Tertangkapnya Narendrakumar bukti Warisan, Grant Thornton punca SFI melingkup tidak bayar gaji pekerja!
12:10 Oct 15, 2022  |  By SabahKini2
Tertangkapnya Narendrakumar bukti Warisan, Grant Thornton punca SFI melingkup tidak bayar gaji pekerja!

Dato’ Narendrakumar bos Grant Thornton(GTC) bersekongkol dengan Kerajaan Warisan & syarikat China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd singkir PPSB baru-baru ini didakwa pecah amanah seleweng wang deposit PPSB. Kerana saman PPSB pekerja SFI tak dibayar gaji

Shafie Apdal Warisan baru ini datang lagi ke Sipitang. Dulu demi syarikat China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd yang mahu mengambil alih SFI dia bodohkan rakyat Sipitang. 

Kebenaran itu terbongkar jua. Pendakwaan pengasas firma audit Grant Thornton Malaysia, Dato' C R Narendrakumar di Mahkamah Sesyen 14 September lalu dengan lapan pertuduhan pecah amanah wang deposit berjumlah RM2.38 juta milik syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd (Tan Sri Syed Moktar Bukhari) adalah bukti betapa punca kemelut SFI adalah kerana Kerajaan Warisan. Wang deposit pun boleh dicuri bermakna mesti ada rundingan lebih besar sehingga berani GTC melanggar perjanjian beri pula kepada Lee & Man Paper Manufacturing.

Apakah penyokong Warisan akan fikir PPSB yang ditekan di zaman Kerajaan Warisan akan bertolak ansur dengan saman kerajaan Warisan terdahulu yang kini dihadapi kerajaan GRS? PPSB pasti melawan untuk mendapat haknya. PPSB pasti menang di mahkamah. Jika tidak mana mungkin mereka mengheret Dato Narendrakumar GTC. PPSB hanya mahu membuktikan satu perkara mereka benar dalam urusan itu dan dianiaya GTC serta Kerajaan Warisan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Curi duit SFI: Dato’ Narendrakumar Grant Thornton hadapi 8 tuduhan pecah Amanah RM2.38 Juta ]

 

Bukti Dato' C R Narendrakumar GTC mengurus SFI sejak zaman Warisan. Mengapa Warisan tak salahkan GTC?

 

Sikap Warisan membatalkan kontrak ketika berkuasa dari konsesi air, jalanbalak hinggalah kepada kontrak seperti SFI mengundang bencana. Kerajaan Warisan meninggalkan saman-saman syarikat terkumpul lebih RM1.5 bilion ringgit. Akhirnya sehingga tahun kedua ini Kerajaan GRS terpaksa berhadapan dengan saman-saman yang belum selesai hingga kini. Dalam erti kata lain ‘tahi-tahi’ Warisan perlu dibersihkan oleh Kerajaan GRS. Lihat saja konsesi air sekarang apa jadi? yang jadi mangsa Kerajaan GRS sekarang menghadapi mereka.

 

Isu SFI terbukti salah Warisan! 

Kerana Kerajaan Warisan bersekongkol dengan Grant Thornton Malaysia – GTC (Receiver & Manager, R&M) membatalkan kontrak konsesi Pelangi Prestasi Sdn Bhd dimeterai pada April 2018 yang mengundang saman sehingga terjejasnya pembayaran gaji.

Jika Kerajaan Warisan menuruti perjanjian jual beli (SPA) mengambilalih SFI dengan harga RM1.2 bilion dituruti pasti tidak berlarutan hingga kini. PPSB telah membayar deposit sebanyak 10 peratus atau RM120 juta termasuk membayar sepenuhnya gaji kakitangan SFI sejak Mac 2018 hinggalah RM23.1 juta dari Januari hingga Mac tahun 2019. Tetapi apa PPSB dapat?

Tidak mudah menyelesaikan isu saman syarikat kepada Kerajaan. Jika mudah Kerajaan Warisan sudah berjaya menyelesaikan ketika mereka berkuasa tapi tidak berlaku.

Kerana Warisan dan GTC-SFI curang semata-mata mahu memasukkan syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing akhirnya rakyat menjadi mangsa.

SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

Sekarang terbukti apabila Dato’ Narendrakumar Grant Thornton (GTC) didakwa d mahkamah pecah Amanah mencuri wang 10% pembayaran PPSB kepada  GTC itu. Mana pemimpin Warisan isu Dato’ Narendrakumar Grant Thornton? Mereka semua senyap. Mengapa pemimpin Warisan tidak salahkan Grant Thornton? kerana mereka takut menembak diri sendiri.

