Dari taukeh Balak Priceworth ke lombong emas Bahvest: Datuk Freddy Lim terus hidup dari zaman Musa, Shafie Apdal dan Hajiji
11:12 Dec 21, 2023  |  By SabahKini2
Dari taukeh Balak Priceworth ke  lombong emas Bahvest: Datuk Freddy Lim terus hidup dari  zaman  Musa, Shafie Apdal dan Hajiji

Priceworth International beli Melur Azim berharga RM46.7 juta.Di zaman Shafie Apdal dia kata 'No Balak' hanya Yayasan Sabah. Akhirnya Priceworth dapat projek Yayasan Sabah. Kini Freddy Lim berjaya rampas Syarikat Lombong emas Bahvest Resources Bhd

15 Disember lalu Priceworth International Berhad syarikat balak dikuasai Taikun Sabah terkenal Datuk Lim Nyuk Sang @Freddy Lim, (PWI) menerusi Maxland Energy Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama Chu Vui Khat dan Hayati Laada bagi mengambil alih 100% pegangan dalam Melur Azim Sdn. Bhd. berharga RM46.7 juta. 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan pegangan itu adalah kerana hartanah milik Melur Azim terletak bersebelahan kompleks kayu dan limbungan PWI sedia ada dan sesuai untuk pengembangan perniagaan.

Katanya, ia juga boleh membantu meluaskan operasi limbungan kerana PWI telah mendapat lesen membina dan membaiki kapal daripada Jabatan Laut Malaysia untuk menjalankan pembaikan kapal dan kontrak bangunan sehingga 200 tan.

"Hartanah tersebut terletak di kawasan perindustrian khas mengikut Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sabah dan dalam kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit Sandakan dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap.

"Tanah-tanah tersebut membentuk saiz yang agak besar dan membolehkan pembangunan perindustrian dijalankan pada skala ekonomi," katanya.

Tiada aliran tunai yang diperlukan oleh PWI kerana harga akan dipenuhi melalui perjanjian penyelesaian antara PWI dan pembekal kayu untuk jumlah terhutang oleh pembekal kepada kumpulan itu.

Setelah selesai cadangan pengambilalihan, Melur Azim akan menjadi anak syarikat milik penuh Maxland Energy dan anak syarikat milik penuh tidak langsung PWI.

Cadangan pengambilalihan dijangka siap dalam tempoh sebulan. Hebat MD Priceworth International Berhad Datuk Freddy Lim Nyuk Sang.

Siapa Taikun Datuk Freddy Lim Nyuk Sang?

Siapa tak kenal Datuk Freddy Lim? Taikun yang pernah dikaitkan sebagai ‘kroni’ Tan Sri Musa aman ini selain menguasai  Priceworth International Berhad (22.34%) beliau juga menguasai Kretam Holdings Berhad (66%) dan terbaru syarikat lombong emas Bahvest Resources Berhad (13.69%). 

Datuk Freddy Lim hidup dengan semua kerajaan sejak sebelum Musa Aman belum jadi Ketua Menteri, Shafie Apdal Warisan Ketua Menteri hinggalah sekarang kerajaan GRS dibawah pimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri. Freddy Lim sekian lama menjadi Ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwood Berhad sebuah GLC anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah. Tiada kerajaan boleh menyingkirkan Datuk Freddy Lim.  

Sabah Softwood Berhad memiliki 50,000 ekar tanah. Orang kata di mana ada tanah dan balak disitu ada Freddy Lim

 



 

Bagaimana Datuk Freddy Lim HIDUP dalam Kerajaan Warisan Shafie Apdal si pembalas dendam?

