PH-BN, PN kekal ‘Status Quo’ 3-3 PRN 2023
04:08 Aug 14, 2023  |  By SabahKini2
PH-BN, PN kekal ‘Status Quo’ 3-3 PRN 2023

Kerjasama Kerajaan Perpaduan berusia 8 bulan baru diuji. Sekalipun pencapaian UMNO BN dikira teruk namun kemenangan di Negeri Sembilan menunjukkan model Kerajaan PH BN itu masih boleh terus dibaiki.

Seperti dijangka Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang buat pertama kalinya bekerjasama memasuki gelangggang pilihan raya berjaya mengekalkan status quo di menangi sebelum ini iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Malah, model kerjasama yang baru berusia 8 bulan itu menang bergaya di Negeri Sembilan apabila memperoleh 31 daripada keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

Pulau Pinang juga menyaksikan kemenangan bagi PH-BN dengan memperoleh 29 daripada 40 kerusi yang ditandingi, sekalipun di Selangor PH-BN hanya menguasai 34 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan. PH-BN nampaknya terkesan di Selangor yang nampaknya kerjasama PH-BN tidak sebaik di Negeri Sembilan.

Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan pula terus mengekalkan kejayaan lebih besar di negeri yang dikuasai sebelum ini di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Terengganu buat pertama kalinya menyaksikan kesemua 32 kerusi dimenangi PN yang bertanding menggunakan logo PAS, sekali gus menyaksikan tiada pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

PN juga menang besar di Kelantan apabila memperoleh 43 daripada 45 kerusi dan di Kedah gabungan itu memenangi 33 daripada 36 kerusi.

Kerjasama PH-BN dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lepas, yang menyaksikan kedua-dua blok bersama beberapa lagi gabungan parti politik lain membentuk Kerajaan Perpaduan dan berkolaborasi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Perak.

PRU15 turut menyaksikan PN menang di Perlis. Manakala di negeri-negeri yang sedia ada dikuasa PH-BN ialah Johor, Melaka, Perak, Pahang dan Penang. Blok GRS Sabah dan GPS pula masing-masing melengkapkan Kerajaan Perpaduan.

Enam negeri mengadakan PRN berasingan daripada PRU15 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala pengundian awal pada 8 Ogos yang menyaksikan seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Sejumlah 9.67 juta pemilih layak mengundi pada PRN ini dengan Kelantan merekodkan 60.96 peratusan keluar mengundi; Terengganu (74.79 peratus); Pulau Pinang (72.67 peratus); Selangor (72 peratus); Negeri Sembilan (68.35 peratus) dan Kedah (73.86 peratus).

Dua Menteri Kabinet iaitu Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke, masing-masing mempertahankan kerusi Rantau dan Chennah, Negeri Sembilan dengan majoriti bergaya.

Dua bekas Menteri Persekutuan iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN) masing-masing menewaskan lawan mereka di DUN Bertam, Pulau Pinang dan Hulu Kelang, Selangor.Azmin Ali hampir tumbang namun disaat akhir Berjaya mendapat undi majoriti kurang daripada undi.

.

 

 

Comment