Surat MITI 'tidak laku' untuk rentas negeri 18 hingga 21 Julai
11:07 Jul 18, 2021  |  By SabahKini2
Surat MITI 'tidak laku' untuk rentas negeri 18 hingga 21 Julai

Jangan sesiapa cuba rentas negeri sempena Hari Raya Aidiladha menggunakan surat MITI pada 18 hingga 21 Julai. Surat tidak laku bagi mengelak netizen balik kampung kerana hari raya. Rakyat diseru jangan balik kampung!Jangan degil

KUALA LUMPUR: Dokumen yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan peningkatan kenderaan di lebuh raya bagai tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Aidiladha, semua anggota di sekatan jalan raya di sempadan diarah untuk tidak menerima dokumen berkenaan.

“Dokumen berkenaan tidak diterima sebagai kelulusan yang sah bagi pergerakan rentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi dibolehkan.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya. 

4 Comments