Musa dan Anifah serta lebih 3000 ahli keluarga Aki Goong berhimpun
02:02 Feb 12, 2018  |  By SabahKini2
Musa dan Anifah serta lebih 3000 ahli keluarga Aki Goong berhimpun

Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah merasmikan Hari Keluarga Aki Goong baru-baru ini

Petronella Munting, seorang mantan guru yang telah memainkan peranan penting sepanjang pencarian berkaitan hubungan kekeluargaan untuk menyusun susur galur salasilah keluarga yang lengkap.

Perhimpunan Hari Keluarga Goong meriah

PERHIMPUNAN Hari Keluarga Besar Aki Goong yang diadakan di Pusat Kraftangan Sabah Keningau pada Janauri lalu disambut dengan penuh meriah, muhibbah dan harmoni oleh seluruh ahli keluarga itu yang datang dari daerah Keningau, Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain di Sabah.

Perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 ahli keluarga itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, yang juga salah seorang ahli keluarga Aki Goong.

Pengerusi jawatankuasa pelaksana majlis Jainus Lian dalam ucapannya memberitahu perhimpuan itu adalah julung kali diadakan dengan kehadiran yang begitu ramai kalangan ahli keluarga itu.

Beliau berkata, kehadiran yang begitu ramai termasuk kanan-kanak meliputi tiga anak daripada Goong terdiri Yahya, Tandian dan Singon dengan tujuan membolehkan ahli keluarga berkumpul dan berkenal-kenalan antara satu

“Dengan wujudnya salasilah Goong ini barulah kita mengetahui bahawa selama ini orang-orang yang selalu kita anggap orang lain atau rakan biasa adalah saudara mara kita sendiri. Seperkara lagi, Gana.” Goong adalah dari suku kaum

Menurut beliau Jainus Lian, Pengerusi jawatankuasa pelaksana majlis Aki Goong untuk mencari dan mengenalpasti keturunan Goong bukan mudah kerana ramai yang sudah meninggal dunia, tua dan uzur serta ramai juga kalangan ahli keluarga yang tidak endah mencari asal usul keluarga mereka.

“Ada juga ahli keluarga ini yang menyatakan kita ini bersaudara akan tetapi tidak pasti bagaimana pertalian persaudaraan kita.

“Bagaimanapun, segala persoalan itu telah dirungkaikan oleh Petronella Munting, seorang mantan guru yang telah memainkan peranan penting sepanjang pencarian berkaitan hubungan kekeluargaan untuk menyusun susur galur salasilah keluarga yang lengkap.

“Petronella juga telah melengkapi salasilah keluarga Goong dan telah membukukannya,” katanya.

Jainus berkata dalam buku itu, Petronella telah menyusuri salasilah daripada lima adik beradik iaitu Goong, Upit, Tongod, Ganta dan seorang lagi yang tidak dapat dijejaki.

Pada masa itu, Petronella bertugas sebagai guru besar di SK St Francis Xavier, Keningau dari tahun 2000 hingga 2003.

“Beliau juga telah berjaya menganjurkan pertemuan keluarga besar ini di Balairaya Kampung Minansut, Bingkor pada 2002.

“Dengan wujudnya salasilah Goong ini barulah kita mengetahui bahawa selama ini orang-orang yang selalu kita anggap orang lain atau rakan biasa adalah saudara mara kita sendiri. Seperkara lagi, Goong adalah dari suku kaum Gana,” katanya.

Pada majlis itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sukan, pameran kesenian dan kebudayaan termasuk makanan tradisi, pertandingan karaoke dan ratu keluarga Goong.


Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey Ahfang Suan.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan dan Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif.

Sumber Asal: Utusan Borneo (Sabah)

 

1 Comment