Pengarah Hydroshoppe kekal dibicara atas tuduhan tawar suapan berjumlah RM7.5 juta
01:08 Aug 26, 2023  |  By SabahKini2
Pengarah Hydroshoppe kekal dibicara atas tuduhan tawar suapan berjumlah RM7.5 juta

Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd gagal gugurkan kes bayar rasuah RM7.5 juta kepada Annuar Musa.Kini mencari helah keluar negara atas urusan keluarga dan perniagaan

Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dilihat gagal lagi. 31 Mei lalu Abdul Hamid memohon untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM7.5 juta bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Abdul Hamid Shaikh, 49, untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah kemudian meminta kepastian daripada pihak pendakwaan sama ada proses penyerahan dokumen sudah diselesaikan sebelum perbicaraan bermula.

“Oleh kerana kes masih di peringkat pengurusan kes, adakah proses penyerahan dokumen masih belum selesai?” Soal Suzana.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat berkata, pihaknya sudah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes dan memohon satu tarikh baharu untuk penyerahkan dokumen selanjutnya.

Mohon pelepasan Passport ke UK dan AS

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh mengesahkan sudah menerima dokumen tersebut dan memaklumkan anak guamnya berhasrat untuk memohon mendapatkan pelepasan sementara pasportnya.

Jelas Amer Hamzah, anak guamnya memohon mendapatkan sementara pasportnya untuk menghantar anak beliau melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) dan urusan perniagaan di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, beliau perlu berada di UK pada 12 September ini manakala urusan kerja di AS pada 1 Oktober.

“Sekiranya permohonan untuk mendapatkan pasport beliau dibenarkan, saya mohon kehadiran anak guam saya dikecualikan pada tarikh sebutan seterusnya,” kata peguam.

Nampaknya kaedah Amer Hamzah Arshad menggunakan cara teknikal
menolak pertuduhan kes kali ini tidak berjaya

DPP Mahadi tidak membantah permohonan tersebut namun memohon mahkamah mengarahkan tertuduh memfailkan permohanan rasmi dengan mengambil kira faktor tertuduh akan berada di luar negara dalam tempoh yang lama.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan tertuduh memfailkan permohonan rasmi berkaitan pasport dan menetapkan 12 September ini untuk sebutan kes.

Pada 5 April lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Tan Sri Annuar Musa untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat Hydroshoppe.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Datuk Tan Ser Lay atau Marcus, 60 merupakan bekas ahli Lembaga Pengarah MyCreative Ventures yang dilantik Annuar Musa di syarikat milik Kementerian Komunikasi dan Digital. Tan Ser Lay merupakan kroni Annuar Musa yang menjadi  ‘orang tengah’ Hydroshoppe Sdn Bhd kepada pejabat Menteri KKMM dan TM Berhad bagi urusan jual beli saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Pemilik konsesi asal Menara KL ialah syarikat TM Berhad namun Annuar Musa mengarahkan TM menjual anak syarikatnya memiliki 10 juta saham itu kepada syarikat nyamuk Hydroshoppe Sdn Bhd. 

Konsesi sepatutnya dibatalkan kerana perjanjian konsesi Menara adalah antara kerajaan dengan TM Berhad sebarang penjualan ada tidak sah kepada pihak lain. Namun Annuar Musa sebagai Menteri Komunikasi berani melakukan penjualan itu. Namun semua itu demi rasuah RM500 ribu sebulan untuk selama 15 tahun.

 

 

 

Comment