Budak 12 tahun meninggal disyaki mangsa strok haba
15:05 May 02, 2023  |  By SabahKini2
Budak 12 tahun meninggal disyaki mangsa strok haba

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

KLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki disebabkan strok haba. 

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demamtidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu. 

Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat katanya.

Menurut Syahrol lagi, beliau meminta agar anak mereka tidur di ruang tamu sebelum mendengar seperti bunyi benda jatuh.

“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk.

“Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.

“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.

“Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja,” katanya.

Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.

Beliau berkata, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.

“Anak saya dikebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong,”

Comment