itu sahaja Datin Seri Rosmah Mansor turut didakwa pada hari sama. SPRM dan Peguam Negara Tommy Thomas melakukannya dengan cepat asalkan tertuduh dapat dimalukan.

 

Begitulah peranan penting Menara ILHAM ketika itu. Semua kejahatan ada di Menara ILHAM. Menara ILHAM penentu siapa mangsa SPRM yang boleh didakwa seperti Zahid Hamidi Presiden UMNO, Shahrir, Ahmad Maslan, Azeez Rahim serta semua pembekuan wang UMNO Pusat serta negeri. Kini Menara ILHAM bukan lagi penentu tetapi bakal musnah bersama dosa-dosa Tun Daim yang tamak

 

Tun Daim marah Azam Baki KP SPRM

Hari ini mengapa Tun Daim marah dengan SPRM? Kononnya siasatan SPRM bersifat politik dan bersifat ‘pemburuan’ untuk keluarganya. Bukankah itu apa yang beliau lakukan kepada orang lain seperti disebut di atas? Bukankah SPRM yang sama beliau panggil mengadap ke Menara Ilham. Bukankah Azam Baki ketika sebagai KP/TKP SPRM sentiasa berjumpa juga dengan Tun Daim di Menara ILHAM itu? 

Penyitaan Menara ILHAM milik Tun Daim itu adalah kifarah politik yang beliau lakukan sebelum ini kepada pemimpin UMNO BN. Tengku Adnan yang dituduh di mahkamah berhempas pulas membersihkan. Beliau berjaya membuat rayuan bebas dan lepas dari pertuduhan mahkamah yang dirancang Tun Daim dan Mahathir.

Sama seperti siasatan, tangkapan, pembekuan dan penyitaan terhadap suspek lain, penyitaan Menara ILHAM di Kuala Lumpur oleh SPRM atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan harta tak alih di bawah Akta SPRM 2009 boleh dilaksanakan.

Siasatan terhadap Tun Daim bukan baru ia telah dilakukan bermula februari lalu atas  skandal rasuah dan pengubahan wang haram Kertas Pandora. Cuma hari ini siasatan itu segera dipercepatkan untuk membuat pertuduhan kepada Tun Daim.

Sabahkini2 turut melaporkan skandal Pandora ini pada februari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN- Sorok ratusan bilion, Tun Daim Zainuddin dipanggil SPRM

Turut dikaitkan  penyiasatan antipengubahan wang haram yang bermula pada akhir Mei menjadi transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 melibatkan syarikat penyenaraian awam Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).

SPRM juga sedang menyiasat aset lain yang berkaitan dengan Daim termasuk sebuah hotel dan institusi perbankan di luar negara yang Tun Daim tahu mengenainya. 

Sebelum ini satu Notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada beliau supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.

Namun Tun Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan lanjutan pada 6 Julai; 10 Ogos; 11 September; 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.

Maka tiada kesalahan menyita Menara ILHAM. Ia sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham mengikut Seksyen 38 (1) Akta 694 (Penyitaan Harta Tak Alih) pada 18 Disember lalu.

Tun Daim disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

PANDORA PAPER: RAKYAT PERLU TAHU KEKAYAAN TUN DAIM & BAGAIMANA DAIM MENYAKAU WANG RAKYAT SEJAK SEKIAN LAMA

Tun Dr Mahathir tidak boleh dipisahkan dengan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim kaya adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad. Simpanan harta Tun Daim di luar negara sudah mencecah ratusan  bilion ringgit.

Pendedahan Pandora Paper mendedahkan Firma Daim di Kepulauan Virgin Britain atas nama anaknya Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim sebagai pemegang saham Newton Invest & Finance Limited (BVI) pada tahun 2007, yang memiliki hartanah di London bernilai GBP10 juta waktu itu selain isteri ketiganya Naimah Abdul Khalid.

Begitu juga beberapa syarikat luar pesisir yang ditubuhkan di tempat perlindungan cukai itu, termasuk Splendid International Ltd (BVI) yang memiliki hartanah London bernilai GBP12 juta (kira-kira RM65 juta pada kadar pertukaran 2017). Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International (BVI) adalah antara senarai firma pemegang amanah dan syarikat berkaitan dengan Daim yang diperbadankan di tempat perlindungan cukai berkenaan.

Turut disebut rakan Daim ialah Josephine Premla Sevaretnam, bekas peguam dan timbalan pendakwa raya, yang pernah berkhidmat bersama Daim, sebelum memegang jawatan penting dalam pelbagai syarikat. Ini termasuklah bank Switzerland ICB Banking Group, yang dimiliki oleh Daim sebanyak 74.4 peratus, ketika disenaraikan di London Investment Investment Market pada tahun 2007.

Nama Josephine muncul lagi di Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International Ltd (BVI) sebagai pengurus perniagaan, yang berpusat di Bryanston Square, London. 

 


Orang kanan kepercayaan Daim..

 

Berikut merupakan aset-aset yang didedahkan oleh PANDORA PAPER  oleh  ICIJ. Nilainya tentulah ratusan juta USD..

SIAPA PENAMA MENARA ILHAM YANG DISITA SPRM?

 

 
Keluarga Daim

Menara ILHAM diuruskan oleh syarikat Ilham Tower Sdn  Bhd atas nama isteri ketiga Tun Daim, Naimah Abd Khalid dan anaknya Mohammed Amir Zainudin.  Tiga pemegang saham terbesar dalam Menara ILHAM atau Ilham Tower Sdn Bhd ialah Ilham Baru Sdn  Bhd, Silver Street Asset Management Sdn Bhd dan Welberton Private Equity. Dengan modal berbayar lebih RM700 juta bermakna syarikat ini punya wang banyak yang bukan saja tersembunyi dalam negara tetapi lebih banyak di luar negara.

 

Memandangkan Ilham Tower dipegang oleh  ILHAM BARU SDN BHD kita lihat siapa di belakang Ilham Baru. Sekali lagi kekal Na'imah Abdul Khalid, Muhammad Amin dan Mohammad Amir.

Jadi apa nak hairan SPRM beku atau sita aset Tun Daim seperti Menara ILHAM?  Tindakan Tun Daim mencabar SPRM pasti akan memberi kesan besar. Sabahkini2 yakin Tun Daim akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat kerana SPRM pastinya ada banyak cara melakukannya. Bukan susah mencari salah seseorang bekas Menteri dan ahli perniagaan yang korup seperti Tun Daim. 

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

14 Comments