Kurang sebulan Shafie Apdal merampas kuasa dari Musa Aman pada 12 Mei 2018 maka pada 23 Mei beliau telah mensasarkan perniagaan balak agenda utamanya. Shafie beranggapan kekuatan Musa Aman ialah 'Kroni'  Shafie mengumumkan kerajaannya menghentikan serta-merta eksport sumber kayu balak di Sabah atas alasan  memastikan sumber berasaskan kayu mampu menampung bekalan industri pembuatan tempatan, selain peluang pekerja tempatan. Pada sidang DUN Sabah julai 2018 beliau sekali lagi menyatakan pendirian itu.

Tujuannya hanya satu iaitu menyingkirkan taikun balak  berkait Musa Aman. Pada Ogos 2018 beliau mengarah SPRM menyerbu Jabatan Perhutanan Sabah untuk memburu taikun balak Musa Aman. Niatnya terserlah bahawa larangan eksport balak antara lain bertujuan untuk memecahkan pengusaha balak telah dimonopoli oleh satu pihak selama lebih sedekad. Beliau mensasarkan syarikat berkaitan dengan kerajaan dan syarikat senarai awam antara 10 pemegang konsesi yang disiasat kononnya melanggar undang-undang perhutanan di Sabah. Namun tiada satupun didakwa mengaitkan Musa Aman sehingga ke hari ini.

Shafie Ketua Menteri menggunakan kuasanya untuk membalas dendam memburu Musa Aman ketika itu. Hari ini ketika beliau tidak berkuasa beliau bising dengan ugutan, siasatan, pembekuan akaun dan pendakwaan di mahkamah terhadap pemimpi Warisan sehingga orang kuatnya Datuk Peter Anthony pun berpaling tadah.

Ketika PH 0.1 dan Warisan berkuasa Shafie kawtim dengan SPRM menutup kesnya
Menteri Undang-undang dari Warisan pula berusaha membantu Shafie 

 

Shafie Apdal menghentikan eksport balak sejak  Mei 2018 tetapi  melantik Yayasan Sabah sebagai pengurus projek perhutanan negeri. Hipokrasi Shafie Apdal sangat bijak kerana di Yayasan Sabah beliau melantik suku sakat keluarganya mengurus Yayasan Sabah dan balak.


Sepupu atur projek balak Yayasan Sabah. Taikun-taikun menyembah mereka sekarang

Dengan kuasa yang ada bagi mengawal industri balak melalui Yayasan Sabah, Shafie melantik sepupunya  Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan dan Haji Miskon Simin orang Semporna di Yayasan Sabah sebagai Monitoring & Compliance Manager Bahagian Perhutanan bersama dengan Datuk Salleh Hj Abbas.

Maka tidak hairanlah Yayasan Sabah sekarang penuh dengan suku sakat Shafie Apdal dan Jamalul Kiram. Semua mereka sapu daripada perjawatan hingga projek Yayasan Sabah. Sehingga ke hari ini suku sakat Shafie Apdal tidak dapat dihapuskan dalam Yayasan Sabah. Begitu juga pada tahun 2019 terkantoinya 49 lori balak itu meiibatkan juga konsesi Yayasan Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram 

ARTIKEL BERKAITAN-  Ketua Konservator Hutan Sabah mengaku 49 lori balak tular libatkan konsesi Yayasan Sabah

Maka di sinilah Datuk Freddy Lim hidup. Yayasan Sabah telah melantik syarikat pembalakan dan perkayuan  Priceworth International Bhd pada bulan September dan Oktober 2019. Anak syarikat Yayasan Sabah (Rakyat Berjaya Sdn Bhd) juga dilaporkan memiliki 30 peratus saham Priceworth International Bhd. Ketika itu Datuk Salleh Mohd Abbas sepupu Shafie Apdal menguruskannya bagi pihak Yayasan Sabah.

 

Ringkasnya Shafie boleh melakukan apa sahaja ketika sebagai Ketua Menteri. Dia petik jari dia dapat. Dia boleh buka fail, tamatkan kontrak dan segala macam. Di buat rasuah sebagaimana di KKLW tak apa tapi kalau orang dia kata rasuah besar.

