Shafie Apdal Presiden Warisan risau propaganda BN
17:02 Feb 18, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal Presiden Warisan risau propaganda BN

Shafie tidak pernah menjelaskan RM 14.6 bilion mengenai peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara yang terbesar dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke 10. Sandakan saja RM585.1 juta.

SHAFIE Apdal mengaku risau dengan propaganda BN, beliau meminta rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan propaganda Barisan Nasional yang semuanya indah di Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Warisan itu berkata BN sedang melakukan apa sahaja bagi menidakkan keadaan sebenar negara.

BERI DEDAK: KATANYA PERKARA BIASA DALAM POLITIK

Menurutnya lagi, BN juga memberikan gambaran indah semata kepada penduduk luar bandar mengenai Malaysia menerusi media yang dikawalnya.

“Maklumat tentang semua perkara, daripada berita ekonomi, pelbagai projek mega yang dilaksanakan sehingga kepada turun naik harga minyak dikawal,” katanya pada sambutan Tahun Baru Cina di Sandakan hari ini.

Shafie turut memperlekeh program BN yang beri bantuan duit kepada rakyat menerusi BRIM dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pernah Shafie Apdal puji dan laungkan sebagai baik untuk kerajaan termasuk menggerakkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bawah KEMAS KKLW) memberi penerangan berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Shafie memberikan misalan harga minyak mingguan sebagai gambaran tidak tepat mengenai situasi sebenar di Malaysia.

“Jika harga minyak naik satu sen, tak akan ada berita atau dibincangkan dalam televisyen, tetapi bila turun, ia akan ditayangkan sebanyak mungkin untuk beri gambaran kepada rakyat semuanya baik-baik.

Minggu lalu minyak petrol turun 11 sen antara yang tertinggi bulan dari bulan lalu.

“Ini jauh daripada kebenaran sebenar. Lihat sahaja di Sandakan, ramai orang tak ada kerja…banyak kedai ditutup dan ia (tutup) bukan disebabkan Tahun Baru Cina,” katanya.

Shafie malah berkata RM16 bilion yang diperuntukkan untuk Lebuh Raya Pan Borneo juga dimomokkan sebagai “hadiah untuk orang Sabah” oleh Perdana Menteri Najib Razak walaupun ia sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dalam pembangunan Sabah.

Untuk rekod Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri 22 tahun tidak pernah melaksanakan projek leburaya tanpa tol untuk Sabah dan Sarawak. Malah kehadirannya ke Sabah boleh dikira dengan jari.

Namun Shafie tidak pernah menjelaskan RM 14.6 bilion mengenai peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara yang terbesar dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke 10. Sandakan saja RM585.1 juta.

Apa agaknya yang telah dibangunkan untuk 2 penggal itu ketika beliau Menteri KKLW?

Ahli Parlimen Semporna itu juga mendakwa, kumpulan etniknya- Bajau Suluk - turut digunakan untuk menyerang partinya.

Beliau memetik kenyataan Menteri Luar Anifah Aman yang mendakwanya mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu dan menggelarkan Warisan sebagai parti lanun.

“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh capai kesimpulan sebegitu.

“Hakikatnya, lebih ramai orang Kadazandusun dan Cina dalam kepimpinan Warisan. Saya satu-satunya Bajau dan jika mereka mahu gulingkan, mereka boleh buat bila-bila masa,”

Beberapa pemimpin Warisan bajau dan suluk ialah Datuk Jaujan Sambakong (Bekas Setiausaha Politik yang kini ADUN Senalang), Dato Azis Jamman Ketua Wira (anak saudara) dan Ketua Wirawati (Kota Belud). Peter memang pendokong kuat  Shafie dan bakinya Darell (PKR), Terence (PKR), Loretto Padua (LDP/PKR) dan Junz Wong (DAP) dibeli Shafie Apdal untuk menyertai Warisan.

Baru-baru ini Sabahkini2 mendedahkan Shafie Apdal tidak layak menandatangani watikah calon Warisan kerana Presiden lama Fred Gabriel masih sah.

Tidak ada rekod AGM 2016 pertukaran Presiden dari Fred kepada Shafie Apdal menunjukkan pertemuan Shafie Apdal September tahun 2016 dengan ROS menggunakan Minit Mesyuarat PALSU untuk mengambil alih parti itu. Warisan sendiri mengaku perkara ini.

3 Comments