Terkini Menteri KPT lantik Prof Dr Kasim Naib Canselor UMS baharu
20:09 Sep 29, 2022  |  By SabahKini2
Terkini Menteri KPT lantik Prof Dr Kasim Naib Canselor UMS baharu

Selepas polemik yang panjang. 5 calon VC UMS asal Sabah. Rasid dikhabarkan sebelum ini diumumkan namun nampaknya Menteri KPT menukar keputusan memilih Datuk Dr Kasim Hj Md Mansur calon paling lama sebagai Naib Canselor UMS baharu. Tahniah.

Pengumuman Naib Canselor UMS 12 September lalu kepada Profesor Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad nampaknya berubah lagi selepas mendapat respon awal penentangan pemimpin Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr. Rasid dilantik NC UMS, pulihkan universiti struktur semula UMS Investment melingkup rugi lebih RM4 juta!]

Hari ini keputusan rasmi telah keluar iaitu calon paling lama sepatutnya menjadi Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur -  Bekas TNC HE/ Dekan UMS yang juga Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dilantik ke jawatan itu.

Pengumuman rasmi dijangka akan diumumkan esok oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 


Gambar penerimaan surat pelantikan sebagai Naib Canselor UMS

Bertarung sengit pemilihan Naib Canselor UMS

Tahniah kepada Prof Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur sebagai Naib Canselor UMS yang baharu. Semoga dapat merombak UMS lari dari legasi Taufiq Yap. Menstruktur UMS semula dengan cara acuan sendiri.

Kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi terima kasih mendengar suara pemimpin-pemimpin Sabah. Dilaporkan Dr Kasim merupakan antara pilihan utama sebagai Naib Canselor yang disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagaimana pendedahan Sabahkini2 sebelum ini polisi UMS yang merugikan perlu segera dirombak seperti merancakkan  penjanaan dana UMS dengan menghidupkan peranan anak syarikat milik UMS iaitu UMS Investment Holdings Sdn Bhd. UMS perlu memanfaatkan syarikat sedia ada untuk menambah pendapatan. Tidak bergantung kepada peranan fakulti dan jabatan tertentu di UMS dalam mencari dana UMS.

Struktur semula UMS Investment Holdings Sdn Bhd jangan lantik pensyarah atau penjawat awam yang tidak mampu berniaga dan mendapatkan pelaburan. Itulah tujuan UMS Investment Holdings Sdn Bhd iaitu untuk untung bukan untuk rugi sebagaimana pencapaian sekarang.

 

 

4 Comments