[VIDEO] Gagal guling Hajiji Ketua Menteri, Shafie Warisan meroyan di Dewan Rakyat tuduh Adunnya dibeli keluar parti
09:02 Feb 16, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Gagal guling Hajiji Ketua Menteri, Shafie Warisan meroyan di Dewan Rakyat tuduh Adunnya dibeli keluar parti

Gunakan kekebalan di Dewan Rakyat maka Shafie Apdal meroyan menuduh adun Warisan dibeli. Bukti tiada maka berani bercakap di Dewan Rakyat. Ada rasuah lapor SPRM bukan main tuduh. Dia lupa masa dia rampas kuasa Ketua Menteri dan beli adun.


Shafie jadi Ketua Menteri tak pernah beli ADUN? 

Sebelum ini Shafie Apdal dan wakil rakyat Warisan membuat sidang media dan laporan polis menafikan adunnya keluar parti.

Namun selepas 3 lagi adunnya termasuk Norazlina Arif Adun Kunak kesayangannya keluar parti menyokong Ketua Menteri, Hajiji Noor minggu lalu maka beliau menuduh  semua adun itu “dibeli”.

[VIDEO] Lapor Sabahkini2 fitnah, hari ini 3 Adun Warisan diketuai Norazlinah keluar parti

“Baru saja, apabila saya baru nak balik umrah ketika di Mekah, (saya dapati) tiga orang Adun saya kena beli,” kata Shafie (Warisan-Semporna) di Dewan Rakyat.

Beliau merujuk Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

“Daripada 23 orang, kini tinggal 16. Ini saya dengar ada lagi nak ‘dibeli’.”

 

Adun dibeli atau tidak mahu Shafie?

Tetapi benarkah dibeli? Bukankah selama ini semua adun itu bangga termasuk Shafie kononnya mereka kental dan tidak terpengaruh dengan tawaran jawatan dan wang.

Kegagalan demi kegagalan Shafie Apdal Presiden Warisan dari mahu menjadi Perdana Menteri, Warisan di Semenanjung, kalah Pilihanraya dan kini Langkah Kinabalu menyebabkan adun-adunnya bosan serta tidak yakin dengan Shafie Apdal.

Adun-adun Warisan telah lama memberi peluang kepada Shafie Apdal namun nampaknya ia memberi kesan buruk kepada mereka. Peruntukan kawasan rakyat perlu dicari tetapi Shafie pula masih terkial-kial. Rakyat menyalahkan ‘YB’ gagal bangunkan kawasan tetapi Shafie masih berseronok di luar.

Maka tidak salah adun-adun itu keluar parti untuk menyatakan sokongan kepada Hajiji Ketua Menteri. Ini proses biasa sebagaimana Shafie lakukan tahun 2018, 2019 dan 2020. Shafie berkuasa sebagai Ketua Menteri maka ramai adun BN, PBS serta bebas menyokongnya.

Ketika Shafie mencuri semua adun maka dianggap halal tetapi ketika adun-adunnya keluar maka dianggap ‘Lompat Parti’ dan dibeli. Ini semua karma politik untuk Shafie Apdal.

Shafie tamak dikala pembentukan kerajaan perpaduan beliau merancang lagi Langkah Kinabalu mahu merampas kuasa sebagai Ketua Menteri dengan alasan Perlembagaan Sabah perkara 6 (7) yang beliau gunakan di mahkamah ketika perebutan kes Ketua Menteri Sabah.

'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji

Kemenangan Shafie Apdal di mahkamah melawan Tan Sri Musa menjadi ‘Precedent Cash’ bahawa perkara 6 (7) tidak terpakai sebagai hujah kelayakan Ketua Menteri.


Siasatan SPRM

Shafie menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan “membeli” Adun itu. Malah Norazlinah Arif mengalu-alukan siasatan.

Ketika berkuasa dulu mereka menggunakan SPRM untuk menyiasat dakwaan rasuah terhadap Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana bergabung dengan Musa Aman namun tidak pula menyiasat 6 adun BN atau adun lain yang keluar parti.

Shafie Apdal juga nampaknya gagal menggunakan hubungan  baiknya dengan Tan Sri Azam Baki untuk siasatan adun-adun ini. Maka Shafie Apdal terpaksa menggunakan pentas Dewan Rakyat untuk menyerang musuh-musuhnya memandangkan di dalamnya ia kebal dari tindakan undang-undang.

Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang berada dalam dewan meminta Shafie membawa perkara itu ke mahkamah kerana tuduhan dibuatnya “sangat serius”.

Shafie Apdal tidak mempunyai buktipun. Peruntukan adun adalah perkara biasa di mana-manapun termasuk cara itu digunakan Shafie Apdal sebelum ini ketika dia sebagai Ketua Menteri.

Membawa ke mahkamah dan saman pun bukan baru kerana sebelum ini Warisan menyaman adunnya yang keluar parti namun tidak menjejaskan sedikitpun adun keluar parti.

Serangan Shafie Apdal di dewan rakyat menunjukkan ‘game still on’ kerana tidak berpuas hati dengan Hajiji Ketua Menteri.

Mengapa Shafie  menyalahkan Hajiji Ketua Menteri? Kerana yang melakukan serangan ‘Langkah Kinabalu’ ialah Shafie dan “the gang’. Yang silap dan ‘pai ulung’ ialah Shafie jadi mengapa salahkan Hajiji?

Jadi kkita doakan lebih ramai lagi adunnya keluar Warisan selepas ini. Ini balasan kepada perasuah terbesar macam Shafie Apdal. Jangan benarkan 'PILAK' SEMPORNARIAN' berkuasa. Habis anak cucu kita musnah.

15 Comments