Selepas Pegawai Khas, Setiausaha Politik direman SPRM, Dr Xavier Jayakumar keluar PKR
12:03 Mar 13, 2021  |  By SabahKini2
Selepas Pegawai Khas, Setiausaha Politik direman SPRM, Dr Xavier Jayakumar keluar PKR

Sejak Januari 2019 Bekas Menteri PKR Dr Xavier nafi beri kroni AP Pasir. Akhirnya 16 februari 2021 Pegawai Khasnya ditahan SPRM, RM77 juta dibeku, RM1.2 juta dirampas. Fazly Razally bekas SUPOL juga direman. Kini Dr Xavier Jayakumar keluar PKR

Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.

Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan rasa kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.

"Ketika ini, terdapat parti politik yang berbincang mengenai kemungkinan pilihan raya umum sedangkan ia tidak perlu dan tidak boleh dilaksanakan waktu ini.

"Keutamaan kita sekarang sepatutnya ialah, menyokong kerajaan menangani pandemik COVID-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana bagi membina semula ekonomi.

"Sekurang-kurangnya perlukan masa 18 bulan untuk program vaksinasi selesai dan lebih dari dua tahun untuk ekonomi pulih," katanya.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga berkata, semua usaha kerajaan tersebut memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikan ia dapat dijayakan dengan baik.

"Rakyat mahu kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sedang sakit. Jadi kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain.

"Justeru itu, saya mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Naib Presiden dan Ahli PKR.

"Saya akan terus berkhidmat bagi kawasan saya dan menyokong usaha kerajaan sebagai Ahli Parlimen bebas. Saya yakin saya akan dapat tunaikan janji saya kepada rakyat Kuala Langat.”

 

 

Kes Rasuah Dr Xavier Jayakumar

16 Febuari lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan timbalan pengerusi PKR Perak yang juga pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada bekas bekas menteri air, tanah dan sumber asli Dr Xavier Jayakumar berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

M.A Tinagaran ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh

SPRM turut merampas RM1.2 juta dan beberapa akaun bank milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta juga turut dibekukan.

Turut dirampas ialah kereta digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas! ]

Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas!

Dr Xavier Jayakumar dan M.A Tinagaran adalah individu kesayangan Anwar Ibrahim

Sejak januari 2019 Dr Xavier menafikan segala bentuk projek pasir diluluskannya. Namun akhirnya kini kantoi selepas Pegawai Khas dan Setiausaha Politiknya di tahan SPRM.

Bekas SUPOL Dr Xavier direman SPRM

Selepas M.A Tinagaran dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Fazly Razally setiausaha politik kepada bekas Menteri Dr Xavier Jayakumar

Fazly Setiausaha Politik dan Dr Xavier Jayakumar

Fazly ditahan lebih seminggu dan sudah pasti banyak sumber maklumat dikaitkan dengan rasuah Dr Xavier Jayakumar mengenai projek AP Pasir didedahkan kepada SPRM.

Sekalipun Dr Xavier Jayakumar telah keluar PKR diharap SPRM meneruskan siasatan dan pendakwaan kes rasuah ini. Kalau hendak tarik pun janganlah ketara sangat. Paling tidak MA Tinagaran dan Fazly masuk ke dalam dahulu. 

 

 

 

1 Comment