Zamri Pengarah AMLA SPRM beku akaun Bersatu perlu lakukan seperti kes 1MDB?
20:02 Feb 01, 2023  |  By SabahKini2
Zamri Pengarah AMLA SPRM beku akaun Bersatu perlu lakukan seperti kes 1MDB?

Jika Zamri Pengarah AMLA boleh buat kepada kes 1MDB. Mengapa tidak pada akaun Bersatu. Zamri patut dedah siapa pemberi dan penerima wang haram Bersatu. Panggil, tahan, reman dan saman sivil. Bukankah itu biasa SPRM buat? Jangan double standard

Besar cabaran SPRM. Begitu banyak spekulasi melibatkan pegawai SPRM. Isnin lalu (30 Januari) Zamri Pengarah AMLA SPRM kalah lagi dalam kes AMLA dan dana RM21.7 juta dikembalikan kepada 11 perayu.

Itu apa yang berlaku dalam kes rampasan wang 1MBD yang melibatkan semua pihak. Ramai dimalukan. Ada yang dikutip dirumah, direman dan akaun dibekukan. UMNO saja hampir RM200 juta dibeku. Ramai dibicarakan dan kini ramai menarik nafas lega menang kes. Itu apa yang berlaku dalam kes 1MDB. Kini giliran dana Bersatu. Tak kurang ada yang merayu seperti taikun Tan Sri Lim Soon Ping meminta Tun M dan Tommy Thomas melepaskan akaun dibekukan. Begitulah meriahnya !MDB.  

Beku dan rampas wang Bersatu

Kini Azam dan Zamri Pengarah AMLA SPRM perlu melakukan perkara sama. Membeku akaun dan pastinya akan mengesan pemberi, penderma, kontraktor dan kepada siapa wang haram Bersatu diberikan. Zamri perlu melakukan perkara sama memanggil, menahan, mereman dan saman sivil kepada pemberi atau penerima dana Bersatu. Mungkin menjadikan mereka saksi mendakwa pemimpin Bersatu yang rasuah.  SPRM mendedahkan lebih 40 senarai penerima dana 1MDB walaupun jumlahnya dilaporkan lebih banyak. Jadi mengapa tidak pula pada senarai pemberi wang Bersatu?

Zamri perlu buktikannya. Atau kes dia dikaitkan dengan kes Qatar bakal Meletus jua. Jika Azam dan Zamri tidak bijak membuat ‘divert’ pasti akan meletus. Membongkar akaun Bersatu PN adalah caranya atau mungkin selepas ini PAS kerana menteri-menterinya juga meminta komisen projek seperti Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Mana ada Menteri tak ambil komisen projek sekalipun kau lebai PAS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?]

 

SPRM bertindak

Tindakan Datuk Dr Marzuki Mohamad mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berbangga berkongsi penyata akaun yang kononnya sudah diaudit hanya semata-mata membuktikan tiada RM4 bilion dalam akaun akhirnya memerangkap diri sendiri. Persoalan besar dari mana wang ini diperolehi? Parti  Bersatu ditubuh tahun 2016 dan hanya dalam tempoh 7 tahun mengumpul hampir RM150 juta tahun 2021. Laju penderma kena pau oleh Bersatu.

Penyelewengan RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi sudah melalui siasatan sebelum ini. Ramai yang ditangkap termasuk sepupu menantu Muhyiddin Adam Radlan berhubung dakwaan sebagai orang tengah meminta rasuah 3 hingga 5 peratus yang kecoh baru-baru ini. SPRM tidak wajar senyap kepada isu projek menantunya Datuk Adlan Berhan bagi projek rundingan terus imigresen yang kecoh sebelum ini diluluskan ketika darurat RM1.16b.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B]

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B


'Butler' Hamzah Zainuddin

Begitu juga kes ‘Butler’ Hamzah Zainuddin, Dato’ Stephen Sim Choo Thiam yang menerima RM15 juta kononnya untuk pembelian pejabat mewah Bersatu di block D Publika.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre ]

SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre

Penyata kewangan 2020 dan 2021 yang dikongsikan Datuk Dr Marzuki Mohamad hanyalah apa yang dilaporkan tetapi yang masuk dalam akaun mungkin lebih dari itu.  Jadi jika dia setakat mahu mengesahkan RM4b ia satu kebodohan kerana butiran lain pasti boleh diperolehi dari akaun Bersatu itu atau di akaun yang lain. Dulu dia kerajaan jadi tiada siapa yang peduli dana yang masuk dalam akaun. 

Akhirnya akaun Bersatu itu dibekukan oleh SPRM memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Dilaporkan pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan lebih 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa Tan Sri Muhyiddin dan Ismail Sabri Perdana Menteri. Setiausaha Agung Menteri KDN siapa berani lawan. Duit sentiasa masuklah

Sumber itu mendakwa, RM300 juta wang disumbangkan dari sumber haram.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU.

Beliau berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

Kita nantikan apa tindakan SPRM terhadap akaun Bersatu dan siapa yang akan bakal dipanggil. Pemimpin Bersatu lantang menuduh parti lain kononnya rasuah dan dia bersih.

Apa lagi selepas ini?

 

1 Comment