Geng Abu Sayyaf akan didakwa, bila imigresen Sabah mahu dakwa Datuk Peter Hii kroni Shafie upah PATI?
03:08 Aug 28, 2021  |  By SabahKini2
Geng Abu Sayyaf akan didakwa, bila imigresen Sabah mahu dakwa Datuk Peter Hii kroni Shafie upah PATI?

Kumpulan Abu Sayyaf akan segera didakwa di mahkamah namun Pengarah Imigresen Sabah belum menyerbu Ladang Borhill milik Datuk Peter Hii Warisan yang jelas bersalah di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 menggaji warga asing tanpa permit.

Mengejutkan apabila kumpulan Abu Sayyaf (ASG) bekerja di Ladang Borhill milik Datuk Peter Hii bekas Presiden MPS kroni Shafie Apdal Warisan di Sabah.

19 Ogos lalu dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf mati ditembak pasukan keselamatan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulau Timbang, Sandakan. Sebelum ini 5 orang di Beaufort Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah! ]

Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!

Misi mereka di Sabah ialah mahu menculik pemilik Ladang Borhill malah di Beaufort risikan menunjukkan mereka ada cubaan mahu melakukan penculikan terhadap Tan Sri Musa Aman di Sabah.

Pengganas Abu Sayyaf akan didakwa

Terbaru Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan tujuh ahli kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditahan di Pulau Timbang, Sandakan pada minggu lalu akan didakwa sebelum diekstradisi balik ke Filipina.

Katanya perkara itu masih dalam perbincangan bersama dengan pihak berkuasa Filipina.

Menurutnya, dipercayai tujuh suspek terbabit mempunyai rakan sekutu yang lain, namun mungkin sudah melarikan diri berikutan operasi yang dijalankan.

"Kita sekarang sedang berurusan dengan pihak keselamatan Filipina, sama ada kita buat pengusiran secara khas atau dakwa dulu di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

"Tetapi yang terbaik sekarang adalah kita dakwa dahulu," katanya

"Polis amat serius untuk mematahkan segala perancangan yang dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf ini kerana kita tidak mahu mereka menjadikan Sabah sebagai kubu kuat atau tempat persembunyian mereka.

Mana Pengarah Imigresen Sabah?

Persoalan besar mana Dato’ Dr Muhammad Sade Pengarah Imigresen Sabah bermulut kasar itu? April 2020 beliau kontroversi mengherdik petugas KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan perkataan kasar ‘kamu tidak guna otak’

Ketua Pengarah JIM akhirnya meminta maaf bagi pihak jabatan berhubung insiden kekasaran Pengarah JIM Sabah itu. CEUPACS melenting namun setakat ini tidak ada tindakan tatatertib diambil malah kekal sebagai Pengarah JIM Sabah pro Warisan.

Jika polis berani menyerbu Ladang Borhill kerana memburu pengganas Abu Sayyaf dan bertindak mahu mendakwa 7 anggota Abu Sayyaf itu di mahkamah mengapa tidak Pengarah Imigresen Sabah menyerbu Ladang Borhil dan  memburu pula Datuk Peter Hii orang kuat Shafie Apdal itu kerana kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit?

Bukankah jelas syarikat Borhill Estates Sdn Bhd milik  Datuk Peter Hii @Hu Chang Lik itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji tanpa permit?

Sejak Abu Sayyaf itu ditangkap tiada serbuan daripada Jabatan Imigresen malah majikan tidak pun dipanggil oleh imigresen paling tidak menyiasat pemilik syarikat. Mengapa pekerja asing sahaja yang didakwa?

Jika kita lihat berita media ada saja majikan menggaji pekerja asing tanpa permit didakwa di mahkamah apatah lagi syarikat menggaji pengganas Abu Sayyaf. Amat mencurigakan Peter Hii seperti diselamatkan.

Apa kabel Datuk Peter Hii pakai? Mentang-mentang Dato’ Muhammad Sade disyor lantik oleh Shafie dan Azis Jamman maka Datuk Peter Hii kebal undang-undang? kerana dia majikan yang mahu diculik maka dia selamat dari hukuman mengambil pekerja tanpa permit?

 

21 Comments