Kerajaan GRS juga memberi peluang kepada Grant Thornton (GTC) meneruskan lesen konsesi balak SFI namun apa jadi GTC-SFI menyalahgunakan lesen itu balak mereka ambil, kilang beroperasi tetapi hasil pendapatan GTC-SFI tak bayar gaji pekerja. Ini kerana GTC sebagai Receiver & Manager perlu menjaga kebajikan pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN-   Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC ]

Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC

Ada sesuatu tidak kena pada GTC-SFI, Mereka rembat hasil balak tetapi masalah pekerja tidak dibayar gaji semakin rumit. Kegagalan GTC-SFI itu menyebabkan pada Mei tahun 2021 kabinet negeri telah membuat keputusan membatalkan lesen konsesi pembalakan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI).

Bukan itu sahaja Kerajaan GRS terpaksa menyelesaikan isu  berlarutan selepas aduan GTC-SFI gagal membayar gaji dengan mengheret pengurusan GTC-SFI ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah di bawah Akta Pekerjaan 1955 dan bab 67 Ordinan Buruh Sabah. GTS bertanggungjawab terhadap maybank yang melantik mereka sebagai administrasi atau Receiver & Manager (R&M) tetapi mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan gaji syarikat.

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah memberi tekanan kepada GTC sehinggalah mereka didakwa di mahkamah baru-baru ini.


[ARTIKEL BERKAITAN- Tidak bayar gaji 3 bulan: JTK Sabah perlu dedah salahlaku Grant Thornton- SFI

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan

 

Nafi halau, Kerajaan Sabah ambil tanah SFI

Seperti biasa portal dan blog Warisan membuat tuduhan bahawa pekerja Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) dihalau oleh Kerajaan Negeri Sabah selepas notis pengambilan tanah dibuat Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) terhadap SFI.

Begitu juga mesej bekas ADUN Warisan, Dr Yusof yang acah-acah menyelesaikan masalah itu wal hal ketika dia menjadi Menteri Pendidikan dan Inovasi Warisan apa mereka buat? Membiarkan saman kes itu berlanjutan, GTC-SFI membuli pekerja sehingga tidak membayar gaji berbulan-bulan. Mengapa baru sekarang kata 'saya bukan kabinet'. Dulu bukan menteri kah?

Tidak cukup itu bertebaranlah mesej palsu sehingga Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah Bernard Liew Chau Min menafikan menghalau penduduk di perumahan SFI itu sebagai palsu dan langsung tidak berasas.

Liew JTU berkata kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diberikan kepada SFI, prosedur piawaian bagi kerajaan negeri adalah untuk memberikan notis kerajaan kepada SFI tentang pengambilan semula itu seterusnya memiliki dan mengawal tanah berkenaan.

Liew menjelaskan pekerja dan kakitangan am SFI yang masih tinggal di dalam premis di kawasan itu masih boleh kekal berada di sana dan akan diserap semula sebagai pekerja sekiranya mereka mahu, di bawah skim kerajaan negeri untuk pembangunan hutan balak yang mampan.

"Setelah penerbitan kedua Gazet di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69, pemilik-pemilik tanah yang terlibat atau pihak yang berkepentingan dimaklumkan dan diberikan notis mengenai pengambilan tanah itu.

"Struktur dan bangunan dalam tanah itu, bebas daripada sebarang bebanan diberikan hak kepada kerajaan dan akan dianggap telah diserahkan oleh pemilik sah atau pihak berkepentingan, justeru pemilikan kosong dianggap telah diberikan kepada kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan bulan September lalu.

Liew berkata isu mengenai gaji tertunggak pekerja juga akan ditangani dan diselesaikan dengan adil dan saksama dengan cara yang akan mencerminkan pekerja SFI yang berkemahiran dan sumbangan mereka kepada ekonomi negeri.

Kebenaran tinggal, tidak membayar bil elektrik dan boleh menggunakan kemudahan di SFI pun sudah kira baik sehingga penyelesaian gaji serta tawaran kerja dapat direalisasikan. Jadi tiada masalah pun tinggal sehingga semua itu selesai. 

Rakyat Sipitang wajar tahu apa yang berlaku sekarang kepada SFI semuanya kerana Warisan, GTC dan wang. 


Pekerja dibenarkan tinggal di perumahan SFI

 

1 Comment