Laksana projek KPM, KKM, agensi persekutuan untuk rakyat Sabah 177 geran tanah diluluskan
00:02 Feb 20, 2021  |  By SabahKini2
Laksana projek KPM, KKM, agensi persekutuan untuk rakyat Sabah 177 geran tanah diluluskan

Warisan tidak pernah serius laksana projek persekutuan. Kerajaan Negeri fokus projek rakyat serahkan 177 geran tanah kepada agensi persekutuan bagi pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba dan kemudahan lain di Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan GRS serius melaksanakan semua projek kerajaan persekutuan segera demi rakyat Sabah yang perlukan pembangunan.

Dibawah pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan semua projek persekutuan memerlukan penukaran hak milik tanah sebelum projek dapat dibina.

Sehubungan itu Kerajaan Negeri menyerahkan 177 geran tanah membabitkan kawasan seluas 1,933.09 hektar kepada beberapa agensi persekutuan bagi pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba dan kemudahan lain di Sabah.

Bukti kesungguhan kerajaan laksana projek rakyat

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pemberian geran tanah itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan semua rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilakukan.

Beliau berkata, daripada 177 geran tanah tersebut, sebanyak 90 diserahkan kepada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 42 geran untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sudah pasti pembinaan projek sekolah dapat memanfaatkan rakyat Sabah yang perlukan bangunan baru. Begitu juga pembinaan hospital, klinik, makmal dan kuarters KKM di Sabah

Manakala, sebanyak 28 geran diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan 17 geran lagi untuk agensi lain yang berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan geran berkenaan, di sini hari ini.

Cukai tanah dan sewa premium

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Bernard Liew Chau Min berkata, semua cukai tanah dan sewa premium untuk kesemua 177 geran berkenaan sudah diselesaikan sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Penyerahan tanah untuk kegunaan agensi persekutuan adalah selaras dengan Artikel 83 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam majlis itu, Hajiji menyerahkan geran tanah berkenaan kepada Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor yang mewakili Kementerian Pengangkutan, manakala KPM diwakili oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr. Mistirine Radin dan KKM diwakili oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Jackson Taguah.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Memandangkan Warisan mempersoalkan perkara ini dan menyamakan penukaran hak milik tanah negeri seperti penyerahan tanah individu sepatutnya Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong Setiausaha Kerajaan Negeri memperjelaskan perkara ini. Begitu juga Bernard Liew Chau Min Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) lantikan Warisan sebelum ini sepatutnya mereka  tampil memberi jawapan tepat. Jika mereka tidak berbuat demikin adalah lebih baik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji menukar mereka segera sahaja. 

 

6 Comments