Kalah di Dun Kiulu, ditolak pemilihan UPKO, Madius Tangau akan tersungkur PRU-15
09:10 Oct 14, 2022  |  By SabahKini2
Kalah di Dun Kiulu, ditolak pemilihan UPKO, Madius Tangau akan tersungkur PRU-15

Madius Tangau pernah khianat menyertai Warisan untuk mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri. PRN Sabah 2020 kalah di DUN Kiulu dan dalam pemilihan parti tak sampai 5 bahagian mencalonkan Madius sebagai Presiden. Sebelum malu maka 'kawtim' tarik diri..

Penyandang kerusi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau dinasihatkan untuk tidak bertanding semula di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 adalah daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

“Di Tuaran ini kita tidak tahu UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu bertanding lagi atau tidak kerana mantan wakil rakyat kita di sini dia sudah digugurkan jadi Presiden UPKO.

“Saya mahu rakyat kita di Tuaran agar tidak mengundi beliau lagi.  Kita tahu kemenangan beliau adalah daripada kawasan Sulaman termasuk sekarang DUN Pantai Dalit.

“Kita tahu kemenangan beliau adalah disebabkan kita, kalau bukan kita sudah lama beliau tersungkur di bumi Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran baru-baru ini.

Justeru Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, jika presiden UPKO itu berhasrat untuk mempertahankan semula kerusi Tuaran, beliau (Madius) pasti tersungkur.

Katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Madius juga kalah di tangan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai. 

“Kalau beliau bercita-cita lagi mempertahankan kerusi beliau yang beliau menang atas ihsan kita, saya nasihatkan beliau secara terhormat janganlah lawan di Tuaran lagi,” katanya.

Pada PRU-14, Madius bertanding di kerusi Parlimen Tuaran atas tiket Barisan Nasional (BN) seterusnya memenangi kerusi berkenaan atas sokongan pengundi BN di tiga DUN dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Antara kawasan DUN pada ketika itu adalah Sulaman; Tamparuli dan Kiulu.

Madius pada ketika itu membawa UPKO keluar daripada gabungan BN serta bersekongkol dengan Parti Warisan (WARISAN) membentuk Kerajaan Negeri diberi jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Adun lantikan

Tindakan Madius dan UPKO itu dianggap satu pengkhianatan kepada rakyat Tuaran dan menimbulkan kemarahan kepada pengundi di kawasan itu yang menjadi punca beliau kalah teruk di Dun Kiulu.

Dalam pemilihan UPKO baru-baru ini tidak sampai 5 cadangan daripada bahagian kepada Madius Tangau menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan berpakat dengan kepimpinan UPKO dilantik sebagai Presiden Kehormat UPKO namun meminta kekal bertanding di Parlimen Tuaran.

[ARTIKEL BERKAITAN- Elak kalah Presiden, Madius Tangau setuju 'kawtim' serah jawatan kepada Ewon Benedick ]

 

 

 

3 Comments