Sebelum PRN sabah Shafie kononnya mendedahkan dokumen kroni Musa Aman tetapi dia lupa 26 bulan berkuasa kerajaan negeri bukan sahaja disaman beratus juta penamatan konsesi melibatkan keluarga Harris Salleh malah beliau kantoi pembalakan berleluasa di zaman sepupunya di Yayasan Sabah. Beliau juga gagal menyingkirkan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dari Priceworth International Bhd menguasai Yayasan Sabah. Apakah Shafie Apdal minta wang dari taikun-taikun ini? 

Adun Warisan dan Lombong emas di Bukit Mantri, Tawau

Tapi itulah kehebatan Datuk Freddy Lim dari Priceworth International Bhd!

Adun Merotai Warisan, Sarifuddin Hata baru-baru ini membuat laporan kepada SPRM untuk menggesa siasatan ke atas aktiviti perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.

Bercakap kepada media Sarifuddin berkata dia membuat laporan itu berikutan arahan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahyato berbuat demikian baru-baru apabila beliau membangkitka dalam Sidang Dun. Sarifuddin berkata, perkara itu membimbangkan masyarakat sekitar yang bimbang pencemaran dan pergerakan tanah akibat aktiviti perlombongan.

Katanya Kerajaan ini membenarkan aktiviti perlombongan berlaku tanpa laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), malah menuduh kononnya Ketua Menteri Datuk Hajiji terlibat dalam lombong ini. 

Adun Merotai ini nampaknya tidak mengetahui isu Lombong emas Bukit Mantri ini adalah kisah pertempuran Taikun Datuk Freddy Lim dan Datuk Lo Fui Ming menguasai Bahvest Resources Bhd sejak Mac 2023 lagi. Dia lupa kelulusan lombong ini di zaman Warisan pun kekal ada. Kini selepas serbuan SPRM dan segala bagai Bahvest Resources Bhd berjaya dirampas oleh Datuk Freddy Lim melalui syarikatnya Innosabah Capital Sdn Bhd anak syarikat  Kretam Holdings Bhd. 

 

April 2023 Datuk Freddy Lim Nyuk Sang membuat percubaan namun selepas
Mei mereka dah mula menguasai Bahvest

Kisah mereka boleh dibaca dalam Sabahkini2 sehinggalah Datuk Lo Fui Ming didakwa di mahkamah oktober lalu. Ini merupakan perebutan Taikun  Vs Taikun.

Sabahkni2 akan menghuraikan isu lombong Mantri Tawau untuk artikel seterusnya. Buat masa ini link artikel berikut boleh membantu sehinggalah lesen Bahvest Resources Bhd tamat.

 

18 Mei 2023 :  Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

20 Mei 2023 : Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad

24 Mei 2023 : [VIDEO] Tipu Kerajaan Sabah cukai jualan emas, 5 individu berkait Bahvest Resources Berhad direman SPRM

26 Okt 2023: Bekas CEO Bahvest Bhd dan anaknya didakwa di mahkamah, tipu jualan jongkong emas, rugikan kerajaan RM1.3 juta

 

 

Bekas CEO Bahvest Bhd dan anaknya didakwa di mahkamah, tipu jualan jongkong emas, rugikan kerajaan RM1.3 juta

Datuk Lo Fui Ming yang kalah mestilah tidak puas hati...Dilaporkan beliau
memberikan maklumat kepada YB Warisan 

Pertelingkahan dan saling lapor melapor kepada SPRM selain dedah mendedah dokumen ini mudah saja, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji buat cara tanah Pulau Balambangan projek kambing. Tamatkan serta merta konsesi dan pajakan tanah serta lesen permit segala bagai yang sedang dipohon oleh Bahvest. Pulangkan tanah  semula kepada Kerajaan Negeri. Lagipun Bahvest terbukti mencuri dan lari cukai.. 

 

41 Comments