Mesyuarat Ahli Parlimen BN ambil pandangan MT UMNO dan calonkan Ismail Sabriri
22:08 Aug 17, 2021  |  By SabahKini2
Mesyuarat Ahli Parlimen BN ambil pandangan MT UMNO dan calonkan Ismail Sabriri

Perjumpaan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini membuat keputusan mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Perjumpaan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini membuat keputusan mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut salah seorang ahli Parlimen yang hadir, perjumpaan tersebut mengambil isyarat dari keputusan Majlis Tertinggi Umno bagi menamakan hanya satu calon dikemukakan oleh BN

Mesyuarat MKT Umno pada awal malam tadi gagal membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi meminta ahli-ahli Parlimen BN menghormati pandangan Yang di-Pertuan Agong agar menghantar satu nama sahaja.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini Perikatan Nasional yang mempunyai 55 kerusi dan Gabungan Rakyat Sarawak yang mempunyai 18 turut menyokong Ismail Sabri. BN pula mempunyai 42 kerusi menjadikan semuanya 115 kerusi. -SuaraTV

 

Comment