Tempoh perkhidmatan Naib Canselor UMS dipendekkan?
19:11 Nov 03, 2021  |  By SabahKini2
Tempoh perkhidmatan Naib Canselor UMS dipendekkan?

Terdapat desakan daripada kerajaan negeri dan pemimpin tempatan mahu Menteri Pengajian Tinggi memendekkan khidmat Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor lantikan PH sebelum ini. Sumber mengesahkan khidmat Naib Canselor itu bakal dipendekkan...

Tempoh perkhidmatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilaporkan bakal dipendekkan tidak lama lagi menurut sumber kerajaan negeri.

Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh Kerajaan Pakatan Harapan berkuat kuasa 30 Julai ini hingga 29 Julai 2022 kerana hubungan rapatnya dengan Menteri Pendidikan PH ketika itu Dr Maszlee Malik

Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan siapa Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang pro IKRAM sebuah NGO Pro PH yang menyokong Dr Maszlee Malik. Ketika PH berkuasa Dr Maszlee telah menamatkan semua Naib Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti dengan melantik semua pemimpin IKRAM .

Bagaimanapun ketika Kerajaan PH bertukar kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan kini Datuk Seri Ismail Sabri Yacob Dr. Taufiq Yap Yun Hin masih dikekalkan sehingga hari ini.

Sebelum ini dilaporkan satu surat daripada Menteri Sabah telah telah dikemukakan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menyingkirkan Profesor Datuk ChM. Ts.Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor UMS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pemimpin Sabah desak Menteri KPT pecat Naib Canselor UMS Pro PH, IKRAM!]

Pemimpin Sabah desak Menteri KPT pecat Naib Canselor UMS Pro PH, IKRAM!

Menurut aduan itu Dr. Taufiq Yap Yun Hing Gagal sebagai Naib Canselor UMS kerana tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan tertinggi universiti sehingga ranking universiti jatuh teruk dibawah pentadbirannya.  Laporan The Star 2 November lalu tidak menyebut langsung kedudukan UMS. UMS dikatakan Universiti Awam terakhir. Universiti jiran Unimas pun ada dalam senarai rank terbaru tetapi UMS bungkus terus.

UMS dilaporkan sudah lari dari perjuangan asal demi untuk orang Sabah yang layak diberi jawatan kanan di UMS. Apa yang Dr. Taufiq Yap Yun Hin lakukan ialah melantik sahabat-sahabatnya ke jawatan kanan universiti, profesor penuh, dekan, pengarah dan lebih buruk membelakangkan 'Orang Sabahan'. Beliau sedar akan ditamatkan maka lebih mempercepatkan mengangkat suku sakatnya untuk perjawatan di UMS. Jawatan lagi pentig dari rank universiti.

Beliau juga menamatkan kontrak orang-orang Sabah berkhidmat di UMS. Semangat Sabahan dalam UMS sudah tidak ada lagi. Tiada lagi sistem kuota perjawatan di UMS yang akhirnya merugikan rakyat Sabah. Sekalipun Dr. Taufiq Yap Yun Hin berasal dari Kota Kinabalu namun beliau tidak mementingkan semua itu. Beliau mengutamakan kawan, kroni dan geng IKRAMnya. Belum masuk sikap rasis kepada kaumnya sendiri.

Sumber daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi setakat ini Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad tiada halangan dan bersetuju dengan penukaran itu sebagaimana permintaan Kerajaan Negeri. Jika Noraini gagal melunaskan kali ini pasti mendapat kecaman daripada pemimpin negeri. Noraini boleh melantik Ahli Lembaga Pengarah UM termuda dari kalangan Alumni UM sudah tentu juga berkuasa untuk memendekkan kontrak Naib Canselor yang tidak sealiran dengan kerajaan.

Sekalipun Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan beberapa pensyarah berusaha melobi untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Canselor namun menurut sumber ia hampir pasti kontrak perkhidmatan Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor akan dipendekkan lebih awal sebagaimana Naib Canselor UMS sebelum ini Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin yang menjadi mangsa Kerajaan PH.


Gambar pertemuan Naib Canselor Dr. Taufiq Yap Yun Hing dan kononnya penganalisis politik UMS, Dr Lee Kuok Tiong
bersama  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor dijadikan modal kononnya jawatan Naib Canselor disambung

Pelantikan YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang baru mengesahkan akan ada rombakan terhadap pengurusan UMS yang lemah dari sudut pentadbiran.

 

 

 

6 Comments