Kes Covid-19 Sabah turun 132 Kes, 6 daerah Zon Kuning
17:02 Feb 10, 2021  |  By SabahKini2
Kes Covid-19 Sabah turun 132 Kes, 6 daerah Zon Kuning

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon jingga kepada zon kuning termasuk Telupid, Tambunan, Tongod, Nabawan dan Pitas.

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 132 kes hari ini menjadikan ia kes terendah setakat ini menunjukkan usaha melandaikan Covid-19 di Sabah semakin berhasil.

Kes kumulatif di Sabah kini ialah 50,855 kes dengan Empat (4) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Daerah Tawau, satu (1) kes di daerah Putatan dan satu (1) kes di daerah Sandakan.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster baharu itu adalah kluster Jalan Tiga KKIP dan kluster Lorong Bersatu Damai di Kota Kinabalu.

Klusteri Tiga KKIP membabitkan pekerja kilang pemprosesan ayam dan setakat ini sebanyak 21 kes positif direkodkan termasuk enam kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon jingga kepada zon kuning. Ia menjadikan bilangan zon kuning ketika ini sebanyak enam daerah termasuk Telupid, Tambunan, Tongod, Nabawan dan Pitas.

Daripada 132 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 34 kes, diikuti dengan Keningau (15), Kudat (14), Lahad Datu (11), Tawau (8), Putatan (6), Sandakan (5), Papar (4), Penampang (4), Semporna (4), Kota Marudu (4), manakala tiga kes di Tuaran, Kunak, Tenom dan Kota Belud.

Sementara itu, dua kes dilaporkan di Kinabatangan, Kalabakan, Beluran dan Sipitang. Manakala, satu kes di Telupid, Beaufort dan Tambunan.

Sebanyak 174 kes pulih dilaporkan hari ini dengan bilangan kumulatif sebanyak 48,535 kes. Kes kematian di Sabah bertambah menjadi 351 kes.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah kekal 6,111 katil dan peratus penggunaan adalah 23.30 peratus.

 

1 Comment