Skandal Menara KL: TM Berhad dan syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd ugut saman fitnah
02:12 Dec 31, 2022  |  By SabahKini2
Skandal Menara KL: TM Berhad dan syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd ugut saman fitnah

Koyak dengan segala kenyataan dan maklumat skandal Menara KL, anak syarikat TM, Menara KL Sdn Bhd bersama rakan kroninya Hydroshoppe Sdn Bhd bertindak mengugut saman fitnah pihak yang menyentuh isu penjualan saham 10 juta milik TM

Dua syarikat kontroversi pengambilalihan pengurusan Menara KL mengugut dan memberi amaran mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan kononnya “maklumat palsu dan fitnah”.

Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) anak syarikat TM dan Hydroshoppe Sdn Bhd berkata, kedua-dua syarikat itu memandang serius penyebaran maklumat di media sosial.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat di mana kami akan menuntut kerugian dan kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

MKLSB dan Hydroshoppe juga berkata, mereka akan berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk untuk menjelaskan isu tersebut.

“Kami menekankan bahawa segala urusan berkenaan MKL dilakukan dengan telus dan menerusi prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Syarikat itu juga menggesa pengguna media sosial berhenti berkongsi dan menyebarkan maklumat palsu dan membuat kenyataan fitnah serta spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi kedua-dua syarikat itu.

 

TM Berhad mengaku memindahkan 10 juta sahamnya kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd namun masih gagal menjawab kriteria kelayakan syarikat itu memandangkan syarikat itu bermasalah dan tidak punya wang menguruskan Menara KL.

Jawatankuasa Penilaian (due deligence carried out) 

Menjadi persoalan besar benarkah Laporan Jawatankuasa Penilaian (due deligence carried out) memilih syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd ‘cap ayam’ itu?

Begitu juga laporan  kelulusan Timbalan Ketua Pengarah UKAS Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid bagi penjualan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. SPRM mesti menyiasat semua pegawai yang terlibat.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM serbu pegawai KKD,dakwaan TKP UKAS luluskan jual 10 juta saham TM kepada Hydroshoppe wajar disiasat]

SPRM serbu pegawai KKD,dakwaan TKP UKAS luluskan jual 10 juta saham TM kepada Hydroshoppe wajar disiasat

Oleh itu ugutan saman Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan Hydroshoppe Sdn Bhd sehingga siasatan SPRM selesai adalah sesuatu yang tidak wajar untuk menutup mulut netizen.

Wal hal Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sendiri berjanji akan meneliti pengambilalihan itu manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah meneruskan siasatan.

Tidak ada isu mengenai bangunan Menara KL dimiliki kerajaan kerana semua tahu TM Berhad membina bangunan Menara KL secara ‘Build and transfer’ dan kini konsesi itu tamat perlu diserahkan kepada kerajaan. Isu besar ialah mengapa TM Berhad menjual 10 juta sahamnya kepada Hydroshoppe Sdn Bhd syarikat cap ayam.

Bolehkah Hydroshoppe Sdn Bhd mengurus dan menyelenggara Menara KL kerana kira-kira RM6 juta kos selenggara bangunan, lift secara bulanan.

Syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd pun tidak mahu menanggung kos selenggara bangunan yang tinggi setiap bulan tetapi syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd bersedia menanggungnya.

 

5 Comments