Bermula 25 November, sebelum keluar dari Sabah perlu jalani ujian Covid-19 - Masidi
17:11 Nov 24, 2020  |  By SabahKini2
Bermula 25 November,  sebelum keluar dari Sabah perlu jalani ujian Covid-19 - Masidi

Pengembara dari Sabah yang keluar ke negeri lain perlu menjalani ujian swab pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah. Jika positif Covid-19 atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

KOTA KINABALU: Sebagaimana pengumuman Menteri Kesihatan Datuuk Seri Dr Adham Baba, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  turut mengumumkan bermula 25 November 2020 individu atau pengembara dari Sabah yang ingin keluar ke negeri lain hanya perlu menjalani ujian swab pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah.

Sekiranya individu itu didapati positif ujian Covid-19 atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

Menurut Masidi bagi mereka yang positif, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan.

Manakala, bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan.

“Untuk pengembara yang dibenarkan meneruskan perjalanan keluar dari Sabah, mereka masih perlu melalui saringan demam dan gejala.

“Pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan Covid-19  dan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera setibanya di Pintu Masuk Negara di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, jika mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, pengembara ini tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di destinasi dituju.

[ARTIKEL BERKAITAN- Ujian COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah- Dr Adham ]

 

1 Comment